السَّـفِيْنَةِ؟ قَالَ: صَلِّ فِيْهَا قَائِمًا إِلَّا أَنْ تَخَافَ الْغَرَقَ
Ibnu Umar رضي الله عنه memberitakan: Telah ditanya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم tentang bersholat di dalam bahtera. Nabi menjawab "Bersholat di dalamnya sambil berdiri kecuali jika engkau takut karam" Dari;: Daraqutni.
Hadith ini menyatakan bahawa kewajipan kita bersholat di dalam bahtera dengan berdiri dan tidak diharuskan duduk, kecuali jika takut akan karam atau ada apa-apa halangan yang mencemaskan.
PENDAPAT PARA FUQAHA:
Kata An-Nawawi: Apabila seseorang bersholat fardhu di dalam bahtera, tidak boleh baginya mengerjakan sambil duduk, selama sanggup ia berdiri. Sama dengan keadaan di darat. Demikian menurut Malik dan Ahmad. Menurut Abu Hanifah boleh dikerjakan sambil duduk jika bahtera itu sedang berjalan, Menurut para ulama Syafieyah, jika orang yang bersholat itu sedang pusing (kerana bahteranya berputar), bolehlah ia mengerjakan sholat yang fardhu sambil duduk. Kerana ia tidak sanggup berdiri. Jika angin berhembus dan berputarlah haluan bahtera itu, maka wajiblah ia berputarkan dirinya kembali ke arah qiblat dan terus mengerjakan sholat.
Kata Ibnu Qudamah: Tidak sah sholat di dalam bahtera sambil duduk jika ia sanggup berdiri. Ada diriwayatkan dari Ahmad, bahawa tidak sah mengerjakan sholat di dalam bahtera yang sedang berjalan. Dalam satu riwayat sah, pendapat ini lebih utama, selama ia sanggup berdiri, tidak lah boleh dikerjakan sambil duduk.
Kata Ibnu Hazam: Bila kita sholat di dalam kapal tidak dapat kita ke darat untak sholat seperti biasa, atau kita dalam ayunan gelombang badai, maka bolehlah kita kerjakan dengan apa cara sekalipun. Abu Hanifah menetapkan bahawa sholat di dalam kapal itu boleh dengan duduk. Walaupun tidak ada halangan untuk berdiri. Pendapat ini dibantah oleh kedua-dua sahabat beliau sendiri, iaitu Abu Yusuf dan Muhammad bin Hassan. Beliau-beliau ini membolehkan jika tidak ada halangan berdiri.
Sebahagian ulama pula ada berpendapat sah mengerjakan sholat fardhu atas kenderaan daratan apabila dikerjakan dengan menhgadap qiblat walaupun sedang berjalan.
KATA MUKTAMAT:

Jamhur Ulama mensyaratkan sah sholat fardhu dengan menghadapi qiblat di dalam kenderaan yang tetap (tidak terumbang-ambing) di semua sholat lima waktu dan mereka membolehkan tidak menghadapi qiblat dalam masa ketakutan.
Tegasnya:
1) Bersholat sambil berdiri adalah diwajibkan selama kita dapat berdiri, baik di dalam sholat fardhu mahupun sunat.
2) Mengenai kenderaan seperti bahtera, kapal terbang, keretapi, motorkar dan lain-lain kenderaan darat, tidaklah dapat disamakan dengan kenderaan unta, hanya dapat disamakan tentang keuzurannya, di dalam masalah ini kita boleh jalankan ijtihad (berusaha dan bertindak dengan pemikiran yang sehat), iaitu dapat kita laksanakan sholat menurut keadaan. Firman Allah:
هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ
"Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan". Dari;: Ayat 78: سورة الحج
3). Tentang menghadapi kiblat hendaklah kita perhatikan keadaan, jika tidak menyusahkan, tetapi jika menyusahkan tidaklah dituntut kita mesti menghadap qiblat. Firman Allah:
وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
"Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmat-Nya) lagi Maha Mengetahui". >: Ayat 115: سورة البقرة

~ ~ ~ Albanna Mutiara Ilmu ~ ~ ~ — with Joan Ahsan.
No comments:
Post a Comment