بِــــــــــــسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــم
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Dan pada sebahagian malam hari bersholat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yg terpuji. 79: ســـــورة الإســــــراء
dan
رســـول الله صلى الله عليه وسلم برسبدا
إِذَا أَيْقَظَ الرَّجُلُ أَهْلَهُ مِنَ اللَّيْلِ فَصَلَّيَا أَوْ صَلَّى
رَكْعَتَيْنِ جَمِيْعًا كُتِبَ فِى الذَّاكِرِيْنَ وَالذَّاكِرَاتِ
"Apabila seseorang membangunkan keluarganya malam hari, hingga suami isteri itu sholat (paling tidak) dua rakaat, keduanya akan dimasukkan ke dalam golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir.: Riwayat Abu Daud. Dari Abu Hurairah r.a
dan sabdanya lagi:
مَنْ قَامَ بِعَشِْر آيَاتِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ الْغَافِلِيْنَ ، وَمَنْ قَامَ بِمِائِةِ آيَةٍ كُتِبَ
مِنَ الْقَانِتِيْنَ ، وَمَنْ قَرَأَ بِأَلْفِ آيَةِ كُتِبَ مِنَ الْمُقَنْطِرِيْنَ
"Barang siapa sholat Tahajjud sambil membaca sepuluh ayat, niscaya pada malam itu ia tidak akan termasuk golongan orang2 lalai. Dan barangsiapa sholat Tahajjud sambil membaca seratus ayat, niscaya pada malam itu ia akan dimasukkan kedlm golongan orang yg mendapat 'Qinthar' pahala." Riwayat Ibnu Huzaimah. Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a.
Keagungan dan kemulian seorang mukmin dlm Sholat Tahajjudnya.
Sahl bin Sa'ad r.a meriwayatkan:
جَاءَ جِبرَئِيْلُ إِلَى النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ׃ يَا مُحَمَّدُ! عِشْ مَا شِئْتَ
فَإِنَّكَ مَيِّتٌ ، وَاعْمَلْ مَا شِئْتَ فَإِنَّكَ مَجْزِىٌّ بِهِ ، وَأَحْبِبْ مَنْ شِئْتَ فَإِنَّكَ مُفَاِرقُهُ ، وَاعْلَمْ
أَنَّ شَرَفَ الْمُؤْمِنِ قِيَامُ اللَّيْلِ ، وعِزَّهُ اسْتِغْنَاءُهُ عَنِ النَّاسِ
"Jibril a.s. datang kpd Nabi s.a.w. dan berkata: "Wahai Muhammad, berapa lama pun engkau hidup, suatu saat maut pasti datang. Perbuatlah apa yg kau inginkan, sesungguhnya balasannya akan engkau terima. Cintailah siapa yg engkau mau, sesungguhnya suatu hari engkau akan berpisah dgnnya. Dan ketahuilah bahawa keagungan seorang mukmin adalah dlm sholat Tahjjudnya dan kemuliaannya adalah kecukupan dari keperluannya terhadap manusia." (Thabrani - At-Targhib)
إِنَّ فِى الْجَنَّةِ غُرَفًا يُرَى ظَاهِرُهَا مِنْ بَاطِنِهَا ، وَبَاطِنُهَا مِنْ ظَهِرِهَا ، أَعَدَّهَا
اللهُ لِمَنْ أَطْعمَ الطَّعَمَ ، وَأَفْشَى السَّلاَمَ ، وَصَلَّى بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
"Sesungguhnya didlm surga ada mahligai2 yg bahagian luarnya terlihat dari dlm dan bahagian dlmnya terlihat dari luar. Allah sediakan bagi orang yg memberi makan, menyebarkan salam, dan sholat malam pada saat orang2 sedang tidur." Riwayat Ibnu Hibban dari Abu Malik Asy'ari r.a.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَمِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأبُ الصّلِحِيْنَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قرْبَة ٌ لَكُمْ إِلٰى رَبِّكُمْ
وَمَكْفَرَة ٌ لِلسَّيِّئَاتِ ومَنْهَاة ٌ عَنِ الإِثْمِ
"Sholat malamlah kalian, itu adalah kebiasan orang2 soleh sebelum kalian, dgnnya akan mendekatkan kalian kpd Rabbmu, penghapus dosa2 dan penghalang dari berbuat dosa." Riwayat Hakim dari Abu Umamah Al-Bahily r.a
Petikan dari fb Albanna Mutiara Ilmu
No comments:
Post a Comment