Showing posts with label Ipoh. Show all posts
Showing posts with label Ipoh. Show all posts

22 December 2014

Risk Group JPWPKL - Berpisah Bukan Selamanya

Kali ini biarlah gambar ini memberikan kata-katanya... itu pun jika anda boleh memahaminya.

Kumpulan kami The Risk Group

Segak dan ayu... anda ada????

21 December 2014

Berkenalan dengan Si Oren 2 Beradik

Saya berkenalan budak 2 beradik ni semasa saya menghadiri retreat Jabatan di Ipoh Perak. Setiap kali bersarapan pagi, budak 2 beradik ini akan berada dekat dengan meja kami. Kawasan ini adalah di koridor Coffee House Hotel dan ianya merupakan kawasan yang terbuka.

Si abang sedang berbaring dan melelapkan mata mungkin nak minta simpati, manakala si adik (kucing betina) masih dalam keadaan takut-takut. Saya amat terharu apabila melihat mereka berdua, mana saja abangnya bergerak, si adik akan ikut. Dapat saya bayang bagaimana mereka membesar dan si adik menjadi beg kepada si abang. Baiknya abang ni...

Setiap pagi saya akan sediakan makanan hotel untuk mereka sehingga mereka kenyang. Melihatkan kepada keadaan kucing ini saya rasa mereka ini bertuan kerana kucing ini bersih dan tidak terlalu liar hanya takut kepada orang asing.

Namun tak sampai setengah jam si abang dah jadi kawan saya. Dia dah menyambut salam perkenalan saya dan bergolek-golek di kaki saya sampail menghulurkan tangannya. Sementara itu si adik hanya memerhatikan dari jauh. Saya berdoa kepada Allah supaya kucing-kucing ini tidak dianiaya oleh manusia dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

18 December 2014

Persembahan Risk Group - Pengurusan Risiko JPWPKL

Presenter kumpulan kami adalah En Yusuf, memang tepat pilihan kami kerana En Yusuf seorang presenter yang bagus dan pandai menerangkan fakta tanpa merujuk kepada bahan.

Subjek ini seakan menjadi subjek pakar beliau, sedangkan bagi kumpulan kami ini adalah subjek baru, walaupun telah lama ada di dalam kriteria SSR.

Persembahan kumpulan kami antara yang terpnajang. Syabas kepada En Yusuf khasnya dan amnya kepada semua ahli kumpulan.

15 December 2014

Risk Group - Diskusi

Semasa Retreat Jabatan yang diadakan baru-baru ini di Ipoh Perak, Ketua Sektor (KS) dan Ketua Unit (KU) diasingkan dengan fungsi masing-masing. Semua KU dan Ketua Penolong Pengarah (KPP) telah ditugaskan dalam kumpulan.

Ini adalah kumpulan saya yang dianggotai oleh Puan Jayagowri, Puan Rosmawati, En Yusuf, En Ismail, En Zulfadly dan saya. Selama 2 hari kami berkampung di sini dengan tugasan kami Pengurusan Risiko.

Di akhir bengkel semua kumpulan dikehendaki untuk membuat persembahan hasil perbincangan masing-masing.

12 December 2014

Dari Jendela (Hadapan) : Impiana Hotel Ipoh

Yang ini adalah foto-foto yang saya ambil dari hadapan koridor bilik hotel di tingkat 5. Cuba perhatikan keunikan awan yang menyembungikan sedikit banjaran di hujung tu. Gumpulan awan yang sangat unit berbentuk lingkaran bulu kambing biri, memutih dan lembut.

Awan ini nampak tebal dan berkumpul memanjang tetapi tidak tinggi, menyebabkan badan gunung tidak kelihatan. Seakan-akan terciptanya satu halangan untuk melihat keseluruahn gunung. Besarnay ciptaan Allah swt ini.

Yang sebenatnya saya baru ini melihat kejadian awan yang tebal dan memanjang ini, sebelum ini saya banyak melihat bentuk awan seperti ini melalui foto-foto yang ada di dalam internet dan yang berlaku di luar negara.

10 December 2014

Dari Jendela (Belakang) - Impiana Hotel Ipoh Perak

Permandangan ini adalah daripada jendela Impiana Hotel, Ipoh, Perak. Saya menghadiri 1 lagi bengkel Jabatan seminggu selepas menghadiri bengkel sektor yang juga dilaksanakan di Ipoh Perak. Kalau semasa di Hiretage Hotel saya ditempatkan di tingkat 10, kali ini saya telah ditempatkan di tingkat 5 sahaja.

Cantik sungguh bumi yang dicipta oleh Allah swt, maha suci pencipta ini yang menjadikan bumi negara tanah airku ini dengan cantik dan indah. Apa tidaknya nun dikejauhan kelihatan banjaran yang menjadi pasak kepada bumi ini, yang menjadi tulang belakang yang memastikan kukuhnya tanah ini.

Dapatkah anda lihat di kaki bukit/ gunung terdapatnya pada kuda yang berbalam-balam.

06 December 2014

Tidak Sihat Di Ipoh

Selepas berjumpa doktor di salah sebuah klinik di Ipoh, nasib baik pihak Heritage Hotel baik hati nak hantar saya dan Puan Vino ke klinik, jika tidak mungkin sepanjang malam saya tidak dapat tidur. Kalau anda semua nak tahu, semasa saya menghadiri bengkel saya seperti tersilap makan. Perkara ni berlaku semasa saya dan rakan-rakan dalam bas untuk ke Sayong, saya dah berpenuh dingin dan rasa nak muntah tidak tertahan.

Nasib baik juga Cif Zali dan Maslinah mendesak saya ke klinik. Alhamdulillah ubat yang klinik ni bagi sesuai dengan saya dan kekerapan ke tandas dapat dikurangkan jika tidak terpaksa saya tidur dalam tandas je. menjadi pengajaran kepada saya supaya meemrhatikan apa yang patut saya ambil maklumlah engin dalam badan dah tua dan takut tidak berupaya berkerja keras. 

05 December 2014

Suatu Subuh di Ipoh

Awal subuh lebih tepak selepas saya selesai tunaikan solat subuh. Pagi ni awan dilangit macam jernih dan dikejauhan berbalam-balam saya dapat lihat deretan banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang negara kita ini. Rumah-rumah bertingkat dan salah sebuah istana masih belum terjaga lagi, tetapi bangunan tinggi di hujung tu dah kelihatan lampu menerangi bangunan masing-masing.

Solat subuh adalah diwajibkan kepada semua muslim, jadi kerana solat subuh jugalah semua muslim terpaksa bangun untuk menunaikannya. Kelebihan berada di tingkat lebih tinggi dalam membuatkan kita lebih mensyukuri akan nikmat yang Allah swt berikan. Nikmat mata yang dapat melihat kejadiannya sejak awal pagi, nikmat telingan mendengan deruan angin sepoi bahasa dan nikmat merasai perasaan yang nyaman dan tenteram. Teringat akan 'anak-anak' (kucing-kucing) sayang yang suka mengejutkan saya setelah azan subuh berkumandang di taman saya.

30 November 2014

Ruang Makan Yang Indah

Saya bersama Maslina semasa kami di Heritage Hotel Ipoh kerana menghadiri Bengkel Kajian dan Semakan SK2P pada 17 hingga 19 November 2014 yang lalu. Masa ni kami sedang menikmati juadah selepas taklimat di malam pertama bengkel.

Tempat makan hotel ini memang sangat indah dan menarik. Apa tidaknya di tengah-tengah antara ruang makan di letakkan kolam kecil yang dipenuhi oleh ikan kap yang pelbagai warna. Ada kolam air terjum kecil di bawah lif.

Dan yang paling uniknya adlah kedudukan 2 lif yang berbentuk semi bulat dengan ruang see-through yang membolehkan pengunjung melihat ruang makan dari atas. Photo ini saya ambil semasa lif sedang bergerak ke atas. Bilik saya di tingkat paling atas iaitu tingkat 10.

29 November 2014

Bengkel Semakan Kajian SK2P

Bengkel Semakan Kajian SK2P yang telah diadakan di salah sebuah hotel di Ipoh pada 17 hingga 19 November 2014 yang lalu adalah anjuran UPT sendiri. Alhamdulillah tak ada masalah yang timbul hanya saya dan beberapa rakan yang kurang sihat di akhir bengkel.

Malam pertama semasa kami tiba saya memberikan taklimat bengkel dan kemudian di sambung dengan taklimat-taklimat lain. Yang sebenarnya bengkel ini umpama serampang beberapa mata. Dalam bengkel ini beberapa tugas telah dapat disempurnakan dengan baik. Di atas adalah Cif Sazali selaku Urusetia memulakan majlis.

Ini adalah Tuan Jamil selaku Ketua Sektor kami yang memberikan penerangan mengenai pelan strategik bagi tahun 2015 nanti.

Antara Ketua Unit dan pegawai-pegawai dari kesemua unit di bawah SK2P yang sama-sama menyumbang idea untuk mencapai objektif bengkel.

Sedang khusuk atau sedang bimbang apa nak buat selepas ini.

22 November 2014

Dari Jendela Heritage Hotel Ipoh Perak

Menjadi kebiasaan saya untuk merakamkan permandangan dan aktiviti dari jendela. Jendela yang terpilih adalah pelbagai rupa dan bentuk. kali ini saya nak kongsikan permandangan dari jendela Heritage Hotel, Ipoh Perak.

Paling mengujakan saya adalah latarbelakang bandar ini yang dibayangi oleh Banjaran Titiwangsa, banjaran yang menjadi bumbung kepada negara ini dan nadi kehidupan warganya. Berbalam-balam tetapi teguh berdiri menjungi langit biru tanah airku.

Ipoh sebuah bandaraya yang terzuzun dan mula mengorak langkah sebagai negara menara mencecah awam. Walaupun mungkin belum ada bangunan yang mencecah awam, tetapi ianya sudah pasti dalam perancangan dan pembangunan. Kalau tidak percaya jom kita ronda bandaraya Ipoh dan nilaikan sendiri.

Sebuah kediaman yang saya rasa adalah kepunyaan mantan bos saya. Jika silap maaf saja je!!!!! cantek halaman yang dipenuhi dengan rumput hijau.

Bandaraya Ipoh yang masih penuh dengan kehijauan dan diselang-seli dengan pembangunan.

Saya seakan penjaga jendela..... hanya merakam ciptaan Allah swt dari kamera usang tetapi sangat berjasa.

Apa kata jika mai ke Perak, jangan lupa mengelilingi bandaraya Ipoh.

Bengkel Semakan Semula SK2P - Dalam Bas

Bengkel Semakan Semula Sk2P yang diadakan di Heritage Hotel Ipoh adalah untuk melihat pencapaian SKT sektor ini. Pergerakan kami adalah dengan bas yang diuruskan oleh Encik Ahmad Khairi dari Unit Kewangan. Saya sememangnya suka menaiki bas terasa macam di zaman persekolahan dulu-dulu.

Inilah peserta dan urusetia bengkel yang bersama-sama akan ke Ipoh, Perak. Dari raut wayah masing-masing nampak ceria dan gembira. 

Cif Sazali Ketua Pembantu Tadbir UPT, seorang yang sangat berjasa dalam menjayakan bengkel ini sedang memaklumkan sesuatu kepada peserta.

Dan yang itu adalah Cif Zuraidah darin selaku paramugari perjalanan kami sedang sebuk mengagihkan air minuman dan tib-bit yang disediakan oleh pihak bas.

Saya sedang memberikan sedikit taklimat perjalananan kepada semua peserta bengkel. ALhamdulillah semuanya erjalan lancar.

24 October 2012

Majlis Penutup Kursus Perancangan Strategik

Kursus ini tamat pada 19 Oktober 2012 secara amnya objektif kursus ini memang tercapai terutamanya bagi diri saya. Kursus ini telah berjaya memberikan penjelasan mengenai prosedur dan proses untuk membangunkan perancangan strategik sesebuah organisasi. Kelihatan Encik Salehuddin selaku jurucara semasa majlis tamat kursus.

Y.Bhg. Pengarah Pelajaran JPWPKL sedang menyampai sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan penutupan kursus ini.

Tak lupa Sijil Kursus Penyertaan dianugerahkan kepada semua para peserta.

23 October 2012

Kursus Perancangan Strategik: Perbincangan Kumpulan

Inilah Kumpulan Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SK2P) yang sedang berbincang dalam latihamal untuk membentuk perancangan strategik peringkat awal, kami memilih isu mengenai pembangunan sumber manusia JPWPKL.  

Encik Salehuddin dan Encik Ab Malik merupakan anggota dalam Kumpulan SK2P

Encik Salehuddin menwakili kumpulan kami menyampaikan hasil kedapatan perbincangan kami bagi tajuk di atas dengan mengenalpasti akan matlamat, isu dan elemen lain melalui tool SWOT. 

secara ringkas ini yang kami peroleh. Not bad bukan.......

Dan inilah dia hasil akhir di mana matlamat, objektif, KPI, TOV dan sasaran prestasi yang dikenalpasti.