29 February 2012

Lagu : Lagu Rindu - Siti Nurhaliza



Lagu yang saya minat

Ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan

Pada 29 Februari 2012, saya mengambil cuti 1 hari untuk ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM). Seperti biasa lebih kurang seminggu sebelum berjumpa dengan doktor MOPD HAT TM saya perlu ke hospital untuk mengambil sample darah dan urine bagi pemeriksaan kesihatan saya di HAT TM pada 5 Mac 2012 nanti.

Macam biasalah selepas selesai semua agenda saya dengan beberapa klinik di hospital ini, saya ke Pejabat Tadbir Awam di tingkat 4 bangunan hospital.

Di pejabat tersebut saya berjumpa dengan Nita, Niza, Zila, Vidia, Mie dan Rizal, tak lama kemudian baru Nor muncul. Kesemua mereka nampak makin happy, mungkin kerana mereka dapat bos baru yang menggantikan saya. Sayangnya bos mereka bercuti sakit kerana patah tangan.


Kesian Tuan Haji Ramli... saya doakan semuga Haji Ramli lekas sembuh.

Lebih kurang 10 minit muncul Puan Hafisah (Penolong Pegawai Tadbir Awam) dan Su, rupanya mereka menghadiri taklimat mengenai Aset yang diadakan di Auditorium.

Yang sebenarnya ada sebabnya mengapa saya perlu berjumpa dengan mereka berdua. Ada sesuatu yang saya perlu selesaikan dengan mereka. Ada benda yang perlu diambil, selepas selesai urusan dibincangkan dan setelah kedua-dua pihak puas hati, maka RM dan barangan bertukar tangan. Peringkat akhir, maka barangan tersebut bertukar kereta daripada kereta Persona ke dalam Altis.


Yang untungnya sayalah..... kali ini makan tengahari ada yang belanja. Agaknya sahabat saya Puan Hafisah, mendapat durian runtuh kot jadi kami makan tengah hari di Jom Bali, lama betul saya tak menjamu selera di sana - seingat-ingat saya sejak saya bertukar ke JPNWP ini kali kedua saya makan di Jom Bali.

Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada Puan Hafisah... saya doakan semoga dilimpahi rekzi yang berlipat ganda.

Keoada yang lain-lain tu, doakanlah agar kita ada masa yang terluang supaya kita dapat makan bersama... entah bilalah agaknya.

27 February 2012

Apa Erti Kasih Sayang

Memanglah dunia ni dah nak sampai ke penghujungnya, kenapa tidak sebabnya perlakuan manusia yang Allah kurniakan akal dan fikiran dan berpindah kepada haiwan. Manakala kelakuan haiwan dah tumbuh subur dalam jiwa mnusia. Melihat kepada foto-foto ini sepatutnya kita manusia segan dan malu kepada haiwan kerana mereka lebih mempunyai sifat kemanusiaan daripada kita manusia yang terlebih sifat kebinatangan. Mereka lebih sayang kepada naka mereka daripada manusia yang suka buang-buang anak bersepah di merata-rata tempat. Dah terbalik dunia ni.

Kalau dibiarkan berterusan sifat kebinatangan ini dalam diri manusia, maka menjadi-jadilah huru-haranya dunia. Makanya kanser masyarakat ini tidak akan mampu ditangani oleh mana-mana kerajaan sekali pun, kerana pada saya seawal-awal pembangunan ummah seharusnya berlaku dari rumah, kemudian diteruskan di sekolah dan dipraktikkan pula dalam masyarakat. Tetapi lihat sahajalah kepada masyarakat yang kita punya di Malaysia, tidak ada sifat kekeluargaan kerana setiap keluarga yang menjadi ahli masyarakat beranggapan masing-masing cukup dengan menjaga keluarga sendiri, orang luar tidak perlu tahu dan jangan sekali-kali menegur keluarga mereka. Itulah hasilnya anak-anak menghasilkan zuriat tidak jelas dalam keluarga. Ini yang dinamakan sombong bodoh.

Saya pernah menegur beberapa anak-anak dalam komuniti masyarakat di mana saya tinggal, tetapi ianya tidak disukai oleh kedua ibu bapa anak-anak tersebut. Jadinya saya terpaksa mendiamkan diri. Kebanyakan kualiti anak-anak yang tidak mendapat jagaan sewajarnya dari keluarga memang hancur, tetapi disebabkan pandai berpura-pura, banyak perkara dapat disembunyikan.

Walau bagaimanapun masih belum terlambat untuk balik ke pangkal jalan, janganlah nanti, haiwan lebih baik dari kita.... malu saje....

26 February 2012

Perhimpunan Bulanan Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan (JPNWP) - Februari 2012


Perhimpunan bulanan bagi bulan Februari 2012.

Kami dari Unit Pentadbiran bersepakat untuk mengenakan pakaian seragam Sektor K2P. Itu yang nampak macam boria.

Diperkenalkan dari kiri Cik Pah, Ani, Liza dan saya

Perhimpunan kali ini tidak ramai yang hadir, mungkin kerana YBhg Dato' Pengara tiada kot!!

25 February 2012

Penghuni Masjid Negara

Semasa saya berjalan memasuki Masjid Negara di suatu petang, saya rasa seakan-akan saya diperhatikan. Jadi saya berhenti sekejap di salah satu pintu masuk masjid dan mendongak ke atas, maka itu yang saya nampak. Seekor anak kucing yang sangat comel sedang memerhatikan langkah saya.

Anak kucing tu kecil lagi, rasanya ibu dia tempatkan dia di situ supaya susah untuk dicapai oleh manusia. Yang sebenarnya, masjid ini memang banyak kucing yang dibuang oleh orang. Tetapi bagi saya, apa daya kucing-kucing ini mencari makan kerana masjid bukan didiami oleh orang setiap masa, jadi kucing-kucing di sini tidaklah gemok, hanya cukup makan sahaja.

24 February 2012

Rahsia Hari Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi. Sesudah itu bersegeralah ke masjid. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor.

Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah "Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.Solat Sunat dan Bacaan Surah PilihanKerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga”Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Sumber: http://www.mafhq.mil.my

21 February 2012

Saya di Masjid Negara

Dalam dewan solat

Di hadapan Masjid berhadapan dengan TV Al Hijrah


Teman yang sama belajar di Masjid Negara

20 February 2012

The Best Thing In Life


I got this from a friend of mine from facebook. Thanks to you my friend. I would like to share this with all my friends.

Thank you to God because He gives us so many thing free of charge but in return some of us never thankful to Him.

Whatever please be a good human being....

Sifat-Sifat Syaitan yang Di ikuti Manusia

“Allah s.w.t berfirman; Apakah yang menghalangi engkau (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?” (iblis) menjawab "Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api dan sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah" (surah Al-A’raf:ayat 12)

(Iblis) menjawab, "Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku selalu menghalangi mereka daripada jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur” (Surah al-A’raf: ayat 16-17)

Antara sifat syaitan yang digariskan Quran adalah:

1. Sombong dan angkuh.

Syaitan adalah makhluk yang sombong dan angkuh. Ramai manusia bersifat seperti syaitan. ”Kamu sekolah tak tinggi apa kamu tahu?”. “Aku lulusan ekonomi sudah tentu aku bijak!”. "Buruk betul kereta itu….” “Apa keja penyapu sampah, tak standart langsung….” itulah antara ayat-ayat manusia sombong dan angkuh. Sifat sombong dan angkuh adalah sifat syaitan dan ianya diharamkan Allah. Sifat sombong akan menyebabkan seseorang masuk Neraka sebagaimana sabda Baginda saw “Tidak akan masuk Syurga seseorang yang ada dalam hatinya sifat sombong walaupun sebesar atom”. Manusia sombong dan angkuh kebiasaannya mempunyai sifat lebih sempurna contohnya menjadi pengarah, pegawai besar, orang kaya, memandu kereta mewah, berupa cantik, hidung mancung dan sebagainya. Manusia yang dikurniakan pelbagai kelebihan dan berbangga dgn nikmat yang dimiliki. Mereka yang sombong adalah mengikut sifat syaitan dan layak dianggap teman syaitan.

2. Menyuruh kejahatan.

Syaitan telah berjanji untuk menyesatkan manusia hingga kiamat. Ia tahu bahawa dirinya bakal menjadi ahli Neraka dan mahu menjemput lebih ramai manusia ke Neraka bersamanya. Manusia yang menyuruh kejahatan adalah manusia yang mencontohi sifat syaitan. “Apa la kau dengar je, "marilah sama-sama mengumpat”. “Masuklah insurans ini, tinggi dividennya…apa nak kira halal ke haram”. “Tak payah solat…ini hari pengantin, nanti qadak je..” “Dah berkurun nenek moyang kita ajar tangkal, ikut sahajalah”, “Saya bagi komisen kalau projek tu Pengarah beri syarikat saya”. “Marilah dengar ceramah kebaikan Syiah.. ia ajaran baik”. “Kau nak beli nombor ekor tak? aku nak pi beli ni.. kirim je kat aku”, “Tak patah tutup aurat.. pakai je gaun seksi tue.. ini hari pengantin.. kahwin sekali je..” Itulah antara ucapan dan kata-kata manusia menyeru kejahatan dan ianya adalah sifat syaitan durjana. Jika melihat manusia suka menyuruh maksiat dan kejahatan, ia membuktikan mereka mengikut telunjuk syaitan.

3. Tidak bersyukur.

Syaitan diberikan nikmat menjadi ahli syurga ketika belum dicipta Adam a.s namun ia kufur dan tidak bersyukur. Akhirnya syaitan dicampak ke dunia. Syaitan berjanji menghasut manusia agar tidak bersyukur sepertinya. Kita lihat ramai manusia tidak bersyukur walaupun diberikan lima pancaindera. Allah wajibkan solat, solat ditinggalkan. Allah berikan rezeki sejak kecil, namun tidak bersyukur. Allah jadikan dunia sebagai indah namun ramai menulis dalam Facebook “Bosannya hari ini…” Itulah manusia tidak bersyukur. Ramai manusia tidak bersyukur hari ini. Dapat gaji RM1000 mahu gaji RM5000, memandu kereta Wira mahukan Mercedes, tinggal rumah flat, mahukan banglo, dikurniakan seorang anak, mahukan 10 anak.

Sebagai manusia beriman perlu bersyukur dengan apa yang ada dan berusaha gigih, bukannya mengeluh dan tidak bersyukur. Ramai manusia bertanya “Mengapa jadikan aku miskin?” Mengapa jadikan aku hodoh?Mengapa jadikan aku buta?mengapa dan mengapa…sedangkan Allah memberi kelemahan dan kelebihan pada setiap manusia…Ramai manusia buta namun mampu menghafal 30 juzuk Quran dengan sempurna.Ramai manusia celik tetapi tidak mampu menghafal Quran.Itulah kelebihan dan kekurangan. Bekas pensyarah Universiti Islam Madinah dan juga Mufti Arab Saudi Almarhum syeikh Abdul Aziz bin Baz rahimullah adalah manusia buta. Beliau menghafal Quran dan mampu menjadi pensyarah yang baik. Diceritakan bahawa beliau berjalan tanpa tongkat dan tahu pelajar yang tidak berdiri pabila disuruh berdiri.. amat hebat manusia buta ini…Ketika saya belajar di Universiti, beliau telah menjawat jawatan Mufti…. pensyarah sering menceritakan kisah-kisah ajaib tentang beliau. Bersyukurlah kerana syukur itu Mahmudah dan tidak bersyukur itu sifat syaitan. Manusia beriman itu perlu mengkaji ayat-ayat Quran agar tahu segala sifat syaitan dan menjauhi sifat-sifat tersebut. Syaitan adalah musuh Allah dan sesiapa yang mengikut sifat syaitan maka jadilah mereka syaitan dalam golongan manusia.

Sumber: http://www.halaqah.net/

Replika dan Gambar Runtuhan Rumah Rasulallah SAW

Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata: “Saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itu baginda sedang bertiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang terbuat dari kulit yang diisi sabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW tersingkap antara punggung dan badan, lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung Rasulullah SAW. (Di atas adalah replika rumah Rasulallah SAW yang dibina semula untuk renungan kita.)


Umar menangis. Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, “apakah yang membuat kamu menangis?”
Umar menjawab , “demi Allah, saya menangis setelah mengetahui bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar di dunia ini. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan di dunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah (utusan Allah). Seperti yang saya lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana). (Disebelah ini pula adalah kesan-kesan runtuhan rumah Baginda SAW.)

(Gambar di sebelah adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as). Rasulullah SAW lalu bertanya, “bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat kesenangan akhirat?”. Umar menjawab, “tentu, wahai Rasul”. Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi, “Memang demikianlah adanya.” (Hadis Riwayat Ahmad) Nabi kita adalah kekasih ALLAH, namun tak pernah punya rumah besar, apa yang ada cuma sebuah rumah yang terbahagi kepada ruang solat,

ruang tamu, kamar Saidatina Fatimah Az-Zahra iaitu puteri bongsu baginda dan kamar Rasulullah sendiri. Sementara rumah itu pula hanya beratap pelepah daun kurma bagi menghalang cahaya matahari daripada menembusi ruang dalam rumah. Diriwayatkan dari Aisyah ra, dia berkata, “Rasulullah SAW menghamparkan sebahagian tikar di waktu malam dan baginda solat di atasnya. Baginda pun menghamparkan tikar itu di siang hari untuk tempat orang-orang duduk” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Al-Baihaqi) i atas ini adalah


Gambar sebelah adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.








Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Di bawah ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat. Jikalau nak dibandingkan dengan rumah umat-umatnya sekarang…jauh berbeza sangat, dan kadang-kala rumah yang dibina itu bukan sekadar tempat berteduh, mungkin tidak salah miliki rumah besar yang selesa untuk keluarga, rumah yang besar dijadikan aras

tanda kedudukan, lebih malang lagi ia jadi tanda bermegah-megah.Moga kita hidup dalam kesederhanaa, miliki rumah besar itu tak salah, tapi biar berpada-pada, kerana masih ada insan yang duduk dibawah jambatan, apakah anda pernah terfikir untuk membantu mereka

Sumber: http://www.tranungkite.net/

19 February 2012

Sarapan Pagiku

Semalam kira-kira jam 2.30 pagi hujan turun dengan lebatnya. Dan semalam juga saya basuh kereta sendiri di rumah, rasa sayang pulak nak keluar takut kereta kotor kerana langit membayangkan akan menurunkan hujan lagi. Diri saya kuat dukuasai rasa tak rajin nak keluar beli sarapan pagi. Saya ke dapur dan di dapur ada nasi baki semalam. Jadi saya menyediakan nasi goreng udang. Bolehlah dari tiada.... lama jugak saya tak masak.

Jemput makan semua....

Kisah Kaabah Yang Tidak Di Ketahui Ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.

2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.

3. Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.

4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.

5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.

6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.

7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.

8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.

9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.

10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.

11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.

12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.

14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.

15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Sumber: http://www.zaidimokhtar.com/

18 February 2012

Terbukanya Empangan Yakjuj dan Makjuj

Oleh: Syeikh Muhammad Zainul Asri Hj Ramli

Dalam Kitab Bahrul Mazi Jilid ke-8, pengarangnya Syeikh Mohamad Idris Abdul Rauf al-Marbawi menurunkan hadis berikut; daripada Zainab binti Jahash, beliau berkata:

“Rasulullah (صلى الله عليه وسلم) bangun daripada tidur, baginda dalam keadaan merah mukanya dan baginda mengucapklan, ’tiada Tuhan selain Allah’ dan diulangi sebanyak tiga kali seraya bersabda: ‘Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.’ Dan Nabi (صلى الله عليه وسلم) menunjukkan sepuluh jarinya. Zainab berkata; aku berkata: ‘Wahai Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), adakah kita tetap akan binasa meskipun di sisi kita masih ada orang-orang soleh?’ Jawab Rasulullah (صلى الله عليه وسلم): ‘Ya, bahkan sekiranya terlalu banyak kemaksiatan berlaku.”

Keterangan:

Yakjuj dan Makjuj terdiri daripada kaum manusia juga, namun mereka sangat jahat. Dan sehingga kini tidak di ketahui hakikat tempat persembunyian mereka. Al-Quran menjelaskan kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam surah Al-Kahfi yang mempunyai perkaitan dengan Raja Agung Iskandar Zulkarnain. Ulama menyatakan bahawa Raja Iskandar Zulkarnain itu seorang waliyullah.

Kaum Yakjuj dan Makjuj ini tinggal di sebuah lembah antara dua gunung di kutub utara. Iskandar Zulkarnain pernah masuk ke tempat mereka dan di dapati bahawa mereka itu perlbagai rupa; ada yang besar dan bertelinga besar. Mereka terlalu ramai seperti banyaknya semut yang melata di muka bumi. Lalu beliau keluar dari tempat itu dan membina tembok yang di perbuat daripada tembaga dan besi serta batu-bata. Setiap hari kaum tersebut menggali tembok itu sehingga sebesar lubang maka mereka pulang dan datang semula keesokannya untuk membesarkan lubang itu namun lubang itu tertutup semula. Begitulah setiap hari sehinggalah Allah membiarkan lubang tersebut digali untuk membolehkan mereka keluar. Dengan penuh kerakusan, mereka memakan apa saja di muka bumi ini apabila meraka keluar.

Bala Allah dan kebinasaan akan diturunkan kepada manusia meskipun terdapat orang-orang soleh di kalangan mereka. Orang-orang soleh itu nanti turut terkena bala tersebut. Ini adalah kerana kemaksiatan yang terlalu bermaharajalela membuatkan doa orang-orang soleh tidak lagi dimakbulkan oleh Allah.

Sumber: Majalah Q&A, Bilangan 2 melalui MyIbrah

Lagu : Hanya Segenggam Setia (Rahmat)


Lagu rock lama semasa saya masih muda, antara satu lagu yang saya suka. Jom dengar

17 February 2012

Kesilapan Umat Islam pada Hari Jumaat

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntuk-kan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli.

Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).

Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut: Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. (Tafsir Ibn Kathir, 4/367) Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.

Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.

Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.

Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam/ khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”

Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :

Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.

Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .

Sumber: http://www.masjidnegara.gov.my/

Perkara-Perkara Sunat di Hari Jumaat

Berikut perkara-perkara yang disunatkan pada hari jumaat:

1) Disunnahkan berdoa

Kerana berdoa pada hari itu akan dikabulkan terutama pada waktu/ saat mustajab (mudah terkabul doa). Doa yang paling disukai oleh RasulullahS.A.W adalah meminta kebaikan di dunia dan akhirat dan meminta perlindungan dari neraka. Dalam suatu hadith bahawa orang yang meminta dimasukkan ke dalam syurga maka syurga mengatakan: “Ya Allah, masukkan dia ke dalam syurga.” Dan barang siapa yang meminta perlindungan neraka kepada Allah Subhanahu wa Ta`ala maka neraka akan berkata: “Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.” - (HR. Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ no. 6151/6, lihat Shifatun Naar fil Kitab was Sunnah oleh Mahmud bin Khalifah Al-Jasim)

2) Disunnahkan memperbanyak bacaan salawat Nabi sallallahu `alaihi wasallam.

Hadith dari Aus bin Aus radliallahu `anhu berkata bahawa Rasulullah S.A.W pernah berkata: “Seutama-utama hari adalah hari Jumaat. Padanya diciptakan dan dimatikan Adam alaihis salam, ditiup sangkakala dan dibinasakannya manusia. Oleh kerana itu perbanyaklah salawat atasku pada hari itu karena selawatmu akan sampai kepadaku.” Para shahabat bertanya: “Bagaimana boleh sampai sedangkan jasadmu telah dimakan tanah?” Berkata: “Allah Subhanahu waTa`ala mengharamkan tanah untuk memakan (membusukkan) jasad para Nabi.” - (HR. Abu Dawud, Sahih, lihat Sahih Sunan Abu Dawud hal. 196 hadith no. 925 oleh Syaikh Nashiruddin Al-Albani)

3) Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi.

Membaca surah tersebut pada siang hari atau malam harinya sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Lihat Al-Adzkar oleh ImamNawawi). Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda radliallahu `anhu dri Nabi shallallahu `alaihi wa sallam berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” - (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi).

Pada lafaz Tirmidzi:“Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadith hasan.”Pada hadith yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu`anhu bahawa Nabi S.A.W berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. ”Hadith tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu. Dan pada lafaz Nasai menyatakan: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal. ”Disunnahkan pula membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat fajar (subuh). Abu Hurairah mengatakan: “Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam membaca surah Alif Laam miim tanziil as-sajadah dan Hal ata `alal insan pada solat subuh hari Jumaat.” - (Muttafaqun `alaihi)

Menurut Ath-Thabrani dari Ibnu Mas’ud bahawa Nabi S.A.W terus menerus membaca kedua surah tersebut. Menurut riwayat dari Ibnu Abbas dan Abi Hurairah radliallahu `anhum berkata bahawa : Rasulullah S.A.W membaca surah Al-Jumaat dan Munafiqun pada hari Jumaat (HR. Muslim). Demikian pula Nabi S.A.W membaca surah Sabbihisma dan Al-Ghasyiyah pada solat Jumaat (lihat Tafsir Ibnu Katsir surah Al-A`la dan Al-Ghasyiyah).

Oleh yang demikian perbanyakkanlah berdoa, selawat, baca surah al-kahfi.

Sumber: http://muscom.iluvislam.com/

16 February 2012

Manusia Berhati Binatang

Agaknya masih silap lagi tajuk yang saya berikan untuk artikel ini. Manusia berhati binatang. Sebabnya saya yakin sahabat-sahabat juga tidak berjumpa dengan haiwan yang membuang anaknya bersepah-sepah seumpama sampah. Inilah nilainya manusia sekarang ini.

Timbul rasa kecewa dan kesal dengan apa yang saya lihat, nyawa manusia sudah tidak ada nilainya lagi, apa tidaknya anak manusia yang sudah lengkap anggotanya dibuang begitu sahaja tanpa segan silu. Agaknya tempat ini memang menjadi tempat pembuangan janin atau bayi. Yang hairannya sudah tidak ada rasa belas dan kesian dalam hati pembuat/ pembuang janin/ bayi ini. Apa salahnya jika disempurnakan dengan baik, ditanam supaya tiada haiwan buas yang meratah tubuh bayi-bayi ini nanti.

Pada pandangan saya, fenomena ini adalah petandanya dunia ini hampir menuju ke akhir perjalanannya. Bagi sahabat-sahabat saya yang mempunyai anak-anak, sedarlah bahawa anak-anak remaja kita kini terlalu berani tidak bertempat, sombong kerana tidak menengar kata dan kekurangan ilmu. Semua itu adalah kerana kekurangan didikan ibu bapa. Berilah perhatian kepada mereka, pantau apa yang mereka lakukan dan kerap bertanya aktiviti mereka. Sayangilah zuriat kita....

Lagu : Patah Hati - Salem

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN BUAH LIMAU

Suatu hari Rasulullah s.a.w didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah s.a.w seulas demi seulas dengan tersenyum.

Biasanya Rasulullah s.a.w akan menjemput para sahabat makan bersama apa yang diterimanya, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah s.a.w terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah s.a.w itu.

Lalu mereka bertanya mengapakah Rasulullah tidak menjemput mereka makan limau yang nampak sedap itu. Dengan tersenyum Rasulullah s.a.w menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah s.a.w. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

p/s: Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Oleh: Imam Muda Nazrul

SUMBER: Islam Iman Ihsan
PESANAN: tolong klik SHARE, insyaallah berguna pada rakan-rakan. fisabillillahSILA TAG DAN KLIK "SHARE" PADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN :) MUDAHKAN DAPAT PAHALA DENGAN CARA BERDAKWAH DLM FACEBOOK NI ♥ INSYAALLAH :)
by: Mohamad Azzwan Niza

dan saya share bersama sahabat-shabat saya yang mengunjungi blog ini - sama-sama kita mencontohi akhlak mulia kekasih tercinta kita NabiMuhamad SAW.

15 February 2012

Waktu-Waktu Doa Mustajab - Part I

- Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu.

1. Waktu sepertiga malam yang akhir - Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: Sesiapa yang berdoa kepadaKu, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripadaKu maka Aku akan mengampuninya”. (HR Bukhari dan Muslim)

2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak”. (HR Ibnu Majah)

3. Doa selepas solat fardhu - “Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu” (HR Al-Tirmizi)

4. Doa di dalam sujud - “Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan” (HR Muslim) “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud, maka perbanyakkanlah berdoa” ( HR Muslim )

5. Sesaat pada hari Jumaat - “Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut”. (HR Bukhari dan Muslim)

6. Ketika Lailatulqadar - Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah yang perlu saya baca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia. Kamu sukakan kemaafan. Jesteru, maafkanlah aku.”(HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa’ie , lihat sahih Al-Tirmizi )

7. Ketika Hari Arafah - Dari ‘Amr bin Syu’aib Radhiyallahu ‘anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”. (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da’waat 13/83)

8. Doa antara Azan dan Iqamah - “Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah.” (HR Al-Tirmizi)

9. Ketika HujanImam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340)

Ibu...

Bersediakah kita Akan kehilangannya?
Di saat ibu pergi selamanya, mana mahu dipohon doa?
Ibu minta pulang... Dikatakan tidak ada waktu terluang..
Ibu minta kejayaan.. Dibawanya seribu kehampaan..
Ibu selalu keseorangan.. Kita bersama kawan berseronokan..
Tanya diri ..Pernah tanya ibu kesihatan dan segalanya??
Dengan awek.. tak dipinta sudah bertanya..

*Siapakah di hatimu???*
~Jangan nak poyo kalau anda digilai.. kalau di rumah, ibu naik gila mengenangkan kita~
-Sebelum tidur nanti, hantar satu massage kat mak kite.. IBU, UMMI, MAMA, MUMMY, SAYA SAYANG UMMI..TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA UMI-

##Nak hantar tak sampai seminit...tapi Insyallah..kesannnya berpanjangan##
We ♥ our mother!!!!!

by: Imam Muda Fattah

Pakaian/ Aurat Wanita Islam

Saya tidak pernah menafikan betapa sukarnya untuk menjaga aurat wanita Islam. Saya sendiri telah berulang-ulang kali mencuba untuk menjaga aurat sebagai wanita Islam, tetapi memangnya sukar terutamanya semasa di rumah. Namun begitu sebagai hambaNya saya sentiasa memohon keampunaNya dan agar saya diberikan kekuatan untuk terus berjaya berpakaian secara yang dikehendaki oleh Islam. Masih lemah lagi iman saya rupanya, kerana untuk berpakaian secara muslimah sepenuhnya pun masih tidak mampu dilaksanakan. Ampuni aku ya Allah.

14 February 2012

Melaka Day Cruise - Part X Video

Melaka Day Cruise - Part IX - Hospital Pakar Putra Melaka

Semasa menyusuri Sungai Melaka dengan bot, kami melimpasi Hospital Pakar Putra Melaka, di mana ayah saya dirawat di hospital ini selama sebulan sebelum ayah yang kami cintai menghembuskan nafasnya yang terakhir di hospital ini pada 18 Disember 2008.

Dulu semasa kami menemani ayah, kami sendiri sentiasa melihat/ menyengok ke jendela melihat keindahan sungai ini dan Kampong Morter.

Ayah sendiri selalu menceritakan akan keindahan dan keseronokan pelayaran menyusuri sungai ini.

Kalau tak silap saya 2 kali ayah dan emak menikmati keindahan Melaka dari dalam bot dan ayah juga melihat keindahan malam di sungai ini dan Kampong Morter dari hospital ini.

Hukum Menyambut Hari Valentine

Ini adalah penyiaran yang patut disampaikan kepada semua umat Islam mengenai hukum penyambut Hari Valentine. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan fatwa bahawa hukumnya adalah HARAM bagi umat Islam yang menyambut Hari Valentine. Bermakna jika menyambutnya orang Islam itu akan berdosa. Apabila hukum sudah difatwakan, tak perlulah kita banyak tanya/ soal atau mempertikaikan persoalan ini.

Saya sendiri pernah memberikan pandangan mengenai perkara ini pada tahun lepas dalam blog ini. Sememangnya kita sebagai umat Islam tidak patut menyambut/ meraikan hari ini kerana sekiranya kita mengkaji akan munculnya ianya akan menyebabkan akidah kita terpesong.

Jika ada kawan-kawan yang berminat untuk membaca salah satu versi cerita asal usul hari ini, silalah cari artikel tersebut melalui index Valentine, 14 Februari atau pergi ke bulan Februari tahun 2011. Semoga kita memahami terlebih dahulu sesuatu sebelum mengikutnya secara melulu.

13 February 2012

Melaka Day Cruise - Part VIII - Sambungan Pemandangan Sepanjang Sungai Melaka

Hari hampir senja, kami dah balik semula ke jeti tempat kami mula-mula naik bot, iaitu di Taman Rempah. Cuba lihat replika tanjak (head gear) orang dulu-dulu.

Air sungai belum bersih sangat, warnanya hijau dan berlumpur, walaupun begitu sampah sangat kurang dan tidak seperti di sungai-sungai lain Malaysia.

Masih ada peluang lagi untuk merawat air sungai supaya lebih bersih lagi. Kerjasama semua pengunjung dan rakyat diperlukan

Malangnya saya masih lagi berjumpa dengan pemuda-pemuda yang bersikap membuang sampah di khalayak ramai atau di tempat umum.