Showing posts with label Adik. Show all posts
Showing posts with label Adik. Show all posts

02 July 2013

Happy Birthday Mohamad Firdaus (Adik)

Adik, selamay menyambut hari ulang tahun kelahiran semoga adik dirahmati, ditingkatkan iman dan sentiasa berada di dalam keredhaan Allah selalu.
Dah fikir ke apa yang mak long cakapkan dulu?

16 July 2012

Ayah Dengan Sukan Golf

Ayah melangkah ke driving range untuk lathan memukul bola dengan diiringi oleh pembantu setianya Adik. Ayah paling suka jika anak-anaknya bermain golf... tak tahu kenapa tetapi dalam keluarga saya 3 dari 5 beradik bermain golf dan antaranya saya sendiri tetapi kini dah lama tinggalkan golf kerana tidak tahan dengan cuaca yang panas. 


13 July 2012

Abang dan Adik

Abang semasa kecil memang tidak berenggang dengan permainannya... walaupun yang paling dia suka adalah menonton TV.. Sekarang ni mereka semua dah besar dan dalam alam remaja dan hubungan antara kami semuanya seperti renggang. Melihat foto mereka semasa kecil, saya tak sangka, mereka begitu comel dan lincah....

Perasan tak askar yang sedang salute tu adalah adik atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus (nama yang ayah saya berikan kepada dia). Adik semasa kecil dulu sangat sukakan permainan yang mempunyai roda dan tayar... malangnya semua tayar dan roda kenderaan permainan itu dalam sekelip mata sahaja hilang dari kenderaan mainannya... ingatkan apabila besar minatnya akan membawanya kepada kerjaya yang berkaitan... tetapi masih tak nampak bakat pun.