Catatan pengalaman, pendapat dan curahan hati untuk dijadikan bacaan ringan sanak saudara dan kawan-kawan - tiada rahsia. Semua dijemput.
Showing posts with label Imam Hasan Al-Basri. Show all posts
Showing posts with label Imam Hasan Al-Basri. Show all posts
27 December 2011
Pesanan Ulama : Al-Hasan Al-Basri
لَيْسَ اْلإِيْمَانُ بِالتَّحَلِّىْ وَلا بِالتَّمَنِّىْ وَلٰكِنَّهُ مَا وَقَرَ فِى الْقَلْبِ وَصَدََّقَهُ الْعَمَلُ، مَنْ
قَالَ حَسَنًا وَعَمِلَ غَيْرَ صَالِحٍ رَدَّ اللهُ عَلى قَوْلِهِ، وَمَنْ قَالَ حَسَنًا وَعَمِلَ صَلِحًا رَفَعَهُ الْعَمَلُ
"Bukanlah Iman itu dengan perhiasan dan cita-cita akan tetapi iman itu apa yang teguh dalam hati dan dibenarkan dia oleh amal. Barang siapa berkata (iqrar) baik pada hal ia mengerjakan amal yang tidak baik, nescaya Allah tolak perkataannya. Dan barangsiapa berkata dan berbuat baik, nescaya mengangkat akan dia oleh amalnya."
30 November 2011
Nasihat Al-Imam Hasan Al-Basri
يَابُنَيَّ خُذْ هِذِهِ البِطَاقَةَ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَلْفِ كِتَابٍ: لَا تَغْتَرَّ بِمَكَانِ صَالِحٍ فَلَا مَكَانَ أَفْضَلُ
مِنَ الجَنَّةِ، فَانْظُرْ فَقَدْ لَقِيَ فِيْهَا أَبُوْنَا آدَمُ مَا لَقِيَ. وَلَا تَغْتَرَّ بِكَثْرَةِ العِبَادَةِ فَإِنَّ إِبْلِيْسَ
بَعْدَ مَكْثِهِ فِى العِبَادَةِ فَانْظُرُ مَاذَا لَقِيَ. وَلَا تَغْتَرَّ بِرُؤْيَةِ الصَّالِحِيْنَ، فَلَا شَخْصَ أَعْظَمُ
مِنَ المُصْطَفَى صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْتَفِعْ بِهِ الكُفـَّارُ وَالمُنَافِقُوْنَ وَلَا تَغْتَرَّ بِكَثْرَةِ
العِلْمِ فَإِنَّ بَلْعَامَ بْنَ بَاعُوْرَاءَ بَعْدَ نَظْرِهِ فِى اللَّوْحِ المَحْفُوْظِ فَانْظُرْ مَاذَا لَقِيَ
Wahai anak ku, ambilah kertas petunjuk ini sebab isi di dalam kertas ini lebih baik bagimu dari seribu kitab: Janganlah engkau terpedaya dengan tempat orang shalih sebab tidak ada tempat yang lebih utama selain syurga. Lihatlah apa yang terjadi pada ayah kita Adam di syurga, janganlah engkau tertipu dengan banyaknya ibadah sebab lihatlah apa yang didapatkan oleh Iblis setelah banyak melakukan ibadah, janganlah engkau terpedaya dengan melihat kaum shalihin kerana tidak ada seorang yang lebih agung dari Nabi Muhammad SAW namum orang-orang kafir dan munafiq tidak mengambil manfaat dari beliau, dan janganlah engkau tertipu dengan banyaknya ilmu. Lihatlah keadaan Ba'am bin B' Urah setelah ia menyaksikan Lauh Mahfudz.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Albanna Mutiara Ilmu akan pesanan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)