Malam tadi semasa sedang menonton Berita di TV menyiarkan bahawa Novel Intelok oleh Satrawan Negara ditarik dari dijadikan sebagai rujukan buku teks sekolah menengah. Hati saya berdetik dan berkata... lemahnya kita dan kenapa harus tunduk pada desakan ... jadi saya hanyutkan rasa kecewa saya di fb untuk dikomentarkan oleh kekawan yang seangkatan. Di bawah adalah korespondennya.
Adnee Haji Ahmad: Akhirnya kita mengalah juga bila Intelok tak jadi novel di sekolah menengah..... sayangnya... novel itu menunjukkan bagaimana mulanya Tanah Melayu mempunyai rakyat berbilang kaum.
Fila Z Abidin: Sangat mengecewakan... Aku protes tindakan KPM ini dan melihat langkah ini merupakan kegagalan pemimpin politik Melayu mempertahankan maruah bangsa. Akan kuterjemahkan protes ini dalam PRU akan datang!!!!
13 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: k I ikut ya.... kecewa yg amat sgt... lemahkah kita utk mentafsirkan bhw tanah bertuah ini punya tuannya - akibatnya dah nampak betapa bangsa tuan punya tanah ini tidak dapat nak mempraktikkan ibadat seperti di zaman datuk nenek kita, masa datuk nenek mereka baru datang dulu, mereka tak berani nak membantah. maklumlah orang baru tiba .............................
12 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Kadok naik junjung... yang naikkan mereka orang kita juga....
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: apa nak kata..... konon kita ni baik.. semua nak bagi org - konon kita hidup macam adik abang. Kalo betul tak pelah juga niiiiiiiiiii
11 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Tolak ansur... depa tolaaak... yang ansur cuma kita! lama-lama kita yang masuk longkang busuk! MUAK sungguh! Kempen kat pengundi Melayu, pandai-pandailah pilih calon wakil rakyat. Ni tak... dah sah-sah depa tu minoriti, dia orang pangkah jugak hanya sebab dacing! Kalau nak harap undi orang dia saja, jangan harap boleh menang. Patut jadi calonpun tak layak! Bila kita baik sangat, dia orang ni buat tuntutan melampau. Adnee, kalau susah nak buat pilihan, kita undi protes je nanti!
11 hours ago · Unlike · 1
Adnee Haji Ahmad: Setuju... sbb I tgk org Melayu pun asyik gaduh tak habis2.... x perasan ke kita dah pecah 3 -4 kumpulan n bukan majoriti lagi... kalo jatuh susah nak bangkit... kalo ada tanah melayu yg lain... rasa nak berhijrah je.... tapi tanah melayu ni je.. duduklah
11 hours ago · Like
Aghani Muda: Bagaimana kita disuruh menyanyi dgn bersemangat lagu 'Anak Kecil Main Api' bila kursus kenegaraan BTN dan bersedia mempertahankan hak-hak org Melayu, tetapi pemimpin kita tidak bersedia mempertahankan demi mendapatkan undi kaum lain.Orang2 Melayu bandar sememangnya sudah bersedia untuk menukar kerajaan tetapi agak liat untuk org2 kampong.ini masalahnya.
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: sbb mereka dlm buai... tgh enak tidur dengan lagu RM500 dpt bln 1 ni, org kita rata-rata kalo dpt sikit d??? Kerajaan dah baik.... tapi makin tahun, tanah org melayu hilang kalau tidak pun ditolak ke pendalaman atau kena jualkan tanah mereka kerana cukai makin tinggi... pengusiran cara berhemah.
11 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Tu pun satu masalah jugak. Nak harap orang Melayu PKR? Yang I nampak DAP tolak PKR ansur. Ni bukan masuk longkang lagi, terus hanyut dalam sungai. Nasib baik sungai SEGGET busuk kat tengah-tengah bandar JB tu dah di tutup. Kalau tak kat situ le kita tercampak...
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: takut gak fikirkan generasi yg akan dtg... kalo semua tergadai... mana mereka nak tinggal... nak duduk kat planet baru tu graviti kuat sangat dan tak mampu nak gi tentu tiket mahal... kita kena bangun... tapi nampak org melayu berpecah sgt susahlah
11 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Nak harapkan PAS? Orang-orang yang dihormati macam Hassan Ali, Nasahruddin Md. Isa dipinggirkan, Ustaz-ustaz yang respectable yang duduk dalam PAS dulu macam Haron Din, Ismail Kamus dll macam dah tak bersuara dah. Tapi understandable... dia orang ni negarawan bukan politikus yang hanya mementingkan survival politik aje. Tapi orang macam Ismail Kamus, Haron Din ni yang kita nak. Bukan macam Mat Sabu yang ashik merapu atau mereka yang mentulikan telinga walaupun maruah agama dan bangsa diinjak-injak!
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.
Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.
Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.
Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.
Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.
Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: Tulah yg payah, PAS kini bukan golongan ulama yg pimpin, serupa je ngan yg lain... dunia nak kiamat kot
11 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Lagu ni digunakan untuk brainwash kita masa student. Ye ye aa kita menghayati mesejnya tapi yang kat atas tu cuma mementingkan survival politik senndiri. Sebab tu lah berlaku apa yang berlaku hari ni. Mulut cakap "akan tetap mempertahankan orang Melayu" tapi tindakan, pergh... hampeh.... hanya sebab nak pancing undi. Tengok je lah nanti, berbaloi tak "pelaburan" mereka...
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: macam Aghani Muda kata, org Melayu bandar ada yg dah sedar, tapi yg ramai kat kg tu payah sikit, biasalah bil bermain ngan sentimen melayu.... makin hari hati I kata macam ada yg tak kena je.... antara ikhlas ngan pura-pura @ ada udang sebalik batu.
11 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Dalam PRU lalu, di Johor, kawasan majoriti bukan Melayu. DAP menang dua-dua DUN kalahkan BN dari MCA@Gerakan. Calon pembangkang untuk Parlimen Melayu PKR lawan BN MCA@Gerakan. Pengundinya sama, tapi yang menang siapa?
11 hours ago · Like
Fila Z Abidin: Nak tengok PRU akan datang. Orang Melayu nak pangkah ke orang yang sah-sah terlibat dengan skandal seks jadi wakil rakyat a.k.a pemimpin mereka? Ni orang Johor yang bangang le....
11 hours ago · Like
Adnee Haji Ahmad: Pd I x de formula negara yg rakyatnya majmuk boleh hidup aman damai selamanya - walau bagaimanapun mesti apa rasa shak wasangka dlm hati terhadap bangsa dan kaum lain, walaupun perasaan itu x boleh nak diluahkan... Macam kita nak cakap tentang kebangkitan Melayu dan Islam secara terang-terangan pun susuh sbb nanti dituduh perkauman tapi yg sebenarnya kita nak kan keadaan supaya negara ini tetap menjadi milik 'kita' kerana asalnya ianya memang milik kita. k nak tido dulu nanti jumpa lagi fila lama tak berdiskusi cam ni. tajuk yg dry tapi i suka
11 hours ago · Like
Ismail Mohammed: Alah adnee. Apa nak di kecewakan. Demi kuasa,hal agamapun boleh dikompromikan skrg. Mulut kata lain buat lain. Dulu bagai nak rak perjuangkan hukum agama, skrg nak cakap pun kena hati2.
12 minutes ago · Like
Adnee Haji Ahmad: jadi tak kan kita nak tgk je, atau mana pula kita ada kuasa nak tentang... ada peraturan kena patuhi wp tak suka.... tak kira apa program pun yg nak dilakukan pemimpin perlu lihat akibat secara holistik, bukan apa yg akan diperoleh ikut hati sahaja... itukan macam Firaun.
No comments:
Post a Comment