Dashyatnya pergerakan kenderaan pagi tadi.. sehinggakan saya lewat tiba di pejabat untuk kali pertamanya semenjak saya bertugas di JPNWP. Sedangkan hari ini Selangor bercuti kenapa pula tiba sahaja di Jalan Lok Yu kenderaan dah berderet-deret, dan terus melekat tak berganjak. Saya pulak tidak mengetahui sebarang jalan alternatif, apa lagi layan sahajalah sambil menyanyi mengikut lagu Saleh Yaakop.
Tiba sahaja di hadapan bangunan Wisma Sambantha rupanya sebatang tiang lampu sebelah kanan dah tumbang di laluan kami yang menuju ke Jalan Kucing. Agak-agaknya siapa punya kerja tu hinggakan tiang lampu boleh tumbang. Polis pulak baru sahaja tiba... nak buat apa dah ditakdirkan saya datang lewat hari ini... lewatnya pun bukannya banyak sangat hanya 4 minit. Apa alasan nak diberikan.... tak sukanya saya...
Daripada gelap hingga siang... saya masih ada di atas jalan raya.. Ini buktinya kenderaan yang beratur panjang. Nasib... nasib!!!!!
No comments:
Post a Comment