Showing posts with label Mimi. Show all posts
Showing posts with label Mimi. Show all posts

25 July 2016

Rewang Si Meow

Macam ni mereka bila saya pindahkan kibbles mereka ke dalam botol-botol dari plastik makanan yang besar. Mereka ramai-ramai berlonggok dan sama-sama menyebuk macam nak tolong.

Adik, Hero dan Tuah mengadap bekas makanan yang kosong tunggu untuk diisi.

Botol-botol yang dah sedia untuk diisi dengan makanan kering mereka.

Si Baby aka Abang memerhatikan mommy yang sibuk alihkan biskut., sementara tu Hero dan Zizi dah cuba biskut.

Mimi pula ambil tempat selepas Zizi dan Hero masih lagi makan

Keletah di meow saya yang ada kalanya rasa macam menyebuk dan ada kalanya macam menghiburkan.

Last Si Adik yang makan dan mungkin habiskan biskut yang ada.

22 November 2015

Tuah Menumpang Kasih Abang-Abang

Tuah Fitri bagaikan anak yatim piatu, masih memerlukan kasih spesis yang sama dengannya untuk bermanja. Nasib Tuah baik sebab ada antara kucing-kucing saya yang sanggup memanjakan dia. Walaupun Tuah tidur dengan saya, tetapi mungkin dalam hati kecilnya lebih selesa tidur dengan sibulus.

Tuah bersama dengan Mimi lena tidur, sedih juga saya lihat Tuah kerana terpaksa berlisah dengan ibu dan adik-adik dia masa dia terlalu kecil. Ramai manusia yang tidak melihat nyawa haiwan sebagai sesuatu yang berharga apatah lagi untuk melihat haiwan juga mempunyai hak yang sama untuk hidup. Makanya haiwan-haiwan sebegini dibuang sahaja bagaikan sampah.

Tuah lena tidur bersama dengan Bujang. Bujanglah yang paling sayangkan Tuah, bermain dengan Tuah, makan juga bersama. Saya juga belajar daripada haiwan-haiwan ini untuk melihat dunia ini dengan kaca mata yang lebih luas. Bumi Allah ini bukan untuk manusia sahaja, malahan Allah swt menguji kita untuk melihat bagaimana kita melayanan makhluk-makhluk Allah yang lain.

27 October 2015

Si Lembut Mimi

Lebih sebulan saya tidak bersama Mimi dan adik-beradiknya bila saya balik mereka semua masih mngkenali saya lagi. 

Tapi kenapa muka Mimi masih bersedih kan mommy dah ada di rumah

Rindu pada mereka selama lebih sebulan

Lelap macam alim-alim kucing

01 September 2015

Bila Mommy Bawa Balik Penghuni Baru

Rakan sepejabat saya, En Noorzlan beri saya 3 ekor ikan betuk atau ikan puyu untuk dipelihara. Tiba je di rumah saya pun letakkan ikan-ikan tersebut dalam akurium Amir (dulu Amir pelihara kura-kura). Itam MB dan Mimi tekun melihat pergerakan ikan tu. 

Saya letakkan akurium tu atas meja di tepi dinding, ikan-ikan tu berenang dan pergerakan itu menarik perhatian hampir kesemua kucing-kucing saya. Pada mulanya semua perhatikan je ikan-ikan dalam akurium tu dari jauh. Rasa takut dan hairan  menyelinap dalam diri mereka agaknya. 

Mereka perhatikan dulu tanpa usik kejap di atas kejap di bawah. Oky siap memanjat untuk perhatikan ikan-ikan tu dengan lebih dekat.

Manakala Tuah dan Bujang lebih berani dan lihat dengan lebih dekat, tapi Acik hanya puas hati lihat dari jauh je. Itulah gelagat 'anak-anak' saya apabila ada penghuni baru di rumah kami.

15 July 2015

Budak 4 Beradik

Dah sebulan saya dan kucing-kucing saya berpindah dari Kuala Lumpur ke Melaka. Rasanya semua kucing-kucing saya dah boleh menyesuaikan diri mereka dengan keadaan rumah yang baru. Namun saya lihat budak 7 beradik ini, anak-anak Oky masih takut-takut, mereka kerap ada bersama seakan-akan memerlukan sokongan antara mereka.

Setiap kali ada yang menjerit si Adik (abang mereka) akan berlari mencari punca suara adiknya. Macam hero nak selamatkan mangsa, dia akan berada dekat dengan adiknya seakan menyelamatkan mereka. Tengoklah berlonggok Mimi, Zizi dan Kiki di hadapan abangnya Si Adik.

Saya risau dengan sikap Si Adik, sebab dia akan menyerang atau mengusik 4 ekor lagi kucing yang saya pungut terutamanya Acik dan Miss Lulu, tanpa usul periksa (ya tak ya juga sebab dia haiwan yang tiada fikiran, tapi dia ada perasaan untuk selamatkan adik dia). Itu sebabnya adik-adik dia rasa selamat bersama Si Baby (Abang) dan Si Adik dari ibu mereka Oky.

13 June 2015

Apa Mereka Buat Kat Atas Tu???

Inilah gaya mereka pada minggu pertama mereka berpindah dari Kuala Lumpur ke kampung saya. Mungkin disebabkan keluasan rumah kampung yang 3 kali ganda membuatkan mereka sentiasa explore rumah ni. Ada kalanya saya puas mencari-cari mereka merata tempat, rupa-rupanya mereka menemui tempat yang tersembunyi.

Tengok saja si Mimi dan Nini, mereka menjumpai tempat yang sangat strategik dia nampak kita tapi kita tak perasan mereka. Tempat pilihan itu ialah di atas almari di depan pintu bilik saya manakala Nini pula berada dalam bakul besar yang kosong.

Terjerit-jerit saya panggil mereka tetapi mereka tak berbunyi langsung. Puas cari bawah katil, almari kerusi dan peti sejuk, apabila mendongak saya ternampak kelibat Mimi dan selepas tu baru ternampak Nini dalam bakul. Kesian betul dengan mereka, saya tak dapat nak selami apa yang mereka rasa.

03 June 2015

Mimi Tidur Berbantalkan Tuala

Kenangan semasa di rumah Kuala Lumpur. Si Mimi kucing kesayangan saya yang suka tidur dengan berbantalkan sesuatu. Kali ini Mimi memilih untuk berbantalkan tuali mandi. Dia akan tidur di atas meja komputer dan semasa saya pula sibuk di meje tersebut.

Nyenyak betul dia tidur, segala bunyi-bunyian yang mengganggu macam tiada apa-apa kesan. Dia tidur terus walaupun saya cium dia berkali-kali. Dah besar dia, masa ni Mimi berusia 1 tahun.

08 May 2015

Mimi dan Kiki

Tengok budak 2 beradik tu... sama-sama mengambil udara petang sambil memerhatikan burung-burung berterbangan. Sambil memerhati, sambil mulut mereka menyugut sebab geramkan burung-burung tersebut. Agaknya kalau dapat mahu saja mereka tangkap.

Sya panggil mereka untuk rakamkan foto mereka... sayangnya hanya Mimi sahaja yang menoleh. Sedangkan Kiki masih lagi memerhatikan luar.

Apabila Kiki berpaling gambar gelap dan bila gunakan flash mata mereka pula bercahaya, dah macam kucing yang menyeramkan..

18 February 2015

Gaya Tidur Mereka

Oky sebelum tidur akan berangan dulu.

Baby akan tidur nyenyak di atas katil di sebalik selimut.

Adik suka tidur tinggi di tepi jendela.

Itam MB juga suka tidur atas tilam

Mimi gemar tidur atas meja tulis saya berhampiran tempat kerja saya di komputer.

Kiki tidur atas kerusi

Zizi juga suka tidur dalam bilik saya atas beg.

Nini suka tidur atas kotak besar yang di alas dengan tilam nipis.

Jiji manja dan suka tidur bersama dengan adik-adiknya yang lain.

Acik suka tidur di semua tempat.

09 February 2015

Tidur Siang

Sedapnya mereka tidur atas katil mak saya. Tidur sianglah katakan.... lepas makan tengahari mereka bergurau sehingga mereka penat dan terlena.

Mimi, Itam MB dan Acik

Nyenyak sehingga mereka tidak sedar saya mengusik mereka.

11 December 2014

Gaya Tidur Dalam Cuaca Panas

Memang sekarang ni cuaca agak panas terutamanya sebelah petang. Kadang-kadang hujan turun dan ada masanya seperti hari ini panas terik. Saya sibuk di meja komputer budak-budak ni pun sibuk tidur di meja sebelah. 

Mula-mula tu mereka bermain-main, tapi akhirnya saya lihat mereka dah terlelap. Disebabkan meja yang kecil dan mereka dah besar makanya meja ini dah jadi kecil untuk muatkan mereka berdua. Tengok je gelagat dan gaya tidur budak dua beradik ni, si Mimi dan Kiki tidur bersilang dan disebabkan cuaca yang panas, siap dengan terkangkang sekali.

Manakal kedua-dua kepala mereka terjuntai ke bawah dan Mimi hampir-hampir jatuh. Silap mengeliat dia boleh jatuh ke bawah nanti. 

Ini yang dinamakan tidur terbongkang. Nampak buruk sangat.... macam-macam la si Mimi ni.

02 December 2014

Cubaan Menyusu

Mimi dah berusia 8 bulan, dalam lima adik beradiknya yang dilahirkan sama, Mimi, Kiki dan Zizi memang sangat suka menghidap susu dari ibunya Oky atau dari abang-abangnya Baby dan Adik. Usaha dan cubaan menyusu dari ibunya Oky selalu gagal kerana Oky akan menolak anaknya ke tepi atau ada kalanya menolak anak-anaknya dengan kaki. 

Lihat sahaja kedua-dua foto ni cubaan Mimi sehingga ibunya terpaksa melarikan diri. Saya kasihan pada Mimi tetapi rasanya umur 8 bulan bagi kucing dah patut bercerai susu tapi mungkin disebabkan oleh ketagih agaknya menyebabkan dia menyondol-yondol iby dan abang-abangnya. Macam mana saya nak buat untuk pisahkan kucing-kucing yang suka sangat menyusu ni?????

29 November 2014

Neutered Zizi dan Mimi

Mungkin anak-anak saya ini (Mimi dan Zizi) tertanya-tanya kenapa mereka dibawa ke Vet lagi. Nak kata demam tak demam, tapi kenapa mereka ada di sini? Tak pelah apa yang mummy nak buat ni adalah untuk kebaikan bersama, supaya hidup Mimi dan Zizi lebih aman dan terjaga. Peristewa bermakna untuk 2 anak saya ni berlaku pada 6 November 2014.

Tak de apa yang Mimi dan Zizi nak risaukan, tak mungkin kami nak buang kamu berdua sebab kamu sangat kami sayang. Emak saya dan carrier membawa budak-budak ini sedang menunggu nombor kami dipanggil.

Mimi dan Zizi kucing jantan jadi operasi ke atas mereka tidak mengambil masa yang lama, lebih kurang 10 minit setiap ekor. Lebih kurang jam 10.30 pagi semua prosedur selesai dan saya dah boleh bawa balik mereka berdua. Tiba di rumah lebih kurang jam 11.00 pagi dan masa ni Zizi dah sedar sedikit.

Tiba di rumah saya masukkan mereka berdua dalam sick-bay mereka (kandang) dan kelihatan Zizi dan mula angkat kepala dan mula berpusing-pusing. Sedangkan adiknya masih lagi pengsan.

Tapi akhirnya dia pun tertidur semula dan bangun jam 4 petang. Terkangkang Mimi tidur agaknya mereka sedang bermimpi yang indah-indah .....