Entahnya kenapa setelah melihat perbezaan gaji antara gred, hati saya jadi sangat sedih.... ingatkan ada pernambahbaikan, ingatkan ada kesaksamaan, ingatkan dia lebih memahami, ingatkan kami dibela dan dihargai.... wawa....... sedihnya sedihnya. Lebih buruk rupanya nasib golongan kami. Bagai jatuh jantung saya yang dah sedia kala reput, makin kecil lubang-lubang jantung menjadikan udara yang dihela sikit... makin sikit... bagi ikan puyu di darat. Hilang sudah semangat.... Ini rasanya apabila diri dirasai tidak dihargai.
Tidakkah kami ini juga pernah berbakti, bukankah kami juga pernah berjuang, bukan kamikah golongan yang pernah bersusah payah juga memastikan negara terus dijulang.... walaupun tidak jelas tetapi kami-kami ini adalah pemain di belakang tabir.... hargailah kami sedikit... sekurang-kurangnya macam guru, atau setidak-tidaknya macam askar dan polis. Benarkah jasa kami ini kecil sahaja hingga tidak perlu dihargai... Sedih... sedih sedihnya... dah lah tak mau merintih lagi......
2 comments:
Assalam...sy pun agak terasa dgn Skim baru ni....sbnarnya kenaikan kita hanyalah 10% atau kurang dr itu.....sedih...mmmg sgt sedih...apa yg diwar warkan adalah sgt kurang dan jauh berbeza dari realiti.....(tasyaanggun)
Pada saya sepatutnya JPA mengambil kira dan bertindak secara adil kepada kesemua gred, mana ada kejayaan sesuatu gred umpamanya Gred M atas usaha mereka semata-mata tanpa gred N yang menyokong dan membantu menyediakan segala keperluan daripada bawah/ asas. Cuba kita perhatikan semula ada kalanya bukan pegawai gred M yang membuat analisis, atau yang mencernakan idea tetapi adalah dari pegawai bawahannya, mereka hanya sebagai penyampai sahaja. Ini semua sepatutnya dilihat oleh JPA, jika mereka benar-benar mempunyai pengetahuan atau pengalaman tentang ini.
Post a Comment