Showing posts with label PRU. Show all posts
Showing posts with label PRU. Show all posts

20 January 2014

SIAPA ITU AMBIGA?

Saya nak berkongsi dengan artikel ini, ramai juga rakyat Malaysia yang masih tidak kenal dengan Ambiga, manusia yang bertanggungjawab atas kekecohan dan keamanan negara ini. Jom kita baca. . . .

Kepada Rakyat Malaysia tepat tak soalan yang aku ajukan di atas itu?? Siapa Ambiga@Ambingai. Nak tahu kenapa aku ajukan soalan tersebut? Ini kerana kelantangan mulutnya yang tak sedar diri dan diuntung. Terlalu banyak propaganda bertujuan menghuru-harakan negara bersama pembangkang si betina ni dah buat. Antaranya menganjurkan perhimpunan haram 'Bersih', mempertikaikan hak-hak serta keistimewan orang-orang melayu. Juga mempertikaikan undang-undang negara yang sedia ada, dan banyak lagi. Kita semua sedia maklum, kelantangan dan keberanian si betina bonggok ini adalah disebabkan ada penaja dan orang dibelakangnya.

Ambiga tidak takut ditangkap oleh penguatkuasa (polis) kerana sudah menanti orang-orang yang berpengaruh untuk mengeluarkan beliau dari penjara sekiranya beliau di tangkap. Contohnya, setiap kali perhimpunan haram yang beliau anjurkan dan menjadi ketuanya, dan setiap kali beliau ditangkap untuk disoal-siasat, beliau akan dibebaskan dengan jaminan. Dan bila dibicarakan, terlepas begitu sahaja atau buang kes. Tak faham....aku tak faham dengan undang-undang negara kita ini. Tidak sahaja dengan keberanian dan kelantangan mulutnya, Ambiga dan pembangkang (PR) akan terus mencari pasal, cuba mencari silap kerajaan kerana kita semua tahu sejak kebelakangan ini pembangkang sudah kehabisan modal dan idea.

Terbaru, betina bonggok dan sombong ini mencabar Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengiktiharkan harga beliau.

Kenapa dan mengapa tiba-tiba isu ini ditimbulkan pulak?? Ini sudah tentu ada dalang disebalik desakkan tersebut. Maka, sekali lagi ambiga di ketengah dan di pergunakan. Satu soalan dari aku, siapa Ambiga ini mendesak supaya PM mengiktiharkan harga beliau? dan, arahan siapa. Maka, kesimpulannya, memang pembangkang dulu, kini dan selamanya mempunyai niat dan hati yang busuk terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN). Jadi, Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM), apa respon korang?...nak siasat?...sebelum itu aku nak tanya sikit le pada yang berkenaan. Betul ke Ambiga si haramjadah ni orang Sri Langka?..bukan rakyat Malaysia?

saja nak tanya. Kalau betul, dahsyat ye...rakyat asing boleh bermaharaja dan lantang mengkritik dan berani mencetuskan huru-hara di negara kita ini. Tak mustahil satu hari nanti rakyat asing memang jawatan dalam kabinet (kalau pembangkang jadi kerajaaan). Maka, mari kita semua berfikir, adakah harus kita memberi ruang dan peluang kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan pada PRU ke-14 nanti. Fikir-fikirkan..-Tok Guru.

Sumber: fb ASSU

15 August 2013

Kenyataan Lim Kit Siang (LKS) Akibatkan 13 Mei 1969

Bukan niat saya untuk mengapi-apikan sesiapa pun hatta anak bangsa saya sendiri. Apa sekalipun Allah telah mengurniakan akal dan fikiran kepada semua manusia untuk berfikir. Kejadian manusia sangat berbeza dengan haiwan, jadi biarlah kita berfikiran dan bertindak seperti manusia juga.

Banyak bangsa di dunia ini arif akan kelemahan orang Islam dan juga orang Melayu. Kelemahan inilah yang menjadikan Melayu mudah lupa . . . . sungguh benar sekali kata Tun Mahathir bahawa Melayu memang mudah lupa.

Lupa yang tidak sepatutnya berlaku adalah lupa pada sejarah. . . . orang Melayu dan Islam tidak suka membaca, oleh itu sejarah negara bangsa dan agama tidak dapat dijadikan contoh dan panduan untuk terus membangun dan hidup di tanah kepunyaan mereka sendiri, itulah kelemahan yang paling utama TIDAK SUKA MEMBACA DAN LUPA PADA SEJARAH. Ingatlah bahawa sejarah selalu akan berulang kembali.

Kadang kala sejarah memang menyakitkan, tetapi itulah kenyataannya bahawa sejarah menjadikan kita tahu untung ruginya kehidupan. Allah swt sendiri banyak menceritakan sejarah dan kisah nabi-nabi dan rasul-rasul yang hidup sebelum junjungan kekasih kita Nabi Muhammad saw, kisah-kisah itu bukannya untuk kita baca sahaja, tetapi untuk kita ambil ikhtibar dan jadikan pengajaran. Tetapi berapa ramai yang membaca Al Quran serta tahu mengenai semua kisah yang Allah nyatakan?.

Jadi, jangan sekali-kali kata bahawa apa yang sudah berlaku dulu akan hilang begitu sahaja, tidak sama sekali. Ramai juga orang yang cuba 'membunuh' sejarah yang telah mereka cipta dengan tujuan tertentu dan sekiranya sejarah itu 'mati' begitu sahaja ada pihak yang akan 'rugi', inilah yang sedang berlaku di tanah air kita. Saya akan tetap menyimpan sejarah yang saya labelkan sebagai 10 Kata LKS Akibatkan 13 Mei. Sejarah ini juga cuba di'bunuh' kerana sebab-sebab tertentu. (Cara kebetulan sahaja pangkal nama dia Lim - sama dengan pangkal nama keluarga Cina saya sebelah emak).

10 Kata-kata Lim Kit Siang Yang Mencetus 13 Mei 1969

Melayu Tak Kan Lupa Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP) yang ditubuhkan pada tahun 1954. Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu. Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.

Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100% adalah pro-Cina, Devan Nair seorang ahli parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftarkan sebuah parti baru yang dikenali sebagai Parti Tindakan Rakyat tetapi ianya ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama. Lalu Devan Nair menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) dan pendaftaran ini diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.

DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Lim Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor. Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura. Maka tidak hairanlah sehingga ke hari ini generasi pemimpin baru DAP seperti anak Kit Siang, Lim Guan Eng meneruskan tradisi berkiblat kepada PAP terutamanya setelah parti itu memerintah Pulau Pinang.

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi 'besar kepala'. DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara. Baru sahaja 12 tahun kaum Cina diberi taraf kerakyatan penuh melalui dasar 'jus soli' sebagai salah satu syarat utama British untuk kemerdekaan, orang Cina sudah naik tocang.

Menurut laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa. Sejarah Lim Kit Siang pada 13 Mei sukar dilupakan.

Di bawah adalah ayat-ayat cercaan Lim Kit Siang, ahli-ahli DAP dan Gerakan sewaktu berarak meraikan kemenangan mereka di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 yang dipetik daripada Laporan MAGERAN.

1.  Menggunakan slogan “Malai-Si” yang membawa maksud “Mati Melayu”.

2.  “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu” – 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.


3.  “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”– 11 Mei, Jalan Bukit Bintang.


4.  “KL sekarang Cina punya” – 11 Mei, Jalan Changkat Dollah.


5.  “Melayu balik kampung, Melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.” – 12 Mei, Jalan Tunku Abdul Rahman.


6.  “Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…” – 12 Mei, Jalan Khir Kampung Baru.


7.  “… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” – 12 Mei, depan Balai Polis Jalan Pudu.


8.  “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau….!” – 12 Mei.


9.  “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…” – 12 Mei, Jalan Canvel.


10.  “Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu.” – 12 Mei Jalan Bukit Bintang. 


Kerana provokasi-provokasi yang didalangi oleh Lim Kit Siang inilah dikatakan telah menyebabkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 dahulu. Jika dilihat pada kenyataan-kenyataan itu, padanlah ramai pemimpin-pemimpin DAP yang sensitif dan mahu menutup sejarah ini serapat-rapatnya. Sebagi contoh Filem Tanda Putera di tentang habis-habisan oleh penyokong-penyokong tegar DAP.

Kerana tidak minat sejarah, makanya sejarah Tanah Melayu diolah sesuka hati oleh 'mereka' makanya hilanglah banyak sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan Melayu dahulu yang berjuang menentang pengganas dan penceroboh. Pernah sedikit hari dulu pahlawan-pahlawan ini dilabelkan sebagai pengganas dan dicatat dalam buku sejarah, alhamdulillah Tun Mahathir telah membetulkannya walaupun tidak secara holistik. Saya selalu tertanya-tanya ke manakah hilangnya guru-guru sejarah yang berbangsa Melayu dan mengapa mereka boleh mendiamkan diri dan melihat sejarah negara mereka disiang dan diganyang.

Paling menyedihkan baru-baru ini, sejarah dan bangsa Tanah Melayu cuba diubah dan disesuaikan supaya menjadikan bangsa Melayu bukan empunya tanah ini dan sekiranya ianya berjaya makanya bangsa Melayu akan merempat di tanah air mereka. 'Mereka' baru sahaja menjadi rakyat negara ini, baru sahaja 1 generasi sudah mula menunjukkan kurang adab masing-masing. Lihat sahaja apa yang ditulis oleh generasi baru 'mereka' yang mengutuk bangsa Melayu, agama Islam, institusi raja Melayu dan berbagai lagi. Lupakah mereka bahawa jika tidak kerana kesudian dan cemar duli raja-raja Melayu menerima nenek moyang mereka sebagai rakyat, mereka terpaksa balik ke negara asal mereka.

Adakah mereka ketahui mengapa orang Melayu diistilahkan sebagai bangsa Melayu, manakala 'mereka' sebagai kaum dalam Perlembagaan Persekutuan? Tahukah 'mereka' dari mana asal mereka? - susah cari makan di negara sendiri, makanya merempat di negara orang. Tahukah mereka apa yang dikatakan orang memberi kita merasa, kacang lupakan kulit, ibarat melepaskan anjing tersepit, dah bagi betis nak peha. Tidakkah mereka sepatutnya berterima kasih kepada keturunan bangsa Melayu kerana sanggup/ terpaksa berkongsi segalanya dengan mereka di tanah ini? Susah ke untuk hidup bersatu padu macam dulu-dulu.

Sedarlah bangsaku, bangunlah dari tidur kamu yang lena itu, kalau tidak tahu dari mana hendak dimula carilah buku yang ditulis oleh Ustaz Redzuan Tee yang bertajuk Nasib Melayu di Tanah Melayu. Baca dan fahami sebelum kita menerima nasib yang sama dengan Palestine, Mesir dan Syria.

04 May 2013

Perang Poster Aman di Taman Saga, Ampang

PRU13 kali ini memperlihatkan kematangan penyokong parti masing-masing - sikap rasional mereka boleh dilihat dengan pemasangan bendera dan poster perti sebelah menyebelah, berderet-deret dan berselang-seli. Gambar ini adalah laluan utama ke Taman Saga.

Di Taman Saga terdapat 2 bilik gerakan bagi 2 pakatan parti yang besar. Alhamdulillah semenjak mula perang poster, tiada sebarang kejadian yang tidak dikehendaki berlaku.

Laluan ini menuju ke rumah saya dan kawasan ini seperti dikuasai oleh parti yang sedang memerintah negara kerana kiri kanan jalanraya dipenuhi dengan bendera, poster dan bantying parti mereka.. Saya amat berharap agar keamanan sentiada berlaku di negara ini, kerana sekitanya berlaku kucar kacir semua pihak akan menghadapi masalaj. 

29 April 2013

Rahsia Khusyuk Dalam Solat

Persoalan khusyuk dalam solat dalam dalam diri setiap muslim, kerana menyempurnakan solat yang khusyuk menjadi impian setiap dari mereka, begitu jugalah dengan saya. Oleh itu apabila menjumpai sahaja tajuk ini saya akan menyimpannya dan berkongsi dengan anda. Semoga kita mendapat manfaat darinya. Mari kita lihat kisah berikut:

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia seorang yang sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya :"Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwuduk' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wuduk' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wuduk' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk' dengan air. Sementara wuduk' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

1.   bertaubat;

2.   menyesali dosa yang dilakukan;

3.   tidak tergila-gilakan dunia;

4.   tidak mencari/ mengharap pujian orang (riya');

5.   tinggalkan sifat berbangga;

6.   tinggalkan sifat khianat dan menipu; dan

7.   meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Bagaimana pula dengan kita, adakah kita berwudhu batin dan zahir? bagaimana kalau selepas ini kita mencuba cara-cara dari Hatim tadi. Untuk musim ini (di mana kita sedang dalam PRU13) sudah tentu ada kalanya percakapan, ucapan, tulisan dan perbuatan kita yang melanggar 7 perkara di atas, adakah setiap kali solat kita sudah bertaubat? Berdosa dengan Allah... Allah akan ampunkan apabila kita bertaubat, tetapi berdosa dengan manusia, hanya manusia itu sahaja yang akan maafkan barulah Allah akan ampunkan kita?. Jadi pesanan saya pada diri saya dan anda berhati-hati untuk bertindak....