02 December 2011

Adab Azan dan Laungan Keseluruh Glob



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar!!

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya yang tidak Kita ketahui. Cuba kita amati, mengapa kebanyakan orang yang nazak iaitu hampir menemuai ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya eprasi mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .

Diriwayatkan dari sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahmu ketika maut menghampiri kamu. Ini jelas menunjukkan, kita sangat disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan sedang berkumandang . Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.

Banyak fadhilatnya. Jikadibandingkan dengan lagu Kebangsaan, kita diajar agar berdiri tegak gan diamkan diri apabila mendengar lagu Kebangsaan. Mkaa begitu jugalah dengan azan. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? dan sibuk berkata-kata seakan-akan tidak mendengar akan azan tersebut.

Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah shahadat 'Lailahaillallah. .' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dengan izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

Ya Allah! anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. ' semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin.'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan,
mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Diawali dengan Indonesia yang terletak di bahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta. Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Keagungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak ke arah barat kepulauan Indonesia. Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum alunan azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia. Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar di barat India .

Perbedaan waktu di kota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang di seluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat. Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka waktu ini, azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq.

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam. Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Pesanan Penulis : Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan ' surat berantai' melalui e-mail tetapi bila mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah sering kali berfikir 2 atau 3 kali......FIKIRKAN LAH, tepuk dadamu tanya imanmu.

No comments: