31 December 2012

Selamat Tinggal 2012, Selamat Datang 2013

Rasanya baru semalam saya mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2011 dan meraikan kedatangan tahun 2012. Pelbagai peristewa suka duka yang telah berlaku dalam tahun 2012, kesemuanya menjadikan seseorang itu lebih kuat dan tabah mengharungi segalanya.

Apalah agaknya yang akan berlaku tahun ini? adakah beberapa ramalan orang-orang tertentu akan berlaku... mengingatkan ini rasa macam kelakar pula kerana ada manusia yang teringin menjadi tuhan atau pembantu tuhan. Segala apa yang berlaku telah dirancang oleh Allah tak perlulah kita memeningkan kepala meramalkan apa yang akan terjadi... apa yang perlu adalah kita berusaha untuk menambah baik keadaan kehidupan dan keimanan kita.

Apakah azam anda semua? bagi saya azam hanya saya lakukan semasa menyambut tahun baru hijrah... Saya mengambil kesempatan mengucapkan kepada anda semua Selamat Datang 2013.

Keikhlasan Ibu


Ramai anak-anak yang mempunyai anggapan menjaga ibu yang tua dan sakit adalah tanggungjawab orang lain.

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00 

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, 

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada muka surat yang sama ditulisnya. 

30 December 2012

Dialah Profesor Ku… Dia Ibu Ku




Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkk"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........

Makkkkk...Rindu Mak.... Rindu Sangat....

Pesanan Rasulallah saw Mengenai Qiamat

Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Sesungguhnya ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain (bukan arak) mereka meminumnya sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (hadis riwayat Ibnu Majjah)

Daripada Anas bin Malik ra, Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (hadis riwayat Thabrani) daripada Abu Hurairah ra pula,Rasulullah saw bersabda: "tidak akan datang hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (hadis riwayat Bukhari) Rasulullah saw bersabda: "sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi" (hadis riwayat Ahmad)

Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah saw bersabda: "apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka, iaitu:

1.  Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja;

2.  Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan;

3.  Zakat dijadikan hutang;

4.  Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan Syariat)

5.  Anak derhaka terhadap ibunya;

6.  Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya;

7.  Ia (anak) suka menjauhkan diri daripada ayahnya;

8.  Suara sudah ditinggikan di dalam masjid;

9.  Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka;

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya;

11. Arak sudah diminum secara berleluasa;

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki);

13. Para artis-artis disanjung-sanjung;

14. Muzik banyak dimainkan/ didendangkan; dan

15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (hadis riwayat At-Tirmidzi)
Sudah tentu kawan-kawan mengakui bahawa hampir kesemua senarai di atas telah berlaku sekarang ini, silap-silap pelakunya adalah diri kita sendiri... astagfirullah. 

Oleh itu Wahai rakanku sekelian, (terutamanya saya menasihati diri sendiri).... Apa lagi yang ditunggu??!! Beringatlah!! Kembalilah kepada Allah....jangan lagi nak berdolak-dalih! Janganlah kalian sombong dan ego terhadap Allah!! Sedarlah akan diriku dan kalian semua!! Adakah kita ingin menunggu maut datang di hadapan kita baru hendak bertaubat?? Sampai bilakah kita hendak tunggu, nantii, dan bertangguh untuk berubah dan membuat persediaan diri?? Adakah kita tahu bila agaknya Allah memanggil kita semula?? Adakah kita boleh jamin bahawa kita akan hidup sehingga ke akhir hari ini?? Akhir kata sama-samalah kita menanamkan azam untuk menunaikanlah kewajipan kita sebagai muslim dan kalau boleh sebagai pendakwah.

Semoga Allah sentiasa bersama dengan kita dan memandu kita sentiasa berada di jalannya yang direda'i dan dirahmati. Ameen,

29 December 2012

Khutbah Nabi Mengenai Dajjal

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasulullah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh isu mengenai Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah Nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. 

Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematian ku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelum ku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

"Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang diseksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibu mu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhan mu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anak ku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhan mu."

"Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan ku lakukan terhadap hamba ku ini, sekarang akan ku hidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhan mu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhan ku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota
Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumah ku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya. "Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematian ku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu. "Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izin ku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umat ku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.

28 December 2012

Kenangan Bersama Mak Di Kuching

Saya bergambar bersama dengan emak saya di lobi hotel semasa menunggu kenderaan ke rumah Azizi untuk meraikan perkahwinan Azizi dengan Aisyah. Kami berdua serba hijau.

Di salah sebuah rumah tradisional, kalau tidak silap rumah Bidayuh di Perkampungan Budaya Sarawak. Masa ini kami berada di tingkat bawah rumah yang disediakan dengan beberapa pangkin. Rumah ini tinggi betul. tempat kediaman, dapur dan tempat tidur di tingkat atas. Cuba lihat di belakang kami ada tangga yang dibuat dari sebatang pokok.

Mak di tempat tidur orang Bidayuh - nampak selesa dan antik.

27 December 2012

Rakaman Haji Pada Tahun 1953

Saya nak berkongsi dengan anda semua mengenai video di atas yang telah berusia melebihi 50 tahun. Semasa Video ini dirakam saya sendiri pun masih belum dilahirkan... tengok tu punya lama rakaman ini. Tentulah orang yang merakamkannya pun bukan sembarangan orang kerana peralatan secanggih ini sudah pasti sukar untuk diperolehi.

Cadangan Tanam Pokok Bunga

Pada pertengahan tahun ini saya pernah mencuba meletakkan beberapa bunga di atas 6 batang tiang pokok bunga di depan Dewan Dato' Asiah, malangnya semua bunga itu tidak hidup lama. Kali ini saya memilih bunga boganvila untuk ditanam di atas tiang-tiang ini, tetapi bunga-bunga itu akan ditanam di dalam pasu-pasu yang berbentuk kuali. Lihatlah pasu kuali sudah diletakkan di atas tiang batu itu.

Ini adalah antara bunga boganvilla yang bakal ditanam di dalam pasu di atas. Saya memilih bunga ini adalah kerana bunga ini tahan panas dan mempunyai bunga yang pelbagai warna. Semoga usaha saya kali ini berhasil. Kita tunggu dan lihat hasilnya nanti.

26 December 2012

Lagu : Bing - Grace Simon

Ini satu lagi lagu yang berjodol Bing, tetapi nyanyian Frace Simon yang mempunyai suara yang lantang dan teguh. Dari kesil lagi saya memang suka dengan lagu ini. Pada saya lagu yang mengambarkan jaya seseorang yang menjadi kenangan serta kehilangannya amat dirasai.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Bing Slamet.

Siapakah Wanita Paling Jahat Di Dunia Part 3

Kronologi Kehidupan Elizabeth Bathory

1560: Elizabeth Bathory dilahirkan ke dalam satu keluarga yang tertua dan terkaya di Transylvania. Keluarganya memiliki ramai saudara-mara yang mempunyai kuasa seperti kardinal, putera, dan sepupu yang juga merupakan Perdana Menteri Hungary. Relatifnya yang paling terkenal adalah Istvan Bathory (1533-1586). Istvan adalah putera Transylvania dan juga Raja Poland yang memerintah dari tahun 1575sehingga 1586. Diceritakan bahawa pada sekitar umur 4 atau 5 tahun, Elizabeth diserang penyakit sawan yang teruk. Ini mungkin disebabkan oleh epilepsi atau  gangguan neurologi dan mungkin mempunyai sesuatu yang mempengaruhi kelakuan "psikotik" beliau di kemudian hari.

1575: Semasa berumur 15 tahun, Elizabeth berkahwin dengan Count Ferenc Nadasdy yang berumur 26 tahun. Mereka hidup bersama-sama di Castle Cséjthe. Disejarahkan Elizabeth telah meninggalkan keluarga untuk beberapa waktu dan apabila dia kembali semula ke Istana Cachtice, tiada siapa yang dapat memaafkan beliau. Semenjak itu Elizabeth tidak dapat bertolak ansur dan bersifat menguasai dengan bersikap keras terhadap ibunya. Mungkin inilah permulaannya dia bersikap ganas. Ditambah pula dengan bantuan seorang jururawat yang separuh umur bernama Joo Ilona, beliau mula menyeksa gadis hamba. Selain daripada Joo, beliau dibantu juga oleh rakan sejenayahnya seperti János Ujvary utama Domo, Thorko, dan 2 orang ahli sihir bernama Darvula dan Dorottya Szentes.

Selama 10 tahun pertama perkahwinan, Elizabeth tidak dikurniakan dengan anak ini mungkin disebabkan mereka jarang berkongsi masa bersama-sama kerana suaminya mengejar kerjaya. Kemudian sekitar tahun 1585, Elizabeth melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Anna, dan selepas 9 tahun kemudian dia melahirkan 2 lagi anak perempuan, iaitu Ursula dan Katherina. Pada tahun 1598 pasangan ini dikurniakan  satu-satunya anak lelaki yang diberi nama Paul. Berdasarkan daripada surat yang ditujukan kepada saudara maranya, Elizabeth adalah seorang isteri dan ibu yang baik.

1600: Pada umur Elizabeth yang ke51, suaminya Count Ferenc meninggal dunia dalam pertempuran dan kehilangannya ini merupakan titik permulaan kekejaman Elizabeth. Ini membuatkan dia dibenci oleh ibu mertuanya. Beliau dikeluarkan dari Istana kerana keluarga suaminya beranggapan bahawa beliau terbabit dengan sihir dan menghadiri upacara yang termasuk mengorbankan kuda dan haiwan lain.

Semasa Elizabeth berumur 40 tahun, beliau menjadi  takut dengan proses penuaan dan bimbang akan hilang kecantikannya. Diceritakan pada 1 hari seorang gadis hamba secara tidak sengaja tertarik rambutnya semasa bersikat. Elizabeth menampar tangan gadis itu menyebabkan terbit darah, darah gadis tersebut terjatuh ke atas tangan Elizabeth dan dia berpendapat bahawa kulitnya menjadi segar kerana kesegaran darah pembantu rumah yang muda itu. Beliau percaya bahawa dia telah menemui rahsia mengekalkan kejelitaannya. Mengikut legenda pembantu beliau iaitu Domo dan Thorko memenggal pembantu rumah dan kemudian mengalirkan darah ke dalam tong yang besar untuk dibuat mandi oleh Elizabeth.

1600 - 1610: Pengikut Elizabeth terus menyediakan gadis-gadis baru untuk upacara mandi darah. Pada permulaannya Elizabeth sendiri telah keluar untuk menyaksikan bahawa gadis-gadis yang telah mati dikebumikan mengikut cara Kristian yang betul oleh paderi Protestan tempatan. Tetapi apabila bilangan mayat meningkat, paderi tersebut enggan untuk melaksanakan upacara pengkebumian ini, kerana tertanya-tanya mengapa terlalu banyak mayat anak-anak perempuan dari istana Elizabeth yang telah meninggal dunia  tanpa diketahui dan misteri. Untuk melindungi kekejaman itu, banyak mayat dilupuskan secara tidak teratur dan di mana sahaja yang difikirkan sesuai seperti di silo gandum, di belakang istana, di taman sayur-sayuran, dan sebagainya. Namun begitu terdapat juga seorang mangsa yang melarikan diri dan memberitahu pihak berkuasa tentang apa yang berlaku di Istana Cachtice. Raja Mátyás Hungary mengarahkan sepupu Elizabeth iaitu Count György Thurzo, gabenor wilayah untuk menyerang istana. Pada 30 Disember 1610, mereka menyerbu istana dan terkejut dengan penemuan di mana seorang gadis mati di dalam bilik utama, badannya ditos untuk mengambil darahnya, manakala terdapat beberapa gadis yang masih hidup tetapi badan mereka telah dicucuk dan berlubang. Di bawah istana, mereka menemui semula kira-kira 50 tulang anak-anak perempuan.

1611: Perbicaraan telah diadakan di Bitcse. Elizabeth, yang enggan bersuara tidak pernah muncul dalam perbicaraan itu. Tetapi di perbicaraan ini, Domo memberikan keterangan bahawa kira-kira 37 orang pelajar perempuan yang belum berkahwin telah dibunuh. Perbicaraan tersebut mendapati bahawa kebanyakan daripada gadis tersebut telah diseksa sehingga berminggu atau berbulan. Mereka dipotong dengan gunting, dicucuk dengan pin, dan pelbagai cara lain untuk menyediakan mandi darah untuk Elizaberth. Kadang-kadang kedua-dua ahli sihir juga menyeksa gadis-gadis ini, dan Countess juga ada melakukannya sendiri.  Elizabeth telah membunuh seramai 612 wanita, dan mendokumentasikan kematian semua mangsanya dalam diarinya.

Transkrip lengkap perbicaraan itu telah dibuat dan keputusannya di mana Countess Bathory (Elizabeth) dan 2 ahli sihir telah dipancung dan dibakar. Tetapi disebabkan oleh dia dari golongan bangsawan, undang-undang tidak membenarkan hukuman itu dilaksanakan ke atas Elizabeth. Tetapi rakan sejenayah telah dibakar hidup-hidup. Mahkamah tidak pernah mensabitkan Countess Elizabeth dengan sebarang jenayah, bagaimanapun dia telah diletakkan dalam tahanan rumah. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dalam rumah yang terkurung. Mereka membuat satu lubang kecil yang hanya muat untuk laluan makanan sahaja.Raja Mátyás II menuntut hukuman mati ke atas Elizabeth tetapi kerana sepupunya, Perdana Menteri, dia bersetuju untuk hukuman itu ditangguhkan selama-lamanya.

1614: Pada 31 Julai semasa Elizabeth berumur 54 tahun, dia mewasiatkan apa sahaja harta pegangan keluarganya dibahagikan sama rata di kalangan anak-anaknya.

Semua rekod Elizabeth telah dimeteraikan lebih daripada satu abad, dan namanya telah diharamkan dituturkan di masyarakat Hungary. Tidak seperti kebanyakan perempuan sezamannya, Elizabeth adalah seorang yang berpelajaran tinggi. Elizabeth fasih dalam beberapa bahasa seperti Bahasa Hungary, Bahasa Latin, dan Bahasa Jerman. Kepintarannya amat luar biasa kerana dia hidup di kalangan di mana kebanyakan golongan bangsawan Hungary tidak boleh mengeja atau menulis.

Sebahagian ulama moden dan sezaman telah mendalilkan bahawa Elizabeth mungkin telah menjadi tidak siuman dan menyumbang kekejaman yang mungkin menjadi bayangan beliau.

Begitulah kisah kehidupan seorang bangsawan yang bernama Countess Elizabeth Bathory, hidup yang tidak bahagia dari muda dan terlalu mengikut perasaan.

22 December 2012

Venice Dalam Kenangan...


Boleh dikatakan bahawa bandarVenice dibina di atas timbunan kayu yang diatur rapat-rapat. Kebanyakan binaan ini masih utuh selepas beberapa abad struktur ini tengelam. Namun begitu tidak semua binaan tapak bandar ini dibangunkan dari kayu, selebih asas juga adalah dari batu. Tahukah anda bahawa apabila kayu ditengelamkan oleh air, dalam keadaan oksigen yang sangat kurang, pereputan kayu tidak berlaku dengan secepat seperti mana berlaku di permukaan. Ini disebabkan oleh aliran berterusan yang kaya dengan mineral menjadinya struktur yang kuat dan kukuh seperti batu.



Mengikut catatan kebanyakan asas ini telah dibuat dari batang pokok alder,  kayu yang mampu menghadapi rintangan air yang baik. Kayu alder ini datangnya dari bahagian yang paling barat di Slovenia. Sedikit mengenai asas Venice yang juga menjadi tandatanya kepada saya.

Di kedai cenderahati yang menjual Murano glass, Murano atau Venetian glass sangat popular di sini.

Dengan seorang kenalan - kami bergaya di salah sebuah jambatan. Beginilah rupa laluan di kebanyakan bandar ini, laluan kecil dan sempit di belakang dan di hadapan bangunan. Mulanya saya agak rimas juga tetapi inilah kenyataannya.

Saya di kedai menjual hasil kraf rakyat tempatan. Kaca yang dibuat dengan kreativiti yang sangat menarik. Teringin juga tetapi sukar untuk dibawa kerana takut pecah.

Padang ini adalah Piazza San Marco (kalau tidak silap saya) di mana ianya menjadi tumpuan para pelancung, saya juga tidak ketinggalan bersama dengan pelancung yang lain dengan tujuan tersendiri.

21 December 2012

Lagu Melayu: Gerimis Semalam - Shiela Majid


Sejak remaja lagi saya memang suka akan lagu ini. Lagu Gerimis Semalam didendangkan dalam rentak Jess Rock - liriknya memang kena betul dengan iramanya - sedih, sahdu dan terharu apabila mendengar lagu ini berulang kali. Mungkin ada antara kawan-kawan yang mungkin belum lahir lagi semasa lagu ini diperkenalkan.

Selamat mendengar....

Pandangan Saya: Syukur Saya dapat Hidup Di Zaman Elektronik

Saya sangat-sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan peluang untuk hidup di zaman berteknologi elektronik. Macam-macam benda kita boleh buat yang penting ada usaha, tidak malu untuk belajar, dan tidak malu untuk bertanya. Sayangnya ramai juga teman-teman saya yang tidak mahu belajar akan teknologi baru ini.... maka akan ketinggalanlah orang itu. 

Yang sebenarnya masih banyak lagi perkara yang ada di dalam talian - ianya bagikan sebuah gua yang semakin dalam kita menerokanya semakin banyak permata yang kita kutip. Jadi cubalah mempelajari tekbologi baru ini semoga kita akan dapat bertemu dan berkomunikasi atau bertanya khabar walaupun tidak bersemuka.

20 December 2012

Indahnya Permandangan Negeri Perak

Gambar diambil semasa kami selesai membawa anak-anak ke Lake Town resort dalam perjalanan balik ke Apartmen kami terlihat kepulan awan yang banyak menutupi puncak bukit. Cantiknya pemandangan tersebut.

Awan beransur berkurangan apabila hari makin petang

Awan makin berkurangan dan memperlihatkan semula bukit tersebut.

Cantik gaya Ammar mengambil gambar ini. gambar terbahagi kepada 3 lapisan iaitu rumput, bangunan dan pokok-pokok serta langit dan awan.

Lokasi gambar yang sama seperti di atas, tinggal lagi dizoomkan dekat. Waktu ini hampir petang - kelihatan warna langit keperang-perangan.

Lagu: Bebas Palestine

Nasyid gabungan beberapa kumpulan nasyid popular negara ini mendendangkan lagu yang bersemangat mengenai pembebasan Palestine. Selepas beberapa minggu Palaestine diiktiraf sebagai sebuah negara... tiba-tiba Israel masih lagi menceroboh negara itu... malangnya nasib. Apa pula tindakan PBB kepada Israel kerana mencemarkan pengistiharan itu.

19 December 2012

Ms Adnee ke Hollywood?

Ehh ... betul ke saya pernah ke Hollywood? Tu ada nama terukir pada star..... yang sebenarnya saya memang pernah ke Hollywood lama dulu, kalau tidak silap saya pada tahun 2004, itu pun secara tidak sengaja kerana terpaksa menungg menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur daripada Tom Bradley International Terminal - salah satu Airport dalam kawasan Los Angeles, kalau tidak silap Airprot yang menerima masuk dan keluar, di sinilah passpot kita dicop. Tetapi dalam kawasan LA Airport terdapat banyak terminal. 

Masa itu saya keseorangan selepas tamat kursus di South Carolina dan tak tahu apa yang hendak di buat maka saya berlegar-legar di sekitar LA dan pergi sekejap di Hollywood, sayangnya tak sempat nak ambil gambar kerana bateri kamera sudah habis.

Ucapan Dari Azdi

Sedang berkemas fail-fail lama di rumah, saya terjumpa dengan sekeping kertas yang ditujukan kepada saya oleh seorang bekas penuntut UUM yang pernah membuat praktikal di pejabat saya di Bahagian Perolehan Kementerian Pertahanan. Agaknya Azdi sudah grad dan mungkin sudah bekerja... di man agaknya??

18 December 2012

The Death Day of My Dear Father


Lebih kurang waktu begini (8.30 malam) dan hari ini (18 Disember 2008) tetapi harinya adalah hari Khamis ayah pergi meninggalkan kami. Hari ini genaplah 4 tahun ayahanda tercinta mengadap ke hadrat Illahi. Walaupun mungkin pada sesetengah orang 4 tahun itu masa yang sudah lama, tetapi bagi emak, saya dan adik-adik rasanya seperti baru semalam ayah pergi, kehilangannya masih terasa dan sehingga kini kehidupan saya terutamanya sudah berubah 360 darjah, semuanya sudah tidak sama seperti dulu lagi baik hidup di kampong atau kehidupan di sini.

Apa yang boleh kami lakukan adalah cuba meneruskan hidup tanpa ayah dengan sebaik-baiknya di samping mendoakan untuk ayah di sana lebih aman dan tenang di kalangan orang-orang beriman dan yang dicintai Allah Taalah. 

Teratai Bunga Di Kaki Syurga


Antara yang sangat saya suka adalah melihat keindahan bunga dan tumbuh-tumbuhan. Saya suka untuk berkongsi akan keindahan bunga teratai yang saya selalu bayangkan banyak tumbuh di dalam tasek di tepi syurga saya nanti. Di atas adalah teratai berwarna pink yang belum berkembang

Teratai pink yang sedang mekar berkembang

Teratai purple yang belum berkembang

Teratai purple yang berkembang

Yang ini pula teratai putih ke kuningan... cantik

Di bawah adalah teratai putih

Koleksi bunga-bunga teratai yang saya ambil di beberapa kedai bunga semasa membeli bunga-bunga dan peralatan taman untuk Jabatan.

17 December 2012

Pecutian 2012 (Pergerakan Balik - R&R Sungai Perak)

Waktu balik menuju ke Selatan kami mengambil kesempatan untuk singgah sarapan pagi di R&R Sungai Perak. Banyak perkara yang perlu dilakukan di sini.

Kami mengambil nasi lemak dan minuman yang alah kadar di sini, sebabnya kurang ada yang menarik. Tengah makan ada pula manusia yang kurang adab menyebabkan selera kami terbantu.... kurang diajar betul manusia itu...

Replika rumah Perak yang ada ditunjukkan di sini.

Mereka membeli juadah-juadah lain di gerai yang sedia ada di sepanjang kompleks.

Menunggu member-member membuat pembayaran.....

Kami menuju ke kereta kami, selepas ini giliran mengambil petrol dan top-up touch n go. Selepas itu kami terus bertolak ke Selatan menuju ke destinasi masing-masing. Maka berakhirlah sudah percutian kali ini.

16 December 2012

Jom Lihat Negara Yang Menentang Pengiktirafan Palestine

Pada 29 November 2012 yang lalu, bersamaan 15 Muharram hari Khamis, penantian bertahun-tahun oleh rakyat Palestine akhirnya berakhir apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Palestine sebagai sebuah negara berdaulat.

Bayangkan selepas 65 tahun, selepas banyak nyawa, airmata dan darah tumpah di tanah bertuah itu, akhirnya mereka mendapat kembali tanah air mereka yang selama ini dianggap sebagai no man country, tetapi keluasan Palestine telah menjadi kurang kerana dirampas oleh Israel. Hairan betul asalnya negara itu memang kepunyaan mereka kemudian tidak diiktiraf kini kembali diiktiraf semula. Walau bagaimanapun saya mengucap tahniah kepada seluruh rakyat Palestine, tidak sia-sia usaha semua pejuang mereka.

Berikut adalah statistik undian yang dilakukan oleh PBB:
138 negara yang menyokong;
41 berkecuali;
3 negara tidak hadir; dan
9 negara ridak menyokong.

Berikut adalah 9 buah negara yang memberikan suara menolak dalam rancangan resolusi pengiktirafan status negara Palestine:

Israel;
Amerika Syarikat (AS);
Kanada;
Republik Czech;
Mikronesia;
Nauru;
Palau;
Panama; dan
Marshall Islands

Selain AS dan Israel, 7 negara di atas adalah negara-negara kecil yang dilihat tidak membawa pengaruh besar terhadap pergolakan di Palestine.

Sementara itu dalam Kesatuan Eropah, terdapat 17 negara yang menyatakan sokongan untuk pengiktirafan Palestine, di antaranya Austria, Perancis, Itali, Norway, dan Sepanyol, manakala England dan Jerman memilih berkecuali.

Percutian 2012 Bukit Merah (Bye Lake Town Theme Park) - Part 11

Kami mula bergerak balik - laluan ini adalah dari Kampung Air setelah kami melawat Ecopark, menyusuri si tepi tasik untuk ke pelantar chair-lift.

Setelah turun dari chair-lift kami terus menuju ke food court kerana masing-masing sudah kelaparan.

Sengan kegembiraan dan harap-harap engan kepuasa kasing-masing. Yang paling gembira Ain lah kot, siap dengan gaya nak terbangnya.

Setelah makan kami menujuk ke pintu keluar... bye... bye... bye Taman Tema Lake Town... tak tau bila lagi kami akan berkunjung ke sini lagi. Insyaallah kalau ada umur, mungkin akan ke sini lagi nanti.

15 December 2012

Lagu Indonesia: Bing - Titiek Puspa





 Ini adalah lagu asal yang dicipta dan dinyanyikan oleh Titek Puspa bagi mengenang akan permergiannya Alahyarham Bing Slamet ke alam barzah, Bing Selamat merupakan seorang seniman yang terkenal di Indonesia, beliau telah meletakkan dirinya untuk seni dan bertanggungjawab secara tidak langsung dalam membangun dan mempopularkan Indonesia dalam bidang ini. Ya, memang amat sedih dan menghiris hati sekiranya senikata lagu itu dihayati. Agaknya itulah yang amat dirasai oleh Titiek kerana Almarhum Bing Slamet adalah salah seorang yang bertanggungjawab atas kejayaan karier Titiek. Semoga Allah merahmati Almarhum hendaknya. Ameen...

Percutian 2012 Bukit Merah (Permandangan Tasek) - Part 10

Pemandangan di sini semuanya cantik, keindahannya mungkin kerana faktor semulajadi seperti tasik, kaki langit dan awan. Kalau tidak percaya jom tengok gambar-gambar yang bawah.

Gambar ini kelihatan seperti lukisan. Ini adalah resort (dipanggil sebagai kampung air) atas air yang di sediakan di taman teman ini, kedudukannya jauh dari hiruk pikuk taman.

Di sekeliling resort di tanam dengan pokok bunga teratai, cantik bila ianya terapung-apung di atas air. Ini adalah bahagian hadapan resort mengadap Ecopark.

Jambatan yang menghubungi daratan dengan kampung air.

Kami semua dari daratan melihat ke arah kampung air. Lihat sahaja langit di belakang resort sudah hitam tandanya hujan nak turun....

Dari sini memandang sehingga seberang tasik kelihatan sebuah rumah... cantik kan gambar ini air dan langit mempunyai warna yang hampir sama dan seakan-akan dipisahkan oleh sebarisan daratan yang berwarna hijau.....

Wow... agaknya itu yang terkeluar dari mulut saya melihatkan keindahan ciptaan Allah ini.