03 December 2011

Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2011

Hari ini penutup Perhimpunan Agung UMNO Tahun 2011, semua wakil perwakilan UMNO dari pelbagai negeri membuat ucapan penutup. Semua yang bercakap dengan nada bersemangat dan beapi-api, sehingga saya yang mendengar seprti berada di majlis perbahasan sekolah-sekolah. Penggunaan ayat dan hasrat/ isi ucapan yang diluahkan kalau didengar memang sangat baik dan terdetik di hati saya bertuahlah rakyat terutamanya orang Melayu negara ini. Tetapi hakikat sebenarnya, selepas pilihan raya dan masing-masing menjawat jawatan penting dalam negara, apa yang terjadi.

Kita boleh lihat berapa besarnya rumah masaing-masing, berapa buah dan berapa besarnya kenderaan masing-masing dan betapa berlagaknya ahli keluarga masing-masing. Pada saya cakap-cakap mereka semasa perhimpunan bahawa orang Melayu seakan-akan lebih utuh di negara ini yang sebenarnya makin kehilangan hak dan keistimewaan. Yang paling utama, hak milik tanah orang Melayu makin hilang kerana masing-masing berebut-rebut nak membangunkan daerah/ negara masing-masing di mana tanah orang Melayu menjadi korban. Pemimpin Melayu memang sudah tahu akan kelemahan orang Melayu sendiri - gelap mata bila melihat duit yang banyak.

Kenapa makin ramai yang cakap tak serupa bikin. Syarikat Melayu yang ramai terlahir adalah hasil dari kronism. Siapa kata kronism dah tidak ada, masih lagi ada tetapi mungkin dalam bentuk dan nama serta operasi yang lain.

Saya tak nafikan kepimpinan orang Melayu telah bertambah baik tetapi ianya masih lagi boleh ditambahbaik dengan kurangkan sikap tamakkan harta di kalangan orang kita.

No comments: