Saya amat terharu apabila melihat foto ini, berbagai tanggapan boleh kita andaikan dari foto ini, namun apa sahaja andaian tersebut, hampir semua akan bersetuju dengan saya tanpa mengira pertalian darah antara 2 insan di atas, foto ini jelas mempamerkan kasih seorang ibu. Dalam hujan lebat, si ibu dalam keadaan basah dan sukar melihat (kerana titik-titik hujan di muka) tetap memandu anaknya supaya selamat. Payung yang sepatutnya boleh melindungi 2 insan dari kebasahan, dibenarkan hanya diguna oleh si anak. Ditambah lagi si ibu dalam keadaan mengharungi hujan menjinjing beg si anak. Itulah kasih yang tiada sempadan yang dianugerahkan Allah kepada wanita yang bergelar ibu.
OLeh itu wahai anak, hargailah ibu, semasa kita kecil dia masih kuat - dia lakukan segalanya untuk kita. Semasa di tua, kita pula sedang kuat apa yang kita lakukan untuk dia. Dia kita tinggalkan tanpa mengengok dia. Kalau ada masa baliklah untuk bertanyakan kabar.
No comments:
Post a Comment