Kelmarin saya terjumpa 2 kata-kata mengenai CINTA di dalam fb melalui wall sahabat-sahabat. Yang sebenarnya saya jarang sekali untuk membincangkan tajuk mengenai cinta kerana saya bukan ahlinya. Walau bagaimanapun kata-kata di atas dan di bawah ini menjemput saya untuk memberikan komen. Ada betul dan ada pandangan lain (bukan tak betul).
Pada saya dalam mencari pasangan hidup, seseorang itu perlu memerhatikan beberapa perkara pada diri sendiri dan juga pada diri pasangan tersebut. Sejarah sebelum seseorang itu dikenali dan dicinta pada saya adalah perlu kerana ia menjadikan panduan semasa membuat keputusan nanti. Oleh itu perhatikan betul-betul siapa dia yang dicintai itu sebelumnya, kita perlu tahu siapa dia, apa dia, bagaimana dia dan kenapa dia. Kerana semua orang yang bercinta selalu mengharapkan agar cinta mereka diakhiri dengan membina keluarga bahagia, dan sudah tentu keluarga itu biarlah sehingga akhir hayat. Oleh itu jika tersalah pilih, itu
yang membuatkan rumah tangga tidak aman dan berakhirlah pulaknya dengan perceraian.
Jadi suka saya nak nasihatkan, apabila memilih pasangan hendaklah menepati ajaran agama. Boleh pilih yang cantik/ kacak dan berharta tetapi agama tetap menjadi pegangan utama, kerana sudah tentu semua pasangan amat berharap agar dapat hidup bahagia di dunia dan berpanjangan sehingga ke syurga.
Bagaimana pula dengan kata-kata di atas, saya tak nafikan memang ada masanya bila kita suka kat dia, dia pulak tak suka kat kita, tapi bila kita tak suka kat dia, masa tulah sidia beriya-iya suka pada kita setengah mati. Habis tu camna, apa nak buat. Sebab kalau hati tak suka, nak tengok muka dia pun dah tak lalu, macam mana nak buat-buat suka..... ish ish ish.. tak mau jadi punya. Tapi bila kita suka kat dia... kita buat apa pun tak jadi juga sebab dia akan elakkan diri dia dari kita... akhirnya orang melihat kita ni macam terhengeh-hengeh macam hidung tak mancung pipi tersorong-sorong... dari dilihat begitu oleh orang.. baik jauhkan diri... sebabnya masih ada lagi ramai manusia yang Allah jadikan untuk kita.
Lainlah kalau dah tak suka... nak buat camna... tanyalah diri sendiri.
Pasangan saya dah ada kat syurga kot... ha.ha.ha......
No comments:
Post a Comment