Selain daripada itu, pa mula tertanya-tanya mengapa Lampiran C tidak diedarkan bersama dengan pekeliling, sekiranya kita membaca pekeliling tersebut, banyak phase yang menyebut tentang Lampiran C1, Lampiran C3 dan sebagainya, tetapi Lampiran tersebut tiada dalam pekeliling. Kalau kita di dalam sesebuah organsasi, memo atau surat yang kita hantar atau keluarkan tidak lengkap, apa agaknya pandangan bos atau sipenerima terhadap kita? Bak kata orang sekarang, mestinya kita kantoi. Ini yang menjadikan saya bertambah musykil kenapa pekeliling tidak lengkap, aakah kerana JPA tidak sempat menyediakan Lampiran C atau ada sesuatu yang ingin disembunyikan.
Pada saya SBPA ini belum sempurna lagi, sepatutnya ianya perlu dikaji dan disemak berulang kali, ianya perlu dilihat dari pelbagai sudut supaya, hasilnya tidak boleh dipersoalkan oleh pa. Semakin banyak perbandingan dan kajian kita lakukan semakin banyak kelemahan SBPA yang kita temui dan saya sangat percaya masih ada lagi beberapa aspek yang akan dipersoalkan. Salah satunya adalah peningkatan gred bagi beberapa skim, di sini jujur saya katakan bahawa JPA ada perasaan untuk mnambahbaik skim-skim seperti polis, guru, penghulu, kesetiausahaan, sebaliknya ada pula skim yang diturunkan seperti EO, mana tidaknya skim EO sejak Laporan Gaji Sufian sehingga SSM kelayakan masuk ke skim ini adalah STP/ STPM/ Diploma, dah berapa ramai EO yang memasuki EO dengan kelayakan Diploma, tiba-tiba SBPA menurunkan skim ini dengan kelayakan STPM sahaja. Kenapa JPA menunjukkan tindakan yang sangat berbeza antara skim-skim, ini tidak mengambil kita skim PTD yang sememangnya menjadi 'blue-eye' kepada JPA.
Adakah kerana kecelaruan identiti atau sikap pilih kasih atau cuba menindas...... entahnya.
Apa agaknya tindakan JPA seterusnya.
No comments:
Post a Comment