26 December 2011

SBPA : Skim EO Yang Makin Tenggelam

Kenapa skim EO dipinggirkan, diketepikan, dibuat tak tahu atau lebih tepat lagi tidak dihargai sewajarnya. Kalau bolehlah saya tujukan soalan ini untuk JPA: adakah EO ini masih lagi relevan dalam Perkhidmatan Awam (PA)?, adakah tenaga EO masih diperlukan dalam membangunkan organisasi dan negara?. Saya tahu jawapannya memang masih lagi relevan dan sememangnya EO sangat diperlukan lagi dalam PA, tetapi mengapakah jasa EO dipandang sepi dan haknya dinafikan. Bukan banyak yang diminta oleh EO – sedikit sangat – iaitu KEADILAN DALAM PA seperti mana skim-skim yang lain. Sebaliknya mengapa pula skim EO dijadikan sebagai ‘musuh’ dan suaranya tidak mahu didengari apatah lagi untuk dilayani. Tidak keterlaluan kalau saya katakan sikap ini nanti akan menggalakkan dalam PA.

Sebelum saya meneruskan perbincangan ini, cuba kita toleh sedikit ke belakang sikit sebelum SBPA, SSM dan SSB. Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf sekiranya maklumat yang saya paparkan ini sedikit tersasar. Apa yang saya paparkan adalah apa yang saya percaya dan ketahui. Kita mula dari Suruhanjaya Gaji Di Raja Suffian pada tahun1967 atau Laporan Gaji Kabinet, EO lantikan baru pada masa itu diletakkan pada gred B9 (kelayakan masuk STPM dan Diploma – tetapi gaji mula berbeza). Walaupun begitu peluang untuk naik pangkat terbuka kepada EO dan pernah sampai sehingga A11/ A12 kalau kini dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (PnP). Saya juga masih ingat lagi pada masa itu di MinDef terdapat 1 jawatan Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dari gred HEO.

LAPORAN GAJI SUFIAN

SSB

SSM

SBPA

(A11/ A12) Setiausaha Sulit Kanan Menteri / Tim Menteri

Skim tidak wujud (N3)

N41

-

(A24) Setiausaha Sulit Menteri / Tim Menteri

Skim tidak wujud (N4)

N36

-

Pegawai Eksekutif Tinggi – HEO (B1)

-

PPT (N36)

N3-4

Pegawai Eksekutif Kanan – SEO (B3)

PPT (N5)

PPT (N32)

N3-3

Pegawai Eksekutif – EO (B9)

PPT (N6)

PPT (N27)

N3-1

Apabila SSM diperkenalkan, EO ditukar nama kepada Penolong Pegawai Tadbir (PPT). Mungkin nama EO ini besar agaknya, jadi namanya diubah. Mulai daripada SSB peluang kita naik pangkat memanjat tangga lebih tinggi kepada gred dalam kumpulan PnP terus hilang dan disempitkan SSB lah yang bertanggungjawab melenyapkan taraf ‘status’ EO. Walaupun ramai EO yang dah lulus KPSL ke Gred A serta mempunyai ijazah, tetapi tiada pintu yang boleh dimasuki. Masa itu kita terima dalam paksa, namun begitu banyak usaha dilakukan untuk penambahbaikan skim untuk mengembalikan status EO kepada kedudukan asalnya seperti dalam Laporan Gaji Sufian.

Keadaan tetap tidak berubah apabila SSM diperkenalkan pada tahun 2002, namun begitu SSM masih mengenakalkan kelayakan masuk EO iaitu melalui STPM atau Diploma. SSM telah menambah 1 lapisan gred kepada EO Tinggi seperti asal dalam Gaji Sufian, dan lapisan itu terhenti setakat itu sahaja. Di bawah adalah petikan Contoh tambahan lapisan gred baru bagi Klasifikasi Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan (N) khusus bagi EO.

Kumpulan

Perkhidmatan

Lapisan Gred

SSB

Lapisan Gred

Baru SSM

Gred Baru SSM

Sokongan

(Diploma/ STPM dan setaraf)


Gred N5

Gred N6


Kekal

Kekal

Gred Baru N36

Kekal N32

Kekal N27

Tetapi lain pula nasib baik yang diterima oleh beberapa skim tanpa susah payah menyediakan kertas kerja untuk dipertimbangkan, skim mereka dinaikkan. Antara skim yang terlibat adalah Penghulu, Kesetiausahaan dan Kejururawatan:

Penghulu. Semasa Laporan Gaji Kabinet (LGK) Skim Penghulu adalah dalam Kumpulan C di mana kelayakan masuk skim ini adalah SPM sahaja, tetapi demi memastikan Kerajaan semasa terus memerintah, skim ini telah dinaikkan beberapa kali sehingga melepasi Skim EO yang mana dalam LGK kelayakan masuk ke skim EO adalah STPM dan Diploma. Kerana politik JPA bertindak mendiskriminasikan skim yang lain.

Skim Kesetiausahaan. Tidak tahu bagaimana tiba-tiba sahabat kita dalam skim ini menerima habuan yang sungguh lumayan. Mereka berdiri sama dengan kita, saya bukan hendak menimbulkan krisis antara skim tetapi jika dikaji dari segi bebanan tugas, pasti EO rasa terkilan dengan sikap JPA yang pilih kasih.

Akhirnya secara peribadi saya menganggapkan bahawa JPA tidak berhajat untuk menambahbaik skim EO, setelah bertahun-tahun pelbagai usaha yang dilakukan oleh KEPAK sama ada secara bersendirian atau melalui CUEPACS, banyak perbincangan dilakukan dan kertas kerja juga telah diangkat tetapi tidak nampak hasilnya, malahan skim lain yang tidak berusaha seperti EO pula yang menikmati upgrading skim. Melihat kepada pola sikap JPA, saya yakin EO hanya dipermain-mainkan dengan drama-drama yang sangat meyakinkan sehinggakan kita tertipu dengan kata-kata manis mereka.

Apa masalahnya sehinggakan sangat susah Kerajaan untuk mengiktiraf skim EO, khususnya JPA. Saya tertanya-tanya apa salahnya pegawai-pegawai dalam skim ini? dalam skop yang lebih luas saya lihat macam ada stigma terhadap EO, semacam ada tanggapan bahawa skim EO adalah rival kepada PTD, ini mungkin disebabkan hampir 90% PTD dan EO bekerjasama di bawah 1 bumbung dan kini membuat kerja yang sama/ hampir sama. Sebab itu ke sehinggakan EO dianiaya sebegini.

Saya sangat percaya bahawa SBPA boleh membantu EO dalam menambahbaikkan skim - itu pun kalau nak buat, apapun apa lagi yang boleh saya katakan kerana kuasa ada di tangan 'mereka'.

Apa kata kita cuba tengok SBPA pula, apa yang SBPA boleh tawarkan untuk kita?

No comments: