31 December 2010

Selamat Tahun Baru Masihi 2011


Saya ucapkan selamat menyambut tahun baru 2011. Bersyukurlah kita dipanjangkan umur sehingga kini. Hidup untuk berbakti dan persediaan selepas hidup semula.

Kereta Lumba Anak Saudara

Semasa aku melihat album lama keluargaku, aku tertarik dengan beberapa foto di bawah, mengesahkan anak-anak saudara ku dengan kereta masing-masing. Saja nak share dengan semua sahabatku.

Antara permainan kegemaran anak-anak saudara lelaki aku adalah bermain kenderaan. Asal ada sahaja roda, ok lah bagi mereka. Tetapi ada di antara mereka yang akan mencabutkan roda-roda kenderaan walaupun baru seminit kenderaan tersebut dibeli. Kami menunggu kalau ada di antara mereka akan menjadi jurutera kenderaan bila dewasa nanti. Walaupun kini masing-masing dah besar (tapi masih belum cukup dewasa) tetapi belum nampak bakat ke arah itu lagi. Foto atas dari kanan Amir, Firdaus dan Ammar.

Deretan kereta lumba berkawalan milik mereka, siap sedia untuk menguasai track F1 di rumah kami di Melaka.



Ini adalah abang (Adi Nur Rashid) semasa kecil dia dah belajar untuk memandu, tapi yang dipandunya adalah lori.... Semasa kecil abang kurang suka dengan permainan dalam bentuk kenderaan... permainan yang digemarinya adalah Lego, banyak juga kami belikan dia set lego, dan apabila dia mula mengadap dan mereka, dia akan leka hingga sukar untuk kami memberhentikannya walaupun untuk panggil makam.



Yang ini pulak adalah adik (Firdaus) membelek jentera.... sayang sekali selalunya semua mainan kederaan yang tiba ke tangannya tak tahan lama kerana selalu kemalangan dan tercabut roda. Sekejap sahaja kenderaan akan hilang roda dan diganti dengan roda lain.

Tahniah Skuad Harimau Malaya


Hari ini cuti umum diisytiharkan oleh PM sempena pasukan bola sepak negara berjaya menjulang piala AFF Sazuki 2010. Memang tak sangka rupanya orang Malaysia masih berbisa lagi. Ini membuatkan rakyat Indonesia merasa amat kecewa. Tetapi kedua-dua pasukan perlu sedar bahawa permainan hanya ada 1 pemenang sahaja. Yang menang perlu bersyukur dan yang kalah berusahalah lagi.



Kepada semua rakyat Malaysia... Tahniah.. Tahniah... Tahniah.. Cuti ini adalah hadiah Tahun Baru. Gunakan sebaik mungkin.

Kuliah Jin : Ust. Hj. Ismail Kamus

Tengahari tadi kat opis, saya dan beberapa rakan sepejabat ada membincangkan mengenai penyakit yang disebabkan oleh makhluk halus... biasanya penyakit sebegini kita kenali sebagai penyakit misteri. Manakala makhluk yang menyebabkan penyakit tersebut adalah jin atau syaitan. Kalau yang disebabkan oleh jin... bolehlah baca artikel di bawah. Mudah-mudah boleh menjadi ikhtibar dan rawatan.. insyaallah

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.


2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.


3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).


4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang menggunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang Melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu (sambil berseloroh).


5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.


6) Beliau menasihatkan apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pula jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong...." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/ tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.


8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).


9) rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang Melayu suka sangat menepung tawar !!!


10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 - 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.


* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

30 December 2010

Catatan Perjalanan - Monte Carlo 2007

Bergambar di hadapan Istana yang dikenali sebagai The Palais du Prince (Prince's Palace) di mana pernah didiami oleh Putri Grace and suaminya Putera Ranier. Semasa di zaman remaja saya, saya kerap membaca novel Inggeris yang menceritakan kisah-kisah cinta antara anak-anak raja Eropah yang juga pernah mengambil istana ini sebagai lokasi pengkisahan. Apabila berada di sini baru saya dapat bayangkan cerita tersebut memang........ sungguh romantik.

Itu adalah pintu masuk ke Istana Monte Carlo, tetapi tiada seorang pun daripada pengunjung yang dibenarkan memasuki ruang yang dikawal ketat oleh polis Monte Carlo. Apa lagi untuk masuk ke dalam istana adalah dihalang sama sekali. Untuk sampai ke istana ini kita terpaksa berjalan kaki mendaki bukit yang agak tinggi kerana kedudukan istana ini di curaman bukit Monaco.

Saya bergambar di bawah pokok di hadapan Casino Monte-Carlo. Macam juga di casino-casino lain, waktu beroperasi biasanya hanya di malam hari sahaja dan sehingga awal subuh. Disebabkan kami datang pada siang hari,maka kami tak berkesempatan untuk masuk ke dalam Casino ini. Tetapi saya dapat bayangkan betapa besar dan menariknya casino ini sehingga orang akan teruja untuk mempertaruhkan wang masing-masing dan kadang-kadang sehingga habis.

Bersama dengan seorang kenalan yang baru saya ditemui di Monaco. Beliau dan suami beliau bercuti di Monaco sedangkan mereka berasal dari Turki. Kami bergambar di laluan jalan raya yang berterowong yang juga digunakan sebagai Track Formula One (F1) Monaco.

Cuba perhatikan betul-betul di belakang saya. Terdapat sebuah kereta F1 yang pertama kali berlumba di Track Monte Carlo. William Grover-Williams merupakan orang pertama yang memenangi Grand Prix Monaco, agaknya kereta tersebut digunakan oleh dia kot. Antara pemenang-pemenang lain yang pernah memenangi Grand Prix di sini adalah Schumacher, Senna, Prost, Fangio, Graham Hill dan lain-lain.

Teluk yang dijadikan pusat untuk parkir kapal layar. Pelbaai jens, bentuk dan saiz kapal layar ada di sini, semuanya cantik-cantik. Diperhatikan kapal layar di sini dijaga seperti kita menjaga kereta kita di mana mereka polish badan kapal layar ada yang sehingga berkilat dan memancar. Mungkin ada pengilat yang khusus - kerana apa yang saya fikirkan "apa gunanya kilatkan sebab nanti apabila kena air masin sekejap sahaja dah kusam".

Bandar Monte Carlo memang agak sibuk, maklumlah negeri ini bukannya luas sangat, sedangkan rakyatnya agak ramai. Masing-masing tertumpu di bandar. Saya perhatikan cara kehidupan di sini agak berlainan dari kebanyak kota yang pernah saya lawati. Di sini kehidupan rakyatnya menunjukkan kemewahan, mereka berpakaian secara formal, ada yang bertali leher dan berkasut yang proper serta berjalan membawa anjing yang diikat dengan rantai leher yang cantik. Manakala wanitanya mengenaikan pakaian yang kemas dan bergaya.

Bergambar dengan 2 orang rakan sekerja dari TLDM. Seorang daripada mereka bertugas di Perancis untuk pembinaan kapal selam pertama negara.

28 December 2010

Terkenang Semasa Dulu...... Birthday !!!!!!!

Walaupun aku dah dapat ramai kawan baru kat opis baru ni, tetapi aku tetap juga terkenang akan sahabat-sahabat lama aku kat Pero 2 dan Pero 5. Terutamanya waktu pagi - breakfast dan apabila kami ada jamuan makan tak kiralah acara apa sekali pun.
Ini adalah kek harijadi Din, kami menyambut harijadi Din yang ke 23 tahun, majlisnya ringkas sahaja, cadangnya nak buat suprise kat Din. Kek ini disediakan oleh Nieza, semoga Nieza akan dimurah rezki hendaknya oleh Allah swt. Amin.


Macam biasalah, apabila lepas acara makan-makan, tempat ini akan menjadi sasaran kamera, boleh dikatakan setiap kali nak bergambar, kami memilih tempat ini dulu mungkin disebabkan oleh kawasan ini nampak cantik dan ceria. Ini adalah pintu masuk ke opis kami.

Tengok siapa yang ada ...... tu.... ialah En Ruhairi (KPSU Pero-5) bos kami, Din (birthday boy), Hjh Rohani yang membelakangkan kamera dan beberapa orang lagi ahli keluarga kami. Masa ini kami sedang menikmati juadah di pantri.

Yang ini adalah majlis menyambut harijadi beberapa orang pegawai dan staf Pero-5. Maklumlah kami sibuk, jadi untuk menyambut harijadi setiap orang mungkin mustahil jadi yang paling mudah, dengan menggabungkan harijadi ramai-ramai dalam 1 atau 2 bulan dan raikan.

Aku bersama bekas staf-staf aku iaitu Din, Azah dan Zuraidah (Zu). Kini semuanya tinggal kenangan saja, kami semuanya dah tak ada di Pero-5 lagi, Din telah ditukarkan ke TLDM Lumut atas permintaannya, Azah pula ke Bahagian Industri Pertahanan (IP) di Bangunan ZETRO dan Zu di CT&P Bangunan Selborn.

Tinggal kenangan...... - manjanya Azah..... belakang Azah adalah Wan, sebelah Wan,ialah Chief Sabariah, Nieza, Zurina (Erin) dan yang duduk depan Erin tu aku. Kami di pantri mengadap kek birthday yang di order oleh Nieza. Terima kasih ya kalian, harap sangat dapat jumpa lagi. Tapi tak taulah bila...

Cara-cara Mengatasi Marah


Saya nak berkongsi artikel ini, yang selepas membacanya saya rasa ianya membantu.... dalam mengatasi rasa nak marah. Saya mendapat artikel ini dari salah seorang bekas student saya. Kredit kepada mereka yang telah menulis artikel ini dan semoga Allah jua yang akan membalasnya.

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah? Telah berkata Mujahid di dalam sebuah bait syair "Takdir Allah telah putus dan putusan Allah telah terjadi. Istirahatkan hati dari kata-kata "Barangkali" dan "Kalau".

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian untuk kita. Allah mahu melihat bagaimana sabarnya kita dan malunya kita kepada Allah dengan mengucapkan " Inna lillahi wainna lillahi raji'un.". Pernah ditanya Ahnaf bin Qais, bagaimana dia boleh mengekalkan sifatnya yang lemah lembut itu. Ahnaf menjawab : " Aku belajar dengan Qais bin Asim iaitu pada satu hari sedang berehat-rehat, masuk hambanya membawa panggang besi yang berisi daging panggang yang masih panas. Belum sempat daging itu diletakkan di hadapan Qias, tanpa sengaja besi pemanggang yang panas itu jatuh terkena anak kecil Qais. Menjerit-jeritlah si anak, kesakitan dan kepanasan sehingga meninggal dunia. Qais yang melihat peristiwa itu dengan tenang berkata kepada hambanya yang sedang pucat dan menunggu hukuman " Aku bukan sahaja tidak marah kepada kamu tetapi mulai hari ini aku akan membebaskan kamu."Begitulah sopan santunnya dan pemaafnya Qais bin Asim" Kata Ahnaf mengakhiri ceritanya.

Bukannya Qais tidak menyayangi anaknya tetapi Qais memandang segala kejadian itu adalah dari Allah. Jikalau dia bertindak memarahi hambanya, maka hakikatnya dia memarahi Allah. Dia redha dengan ujian yang ditimpakan kepadanya. Tidak ada di dalam kamus hidupnya perkataan kalau atau barangkali. Hatinya tidak terasa dia " tuan" kerana apa yang ada padanya dirasakan amanah dari Allah. Yang bila sampai ketikanya Allah akan ambil kembali.

Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.

b) Bila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina.

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah. Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah.

f) Apabila datang marah, banyakkan baca Ta'awwuz (A'uzubillahi minas Syaitanirrajim) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

g) Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu keranawudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah tidur. Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur

i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, sedangkan anda berdiri, maka duduklah, sekiranya duduk, maka bersandarlah, InsyaAllah kemarahan akan mulai reda. Dengan cara demikian, seperti ulasan saudara fansuri, keegoan akan berkurangan. Tetapi apa yang berlaku, apabila naik marah, yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri, maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal.

Marah ertinya gerakan nafsu diri, seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat utk mempertahankan diri dan utk melepaskan dendam. Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak pada tempat dan waktunya. Bila kemarahan telah timbul tidak ditahan dgn fikiran dan akal sebelum dia menjalar, tidak ubahnya dia dengan api yg membakar, darah naik laksana wap, memenuhi otak, sehingga gelap menyelubungi hati sehingga tidak sanggup berfikir. Menyelimuti seluruh urat saraf, penglihatan nampak kecil bila memandang orang, ketika itu pertimbangan hilang, akal tertutup, fikir tersentak, angan-angan habis.

Orang yg marah adalah laksana gua batu yg terbakar api terkurung di dalamnya dan angin masuk juga mengipasnya sehinggalah terkumpullah di dalam gua asap dan wap yang menambahkan panas.. Kedengaran api memakan kelilingnya habis menjadi bara Meskipun diusahakan menyiram.. maka air penyiram itu akhirnya akan menjadi minyak tanah menambah kerasnya api.

berbanyak-banyakkanlah.. beristighfar itulah senjata orang-orang mukmin.

wassalam

27 December 2010

Makan-makan Hari Jumaat 24 Disember 2010


Acara yang paling seronok bila dapat makan-makan bersama kawan-kawan sepejabat, baru meriah dan happening. Sayangnya ada sahabat-sahabat kami yang tak dapat dirakam dalam foto kali ini. Di samping itu juga ada juga sahabat-sahabat yang tidak dapat hadir kerana urusan lain. Mungkin mereka boleh join pada masa akan datang.


Saya bersama dengan Lt Kol Noor Sabrina (sahabat baik saya) dan secara kebetulan kami bekerja di HATTM, sebelum ini kami pernah bertugas bersama semasa di MK Medan Kem Sungai Besi pada tahun 1997 hingga 2000. Di sebelahnya ialah Nor Hazizah, salah seorang keluarga Pejabat Tabdir Awam, seorang yang periang dan sangat rajin dalam menjalankan tugas hariannya. Di sebelah dia adalah Gee PA kepada Pegawai Memerintah HATTM dan di sebelah dia pulak adalah orang kuat kami - diperkenalkan Suhaimy, sayangnya di bersembunyi di belakang Gee.


Puan Napsiah, juga salah seorang keluarga baru kami, beliau bersama dengan Zila adalah daripada Kem Batu Kentonment. Sebelah dia adalah Zila dan Liza. Kedua-dua mereka ni mempunyai sebutan nama yang hampir sama. Saya bersyukur kerana mereka ni juga bersikap periang dan rajin.

Inilah barisan anak-anak dara Pejabat Tadbir Awam, HATTM. Diperkenalkan dari kiri ialah Zila, Liza, Vidia dan Nieza, Kesemua mereka melainkan Vidia masih available tetapi mereka sukar untuk didekati - cubalah!!!!!. Dan di hujung sana nunnnn di sebelah Nieza adalah Faizal, "rakan baik" kami.

Kami akan plan untuk makan-makan yang akan datang. Kalau ada yang nak join bagi tau je dengan no. tel.....

26 December 2010

Apa pendapat anda?????????


Cuba perhatikan kedua-dua penari ini...

Perasan tak kedua-dua mereka adalah OKU... Yang perempuan hanya mempunyai tangan sebelah kiri sahaja.... manakala penari lelaki mempunyai kaki sebelah kanan sahaja... tetapi persembahan mereka sangat menarik, bukan kerana mereka OKU, tetapi kerana persembahan mereka yang bersungguh-sungguh.

25 December 2010

Share Iklan Hari Raya Petronas



Ambillah iktibar dari iklan ini, hargailah mereka berdua (ibu bapa) selagi mereka masih ada. Jangan biarkan penyesalan menghantui kita nanti.

24 December 2010

Himpunan Doa Dari Al Quran

1) Surah Ali 'Imran, Ayat : 38 bermaksud:

"Wahai Tuhan ku! Kurniakanlah kepada ku dari sisi Mu zuriat keturunan yg baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar(menerima) doa permohonan".

2) Surah Al-Baqarah, Ayat : 250 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yg kafir"

3) Surah Ali 'Imraan, Ayat : 147 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami(dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yg kafir.

4) Surah Ali 'Imraan, Ayat : 8 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yg melimpah-limpah pemberianNya.

5) Surah A-li 'Imraan, Ayat : 16 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu, ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka";

6) Surah A-li 'Imraan, Ayat : 193 & 194 bermaksud:

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru(Rasul) yg menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti; Wahai Tuhan kami! Berikanlah kpd kami pahala yg telah Engkau janjikan kpd kami melalui Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

7) Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepada Mu)".

8) Surah Asy-Syu'araa' Ayat : 83~85 bermaksud:

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; "Dan jadikanlah bagiku sebutan yg baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yg datang kemudian; "Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim.

9) Surah An-Naml, Ayat : 19 bermaksud:


"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepada ku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yg Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hamba Mu yg soleh".

10) Surah Al-A'raaf, Ayat :23 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".

11) Surah Al-A'raaf, Ayat : 151 bermaksud:

"Wahai Tuhanku, ampunkanlah bagiku dan bagi saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, kerana Engkaulah sahaja Yg Maha Mengasihani dari segala yang lain mengasihani".

12) Surah Hud, Ayat : 47 bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kpdMu drpd memohon sesuatu yg aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang yang rugi".

13) Surah Ibrahim, Ayat : 40 bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan"

14) Surah Al-Mu'minun, Ayat : 109 bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, kami telah beriman; oleh itu ampunkanlah dosa kami serta berilah rahmat kepada kami, dan sememangnya Engkaulah jua sebaik-baik Pemberi rahmat”.

15) Surah Al-Mu'minun, Ayat :118 bermaksud:

"Wahai Tuhanku, berikanlah ampun dan kurniakan rahmat, dan sememangnya Engkaulah sahaja sebaik-baik Pemberi rahmat!"

16) Surah Al-Hasyr, Ayat : 10 bermaksud:

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".

17) Surah Al-Mumtahanah, Ayat : 4~5 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Kepada Engkaulah sahaja kami berserah diri, dan kepada Engkaulah kami rujuk bertaubat, serta kepada Engkaulah jua tempat kembai. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana penindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

18) Surah At-Tahriim, Ayat : 8 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

19) Surah Nuh, Ayat : 28 bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"

20) Surah Al-Anbiyaa', Ayat : 89 bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi".

21) Surah Al-Baqarah, Ayat : 286 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

22) Surah Al-Anbiyaa', Ayat : 83 bermaksud;

"Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani".

23) Surah Az-Zukhruf, Ayat: 13~14 bermaksud:

"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!"

24) Surah Al-Kahf, Ayat: 10 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".

25) Surah Al-Anbiyaa', Ayat :87 bermaksud:

"Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

26) Surah Al-Baqarah, Ayat :127 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani”.

27) Surah Al-Israa', Ayat : 80 bermaksud:

"Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku".

28) Surah Taha, Ayat : 25~28 bermaksud:
"Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,"Supaya mereka faham perkataanku”.

29) Surah Al-Mu'minun, Ayat : 97~98 bermaksud:

"Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan."Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku".

30) Surah Al-Ahqaaf , Ayat : 15 bermaksud:

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".

31) Surah Al-Furqaan, Ayat :74 bermaksud:

"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.

32) Surah Al-Furqaan, Ayat : 65 bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.”

23 December 2010

Gugurnya Seorang Pahlawan Melayu

Tun Ibrahim Ismail, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera Malaysia juga seorang Pahlawan Melayu telah kembali ke rahmatullah pada hari ini 23 Disember 2010 kira-kira jam 4.30 pagi di HATTM. Selain daripada ahli keluarga, sahabat handai, kenalan dan anggota tentera yang mengenali beliau, pemergian beliau juga seakan-akan ditangisi oleh seluruh warga Wangsa Maju. Hujan lebat turun mencurah-curah mengiringi jenazah beliau berangkat ke kediaman beliau.

Pengimbau kembali kisah perjuangan Tun, Tun telah menaburkan bakti dan jasanya lebih 30 tahun dalam mempertahankan banyak negara termasuk India dan tentu sekali negara kita. Seorang pahlawan yang tidak pernah mengenal erti serik dalam hidup hanya untuk memastikan bangsa dan negara yang dicintainya hidup bebas dan merdeka dari segala jenis ancaman.


Kami warga HATTM amat berdukacita atas gugurnya sekuntum lagi bunga bangsa, kami menadah tangan ke hadrat Illahi mendoakan agar allahyarham Tun dikasihani Allah dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Kepada Toh Puan Zakiah dan keluarga ucapan takziah dari kami warga HATTM, redha akan dugaan Allah kerana Allah lebih mengasihani Tun.

22 December 2010

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan

Artikel ini diambil dari koleksi artikel myMasjid: http://wwwmymasjid.com.my/article/show.asp?id=2090

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allah s.a.w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" - (Surah an-Naba':18). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umat ku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan diri mereka sendiri.... Maka Rasulullah menerangkan apakah 12 barisan berkenaan:

Barisan Pertama: Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua: Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

Barisan Ketiga: Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Keempat: Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

Barisan Kelima: Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s.a.w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s.a.w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Keenam: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Ketujuh: Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kelapan: Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala ke bawah dan kaki ke atas. " Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesembilan: Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kesepuluh: Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

Barisan Kesebelas: Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

Barisan Kedua Belas: Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredaan Allah yang maha pengasih..."

Ya Allah Ya Tuhan ku..bimbinglah aku dan semua Muslimin Muslimat untuk menganggotai Barisan Kedua Belas. Amin

Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah HATTM

Pada 21 Disember 2010, majlis serah terima tugas Pegawai Memerintah Hospitak Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) oleh YBhg Mej Jen Dato' (Dr) Ya'akop bin Koming kepada Pegawai Memerintah baru YBhg Brig Jen Dr Hj Muhamad bin Abu Bakar. Majlis bermula dengan perbarisan dan diikuti dengan menandatangani penyerahan dan penerimaan tugas oleh kedua-dua mantan Pegawai Memerintah dan Pegawai Memerintah yang baru. Setelah itu jamuan ringan diadakan dan acara 'sending off' YBhg Mantan CO oleh semua warga HATTM adalah acara penutup.

Saya bersama Cik Nadia (Ketua Unit Hasil & Pendaftaran), Cik Henness (Ketua Cawangan IT) dan Puan Rusidah (Penyelia PKK) selepas menyaksikan perbarisan.

Saya bersama pegawai-pegawai awam sedang berbaris menunggu ketibaan Mantan Pegawai Memerintah untuk acara sending off.

Pada malam harinya, kami berkumpul di Majlis BBQ yang diadakan di perkarangan parkir Pejabat Kuartermaster.

20 December 2010

????????? Friendship











Thanks to a friend of mine for sending me this article.

Catatan Perjalanan - Victoria dan New South Wales Australia

Foto ini diambil dalam perjalanan dengan bus dari Melbourne ke Canberra. Di musim sejuk ini bukan sahaja manusia memakai jaket, malahan kuda juga terpaksa memakai jaket untuk menahan cuaca sejuk.

Perjalanan yang jauh dan merentas daerah. Melboune dalam daerah Victoria, manakala Canberra juga dikenali sebagai Australian Capital Territory (ACT) teleak dalam daerah New South Wales jarak perjanan kami adala 679km yang mengambil masa lebih kurang 8 jam.

Bergambar di luar Theater yang mengesahkan cerita Ned Kelly seorang yang dianggap pahlawan oleh penduduk tempatan, Ned membawa konsep yang sama seperti Robin Hood di England. Tetapi akhirnya Ned Kelly berjaya ditangkap dan digantung di Old Gaul Melbourne.

Dalam perjalanan, kami berhenti di Albury untuk makan tengahari sambil window shoped di kedai-kedai berhampiran. Saya terjumpa sebuah gereja yang sedang mengadakan jualan barangan terpakai. Saya membeli 2 buah novel dengan harga AD 1.00.

Kami sedang menikmati Lunch, kebanyakan lunch kami bawa dari Melbourne (masak sendiri) kerana kami dimaklumkan di kawasan ini sukar untuk mendapatkan kedai makan muslim. Selepas pusing-pusing bandar, memang kami tak jumpa pun dengan kedai makan muslim.

Perjalanan diteruskan dan kami terpaksa bermalam di Gundagai kerana cuaca terlalu berkabus walaupun baru tengahari. Suhu di Gundagai adalah 1 darjah Celcius. Nasib baik kawasan ini tidak bersalji, tetapi tiupan angin yang kuat membuatkan rasa sejuk sampai ke kulit walaupun memakai pakaian yang berlapis-lapis.

Makan Angin di St Kilda

Dalam foto ini saya sedang side seeing di St Kilda. St Kilda adalah kawasan di tepi pantai, menjadikan lokasi ini tempat kebanyakan warga Australia dan pengunjung luar negara berkelah dan makan angin. Kami juga tak melepaskan peluang untuk melihat sendiri budaya rakyat Australia di sini.

Sebenarnya wanita kurus di sebelah saya tu adalah manusia tetapi telah bersolek, berpakaian dan berlagak seperti patung barbie lagaknya... ini adalah salah satu cara mereka mencari pendapatan tambahan di samping menunjukkan kebolehan dan minat mereka. Banyak juga collection yang mereka dapat.

Saya berpeluang melawat 2 santuary.

Saya merakamkan kenangan bergambar dengan beberapa ekor haiwan yang tidak ada di negara kita - haiwan itu adalah Tasmania Devil, saya pun tak tahu kenapa haiwan ini di namakan dengan Devil... kalau kita ingat lagi dalam cerita katun, mengambarkan haiwan ini jenis haiwan ganas dengan gigi yang sangat tajam sehinggakan boleh mengigit dan merosakkan pintu kayu... boleh ke???????

Bergambar dengan beberapa ekor kangaroo yang sedang berehat. Rupanya haiwan ini bersaiz besar dan angat aktif, berperangai seperti kuda iaitu suka menendang, kami telah diberi amaran supaya berhati-hati dengan haiwan ini, kerana dibimbangi ia akan menendang. Ikut kata penjaga zoo ini tendangannya boleh menjatuhkan seorang manusia.

Perasan tak beruang koala yang terselit di celah pokok di belakang saya. Koala ini mempunyai kuku yang sangat kuat dan tajam walaupun pergerakan haiwan ini agak perlahan (macam malas saja) tetapi saya rasanya ia bukannya haiwan yang terlalu jinak. Tapi haiwan yang suka tidur.

Di Aboriginal Santuary

Boomerang adalah permainan yang berasal dari Australia, dibuat dari kayu berbentuk melengkung dan apabila dibaling boomerang ini akan kembali semula ke arah orang yang membalingnya. Tetapi itu semua perlu mempunyai skill dan kemahiran. Saya cuba bermain boomerang, nampak macam senang, silap baling boomerang boleh makan tuan - maka akan berbenjullah dahi.


Belakang saya sebelah kanan adalah pokok oak yang berusia hampir ratusan tahun. Saya teringat layu Inggeris lama yang banyak mengesahkan pokok oak seperti Green, green grass of home dan tie a yellow ribbon.

Bersama peniup wood pipe yang kacak.

Saya mencuba meniup wood pipe kaum asli (aboriginal) yang sebenarnya masa meniup tu, tak ada dengar bunyi pun... tapi pipi sakit sebab dikembungkan untuk collect angin.

Ini adalah foto sekumpulan kambing biri-biri yang sedang makan di dalam kawasan ladang. Mereka memelihara haiwan ini secara komersial dan sistem yang dilakukan juga sangat tersusun dan berkesan. Mereka menyediakan beberapa kawasan yang berpagar dan kambing ini akan bergerak mengikut rumput yang tumbuh.