Semacam ada sesuatu yang dilakukan oleh burung tersebut sehinggakan kanak-kanak perempuan ini tergelak. Apa agaknya?? Hairan jika kita memikirkan bahawa dua insan kejadian Allah ini seakan-akan memahami di antara satu sama lain. Jarak secara fizikal antara mereka berdua dekat dan saya berpendapat kanak-kanak ini cuba memegang atau telah memegang burung ini, itu yang menyebabkan dia merasa geli dan memegang tangannya, sementara burung itu melihat kanak-kanak ini sebagai reaksi spontan.
Kita ambil iktibar bahawa Allah jadikan makhluk dari pelbagai jenis, tetapi Allah juga menjadikan makhluk-makhluk tadi dengan hati yang boleh merasa/ menjejak hasrat pihak satu lagi. Sekiranya manusia berhasrat sejak awal untuk bersikap murni, maka hasrat tersebut akan dipaparkan dalam tindak tanduk, percakapan dan air muka begitu jugalah sebaliknya.
Apa dah jadi dengan manusia khususnya rakyat negara ini - mereka hanya berlainan agama dan kaum sahaja, tetapi sikap mereka lebih buruk daripada haiwan di atas. Lihatlah apa yang terjadi baru-baru ini apabila seorang ahli politik pembangkang dengan sengaja menjatuhkan maruah ahli politik parti lain dengan gelaran dan sumpah seranah. Siapakah dia yang merasakan dirinya lebih baik dari orang lain.
No comments:
Post a Comment