31 December 2014

Selamat Jalan 2014, Selamat Datang 2015

Selamat Menyambut Tahun 2015 dan dengan sayu hatiku, aku ucapkan selamat jalan 2014. Banyak sungguh kenangan 2014, suka dan duka. Tetapi aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana memberikan aku kesempatan meneruskan kehidupan ku ini. Semoga dengan menjelangnya tahun 2015 memberikan aku lebih kebaikkan. Semoga imanku ditingkatkan, dimurahkan rezeki dan dicapaikan beberapa hasratku. Ameen ya Rabb.

Salam Pengenalan Dari Abang dan Kakak

Si Kecik mulai minum dari bekas yang sama, ini adalah permulaan yang baik. Tiada mana-mana kucing saya yang cuba memarahi dia. Selamat datang Sayang... jadi 'anak' mummy yang baik ya...

Hanya beberapa jam saja Si Kecik menjadi ahli keluarga saya, dia disambut dengan baik oleh kucing-kucing saya yang lain. Nini dan Baby berikan ciuman perkenalan kepada Si Kecik, agaknya itu tandanya dia diterima dalam keluarga ini.

Manakala Oky memerhatikan Kecik hingga membuatkan Si Kecik takut dan cuba bersembunyi di bawah kerusi.

Apa agaknya dikatakan oleh mereka kepada Si Kecik? 

Akhirnya Dia Jadi Keluarga Kami

Pada 20 Disember 2014, anak kucing yang singgah sebentar di rumah saya pada 1 Disember yang lalu tiba-tiba muncul. Terkejut saya dan mak melihatkan dia, tubuh dia sedikit kurus, teliga dan hidung dah ada kurap dan anak kucing ni dah tidak ada suara. Agaknya dia banyak menjerit dan menangis. 

Saya dan mak ambil keputusan untuk pelihara dia sebab kesian sangat pada dia. Umur dia rasanya dalam lingkungan 1 bulan lebih. Sampainya hati manusia yang buang dia sedangkan dia masih menyusu lagi. Saya ambil dia dan terus mandikan. Selepas mandi, bulu dia nampak bersih dan semasa mandi dia ok je dan tak banyak meronta.

Selepas mandi saya keringkan dia dan letakkan dia di atas katil untuk dia tidur sekejap. Biasanya selepas mandi kucing akan rasa sangat letih. Betul sangkaan saya, selepas dia bersihkan diri dia terus tidur dengan nyenyak. Saya namakan di Si Kecik aka Acik. Seakan-akan tahu itu nama dia, dia akan memberi respon dengan memandang dan mengekori kita. 

29 December 2014

Itam MB dan Buku-Buku Mummy

Hai Itam, makin besar semakin lasak dan nakal. Kalo main kejar-kejar dengan abang dan adik-adik angkat mesti cari tempat tinggi supaya mereka tak dapat dia. Kali ni rak buku yang jadi mangsa dia.

Siap dengan landing baik punya. Itam jangan rosakkan buku-buku mummy yang penuh dengan nostagia tu. Buku-buku tu masih relevan lagi digunakan terutamanya dalam bidang pengurusan. Buku-buku masa mummy mengaji dulu.

28 December 2014

MASALAH "OVERACTIVE BLADDER"

Gambar hiasan - Kenangan Haji 2006 
Semasa melayari fb saya terjumpa dengan artikel dari fb rakan-rakan yang saya rasa amat perlu dikongsikan dengan para muslimat terutamanya yang bakal mengerjakan haji dan umrah. Jangan abaikan dan tolong baca kerana ianya amat penting terutamanya bagi yang telah berusia dan mempunyai penyakit yang sama. Apa kata kita baca bersama ...

Ketika menunaikan haji pada musim yang lepas, saya berkenalan dengan seorang hajjah berusia dalam lingkungan lewat lima puluhan. Beliau menceritakan, antara kegusaran utamanya sewaktu hendak menerima tawaran mengerjakan haji adalah kerana masalah kerap hendak buang air kencing, dan adakalanya tidak dapat dikawal. Bahkan alasan seperti ini adalah alasan utama ramai kaum wanita yang berusia teragak-agak untuk menunaikan haji.

Masalah yang dihadapi beliau adalah apa yang dipanggil pundi kencing yang terlalu aktif atau “overactive bladder”. Ia biasanya melanda wanita berusia, tetapi tidak jarang juga dideritai wanita yang lebih muda terutamanya yang mempunyai ramai anak.

Mereka yang mengalami overactive bladder terpaksa ke bilik air lebih daripada 7 atau 8 kali sehari dalam keadaan tergesa-gesa. Adakalanya mereka tidak sempat menyebabkan mereka terkencing di dalam seluar. Oleh kerana itu, kaum wanita yang menderita keadaan ini terpaksa bergantung kepada pemakaian tuala wanita hampir setiap hari, terutama mereka yang bekerja. Disebelah malam, mereka kerap terjaga tidur 1 atau 2 kali semalam untuk bangun kencing. Dari segi amal ibadat, sudah tentulah masalah ini amat dikhuatiri.

Apakah punca "overactive bladder"?

Ia berpunca dari saraf yang terlalu mudah menerima rangsangan (teruja). Saraf ini merangsang otot detrusor, otot bagi pundi kencing yang sepatutnya berkontraksi (mengepam) hanya apabila jumlah air kencing cukup banyak. Namun, didalam keadaan "overactive bladder", jumlah air kencing yang sedikit di dalam pundi sudah berupaya merangsang, menyebabkan pengidap terpaksa segera ke tandas.

Saraf yang teruja ini dikatakan berpunca dari jangkitan kuman ke atas saluran kencing, batu karang, kencing manis, kesan kecederaan akibat trauma atau pembedahan pelvik, angin ahmar, Parkinsonism dan kesan sampingan sesetengah ubat. Namun, terdapat banyak kes dimana puncanya tidak diketahui.

Bagaimana mengatasinya?

Bagi kes-kes yang tidak teruk, mengubah gaya pemakanan adalah satu langkah permulaan.

♡   Penjadualan pengambilan air. Walaubagaimanapun tidak perlu keterlaluan kerana air kencing yang sedikit dan pekat juga merangsang pundi kencing.

♡   Menjauhi minuman berkafein seperti kopi dan minuman berkarbonat. Kafein dikatakan berupaya merangsang saraf.

♡   Menjauhi makanan seperti tomato dan buah sitrus seperti oren dan anggur. Buah-buahan ini mengandungi asid sitrik yang boleh merangsang pundi kencing.

♡   Mengambil makanan berserat. Ini boleh mengelakkan sembelit yang juga boleh merangsang pundi kencing.

♡   Melatih diri sendiri dengan tidak melayan atau melewatkan ke tandas apabila terasa ingin kencing. Bagi sesetengah kes, ketakutan jika terkucil yang amat sangat sebenarnya mendorong kita tidak dapat mengawal perasaan ingin ke tandas.

♡   Pengidap digalakkan menunggu beberapa minit selepas membuang air kencing kali pertama, bagi membuang kali kedua agar pundi benar-benar kosong. Dan ini kita dapati bertepatan dengan salah satu adab di dalam Islam dalam membuang air kecil ialah istibrak secara berdehem-dehem selepas selesai. Ini bertujuan meningkatkan tekanan abdomen secara mengeraskan otot perut, yang dapat mengeluar saki baki air kencing di dalam pundi.

♡   Menjadualkan pembuangan air kencing setiap 2-3 jam adalah lebih baik dari ke bilik air hanya bila telah terdesak.

♡   Melakukan senaman otot lantai pelvik. Ada berbagai jenis senaman lantai, tetapi yang paling mudah saya gambarkan ialah mengesot ke hadapan dalam keadaan duduk dilantai dengan kedua-dua kaki dilunjurkan. Pergerakan ini melatih otot-otot pelvik yang menyokong pundi dan saluran kencing (uretra).

Dalam keadaan yang lebih serius di mana pengidap terlalu malu menghadapi situasi ini, adalah digalakkan berjumpa dengan doktor dimana rawatan secara pengambilan ubat dan pembedahan mungkin dicadangkan.

Sebaiknya wanita yang mengalami keadaan ini tidak terlalu risau dan memencilkan diri kerana keadaan ini dihadapi oleh ramai wanita. Dengan menjadualkan pemakanan dan kekerapan ke tandas, lama-kelamaan ia akan dapat di atasi.

Berbalik kepada kisah hajjah yang khuatir akan kelancaran ibadahnya, terutama dalam hal menyimpan wuduk bagi dua waktu solat (lantaran jarak masjid yang jauh dari tandas), beliau telah membawa satu beg besar dari Malaysia, yang hanya dipenuhi tuala wanita. Namun beliau sentiasa bersungguh-sungguh berdoa agar Allah mempermudahkan beliau. Berkat doa, dan panduan seperti yang saya ceritakan tadi, dengan izin Allah, beliau hanya menggunakan 10% dari jumlah tuala wanita yang dibawanya kerana ibadat beliau tidak terganggu dek overactive bladder, sekerap yang biasa beliau alami di Malaysia.

Ia menjadi pengajaran kepada saya. Jika kita mengalami situasi overactive bladder, berusahalah mengatasinya sebaik mungkin. Jangan jadikan ia alasan yang menghalang kita ke tanah suci kerana insya Allah, tetamu Allah dipermudahkanNya bagi banyak urusan.

Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Baca lanjut di www.imedik.org.

27 December 2014

Perhimpunan Pagi - Bersama Teman Sewarga SK2P

Saya bersama dengan Ketua Unit (KU) Kewangan, Puan Nazneen

Bersama dengan KU Akaun Encik Mohammad Khairul

Bersama dengan staf saya Azura.

26 December 2014

Perhimpunan Pagi JPWPKL

Perhimpunan pagi bagi bulan November 2014 telah dihoskan oleh Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan (SK2P) JPWPKL pada 20 November 2014 yang lalu. Saya sedang menandatangani borang kehadiran.

Para petugas di kaunter pendaftaran yang menjadi front-liner dan bertanggungjawab memastikan semua hadirin mendaftarkan kehadiran masing-masing.

Orang kuat kami? Tapi yang tengah tu rasanya bila dia join SK2P, macam mana dia juga mengenakan pakaian sektor kami? En All Johari atau lebih mesra dengan panggilan En Jo adalah pegawai di SPS. Manakala sebelah kananya adalah En Sazali, dan disebelah kiri adalah Encik Ahmad Khairi.

Saya bersama dengan rakan-rakan ari Unit Pentadbiran dan Unit Naik Pangkat.

Barisan hadapan adalah para KU Wanita di sektor kami.

Membaca ikrar, kali ini dikemudikan oleh kumpulan KU dengan diketuai oleh KU Akaun Encik Mohammad Khirul manakala didokong oleh KU lain iaitu saya, KU Kewangan, KU Tatatertib dan Keutuhan dan KU Perjawatan dan Perkhidmatan.

Dan ini adalah enyeri majlis iaitu MC SK2P iaitu KU Aset Encik Mohamad Faiz dan KU Latihan Kemajuan Staf Puan Natasha. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.

25 December 2014

Coprophagia-Tabiat si comel memakan najis sendiri!! Kenapa dan bagaimana menghentikannya?

Pengenalan.

Tabiat si comel yang memakan najis mereka sendiri dikenali sebagai Coprophagia. Kejadian sebegini sangat jarang berlaku pada kucing. Kami akan huraikan sedikit mengapa ia berlaku dan mencegah dan meghalang ia dari berterusan.

Bila terjadi?

Sebahagian kucing mungkin terjebak dengan masalah Coprophagia ni. Kebanyakannya terjadi pada kucing yang masih kecil. Kucing-kucing yang masih menyusu ibu, atau kucing yang kematian ibu pada usia muda. Juga sering terjadi pada kucing-kucing yang terperap di dalam satu keadaan yang menyebabkan mereka “stress” contohnya berada dalam satu kurungan yang kecil untuk jangkamasa yang agak lama.

Antara Punca-Punca.

Kebanyakan kucing mula memakan najis mereka sendiri bila mereka merana dek kerana kekurangan vitamin dan mineral dalam diet harian mereka. Sekiranya anda melihat masalah ini berlaku pada si comel anda, saranan pemeriksaan di klinik Veterinar amatlah digalakkan. Veterinar mungkin akan menjalankan beberapa ujian makmal jika perlu dan mula akan memberikan nasihat tentang kaedah pemakanan dan penjagaan yang sempurna.

Kucing-kucing yang dibela di dalam kawasan sempit dan tidak bersih untuk tempoh jangkamasa yang lama juga akan mula menunjukkan simptom-simptom masalah ini. Kekurangan makanan dalam diet mereka antara faktor yang menyumbang kepada terjadinya masalah sebegini. Bagi memastikan kelangsungan hidup berterusan, si kucing yang teraniaya akan mula memakan najis mereka sendiri.

Walaupun setelah diselamatkan dan dijaga dengan baik oleh tuan baru, tabiat sebegini mungkin akan berterusan untuk sesuatu tempoh sehinggalah kita berjaya mendidik dan melatih mereka untuk mengenal makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.

Masalah mental yang sering berlaku pada kucing muda atau kucing remaja juga mengundang kepada berlakunya masalah sebegini. Anak kucing yang pernah mengalami trauma akibat masalah tertentu pada bahagian otak mungkin akan terkeliru antara makanan harian dengan najisnya sendiri. Bagi kes sebegini, lawatan ke klinik veterinar untuk pemeriksaan amatlah disarankan.

Bagaimana Menghentikan?

Jika ada diantara si comel anda mula menunjukkan masalah sebegini, saranan utama adalah pemeriksaan awal di klinik veterinar untuk kenalpasti punca berlaku dan diberikan kaedah rawatan yang sewajarnya. Pengurusan kotak tinja yang efficient dapat membantu menghentikan masalah sebegini. Pastikan kotak tinja sentiasa dibersihkan selepas ia digunakan.

Penukaran diet pemakanan juga disarankan sekiranya veterinar mengenalpasti punca berlaku adalah dari kekurangan zat dalam makanan harian mereka. Selain itu, persekitaran yang bersih dan selamat juga disarankan bagi memastikan si comel yang bermasalah tidak mengulangi perbuatan memakan najis mereka sendiri.

Kesimpulan.

Coprophagia atau masalah si comel memakan najis sendiri boleh terjadi akibat ;

>   Masalah kekurangan nutrisi dalam makanan harian

>  Masalah mental - kurangan yg sempit dan kekurangan makanan mengakibatkan si comel mengambil tindakan drastik memakan najis untuk survival.

>  Persekitaran yang kotor dan dirasakan tidak selamat oleh sicomel.

Pokok pangkalnya, masalah sebegini boleh diatasi dengan kaedah pengurusan yang lebih efisyen di rumah. Insyaallah.

Sumber: fb Helo Vet Disini

Service JLD

Dah tiba masa untuk service kereta saya. Setelah mendapatkan temujanji dengan pusat service, kereta saya diselenggara dan diperiksa pada 11 Disember 2014. Seperti biasa mak ikut sama menemani saya. Kali ni pemilik toyota sangat ramai di pusat ini, mungkin disebabkan oleh Selangor bercuti Keputeraan Sultan Selangor. Tapi nasib saya dan mak baik kerana ada juga tempat untuk kami.

Kereta saya masuk ke bay selenggaraan lebih kurang jam 11.30 pagi dan sebelum jam 1 tengahari dah siap. Kali ni kerja selenggaraan yang dilakukan oleh pusat ini agak cepat jika berbanding dengan service terdahulu.

24 December 2014

Alhamdulillah Kami Selamat Sampai Di KL

Berterima kasih kepada Farihan kerana telah membawa kami semua balik ke Kuala Lumpur dengan selamat. 

Pegawai-pegawai yang bersama saya balik ke KL selepas kami tamat retreat Jabatan yang diadakan di Impiana Hotel Ipoh Perak. Dari kanan Puan Hasreen, Puan Jayagowri dan Puan Yusmah.

Dan saya.

Perjalanan Pulang Yang Selamat

Setelah selesai retreat kami di Ipoh pada 30 November 2014 yang lalu, saya bersama 3 lagi pegawai wanita JPWPKL bertolak balik dalam 1 kenderaan yang dipandu oleh Farihan. Sepanjang peljalanan slhamdulillah tiada halangan kecuali beberapa kesesakan kecil yang disebabkan oleh pembinaan atau selengaraan jalan.

Matahari cantik dan permandangan yang indah ... untung saya dapat duduk di hadapan.

Pembinaan dan pembesaran jalan yang sedang dilakukan tidak menghalang lalu lintas hanya kenderaan-kenderaan perlu memperlahankan sedikit kenderaan masing-masing kerana laluan dikecilkan.

Akhirnya t dia kubah Istana Negara dah nampak maknanya kami dah nak tiba di pejabat. Terima kasih pada Farihan.

23 December 2014

Adik Makin Gebu

Si Adik 'anak bujang' saya yang semakin gebu. Sekarang ni umur Adik dah masuk 1 tahun 2 bulan, dia makin kuat makan dan manja. Port baru ini adalah pilihan Adik mungkin dia dapat angin dari kedua-dua pintu. Lagi pun di mana emak saya ada maka di situlah Adik akan menyempil terutamanya semasa ketiadaan saya.

Inilah gaya tidur Adik, dengan melunjurkan kaki dan tangannya dia nampak panjang dan besar. Dari atas kelihatan Adik macam keturunan kucing bengal. 

22 December 2014

Risk Group JPWPKL - Berpisah Bukan Selamanya

Kali ini biarlah gambar ini memberikan kata-katanya... itu pun jika anda boleh memahaminya.

Kumpulan kami The Risk Group

Segak dan ayu... anda ada????

Mana Si Dia

Pada 11 Disember 2014 yang lalu, semasa saya dan mak nak bertolak ke Toyota Service Centre (TSC), tiba-tiba terpacul si budak kecil ni depan pintu, dia nampak sangat jinak dan siap datang dekat dan bergesel-gesel. Saya agakkan umur dia dalam 1 bulan. Bulu dia bersih dan rasanya anak kucing ni bertuan.

Maka kasi dia makan dan dia makan dengan banyak lepas makan kibbles dia masih lapar lagi dan saya bukakan 1 tin Ovederm... tak sangka dia boleh habiskan setengah tin. Mungkinkah dia ni tersesat selepas mengikut tuan dia?

Sayangnya balik sahaja dari TSC si dia tak ada kat rumah pun, mungkin dia dah jumpa jalan balik ke rumah... semoga dia selamat dan hidup bahagia. Mungkin kami tak ada jodoh dengan dia nak jadi keluarga.

21 December 2014

Panduan Menguruskan Kucing Selepas Pembedahan

Artikel ini merupakan panduan menguruskan kucing anda selepas pembedahan. Ianya memang sangat berguna dan pada kali pertama mengalaminya, anda tentu rasa runsing dan tak tahu apa nak buat. Itu jugalah yang saya alami dulu semasa Oky menjalani pembedahan pemandulan. Jom saya kongsikan ilmu ini dengan anda semua.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kali ini kami ingin kongsikan sedikit tentang kaedah penjagaan si comel yang baru selesai dibedah/ dimandulkan. 

1.   Ketika membawa haiwan peliharaan anda pulang selepas pembedahan elakkan daripada tersentuh kawasan yang baru dibedah.

2.   Haiwan peliharaan anda mungkin memerlukan sehingga 6 jam untuk mula sedar dari kesan pelalian.

3.   Pastikan haiwan peliharaan anda di tempatkan di tempat yang selamat, terlindung dan sunyi untuk pulih kerana ia masih lemah dan tidak dapat mengimbangkan badan sepenuhnya. Seelok-eloknya di dalam sangkar yang terhad pergerakan mereka.

4.   Letakkan haiwan peliharaan anda di atas kain atau surat khabar untuk memastikannya tidak kesejukan. Pastikan keadaanya sentiasa bersih dan kering kerana ia mungkin berkumuh dalam keadaan separuh sedar.

5.   Berikan sedikit air dan makanan hanya setelah ia boleh bangun dan berjalan dengan stabil. Ada kalanya haiwan peliharaan anda hanya berselera sehari selepas pembedahan (ia mungkin mengambil masa semalaman untuk pulih sepenuhnya dari kesan pelalian). Dalam proses penyembuhan, ini adalah biasa sekiranya ia termuntah dan anda tidak perlu cemas tentangnya.

6.   Kurung haiwan peliharaan anda di dalam sangkar selama 7-14 hari selepas pembedahan bagi menghadkan pergerakannya supaya luka pembedahan cepat sembuh.

Kucing tersebut juga tidak dibenarkan mandi dalam tempoh 14 hari selepas pembedahan bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka pembedahan.

7.   Periksa kawasan pembedahan sekurang-kurangnya sekali sehari selama 2 minggu selepas pembedahan untuk memastikan luka pembedahan sentiasa bersih dan kering serta jahitannya tidak terbuka bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman. Sekiranya bermasalah seperti bengkak yang luar biasa, keluar cairan berdarah / bernanah, atau jahitan terbuka, sila bawa si comel anda berjumpa veterinar semula dengan segera.

8.   Sesetengah haiwan peliharaan mempunyai balutan dikawasan pembedahan. Biarkan sehingga 3 - 4 hari selepas pembedahan selagi balutan tersebut bersih dan kering. Tidak mengapa sekiranya haiwan peliharaan anda menanggalkan balutan ini dengan sendiri lebih awal. Ia juga mungkin menjilat atau menggigit kawasan pembedahan tersebut tetapi pastikan ini tidak berlaku dengan kerap. Amat penting untuk penjaga memaklumkan kepada veterinar sekiranya gigitan dan jilatan yang berterusan. Veterinar akan sarankan penggunaan Elizabeth Collar (e-collar) sebagai langkah mencegah kejadian yang buruk akibat tabiat menjilat tersebut.

9.   Elakkan daripada memandikan haiwan peliharaan anda untuk tempoh sekurang-kurangnya 14 hari selepas pembedahan. Lap dengan kain lembap sekiranya ada comot, tetapi sentiasa pastikan kawasan jahitan itu kering kerana air boleh meresap kedalam dan mengakibatkan jangkitan.

10.  Biasanya, si comel yang baru di bedah akan berada di dalam tempoh “stress” dalam lingkungan 14 hari dari tarikh pembedahan. Dalam tempoh ini, sistem imunisasi badan tidak menentu. Ada kemungkinan si comel akan dijangkiti demam atau selsema selepas pembedahan. Rujukan ke veterinar dengan kadar segera amatlah disarankan sekiranya jangkitan berlaku.

Sumber: fb Helo Vet Disini

Berkenalan dengan Si Oren 2 Beradik

Saya berkenalan budak 2 beradik ni semasa saya menghadiri retreat Jabatan di Ipoh Perak. Setiap kali bersarapan pagi, budak 2 beradik ini akan berada dekat dengan meja kami. Kawasan ini adalah di koridor Coffee House Hotel dan ianya merupakan kawasan yang terbuka.

Si abang sedang berbaring dan melelapkan mata mungkin nak minta simpati, manakala si adik (kucing betina) masih dalam keadaan takut-takut. Saya amat terharu apabila melihat mereka berdua, mana saja abangnya bergerak, si adik akan ikut. Dapat saya bayang bagaimana mereka membesar dan si adik menjadi beg kepada si abang. Baiknya abang ni...

Setiap pagi saya akan sediakan makanan hotel untuk mereka sehingga mereka kenyang. Melihatkan kepada keadaan kucing ini saya rasa mereka ini bertuan kerana kucing ini bersih dan tidak terlalu liar hanya takut kepada orang asing.

Namun tak sampai setengah jam si abang dah jadi kawan saya. Dia dah menyambut salam perkenalan saya dan bergolek-golek di kaki saya sampail menghulurkan tangannya. Sementara itu si adik hanya memerhatikan dari jauh. Saya berdoa kepada Allah supaya kucing-kucing ini tidak dianiaya oleh manusia dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat mereka.

20 December 2014

Panduan memilih pasir kucing

PEMILIK disaran menggunakan pasir tidak berbau
berikutan deria bau kucing yang kuat
.
Oleh DR. ZURAIDAH GHADZALI

MEMILIH pasir tandas kucing adakalanya boleh membebankan penjaga si comel. Ini kerana terlalu banyak pilihan yang dikeluarkan oleh pengilang-pengilang barangan keperluan haiwan. Biasanya, pasir menggumpal merupakan pilihan yang paling popular. Bagaimanapun, pasir tandas tidak menggumpal masih digunakan dengan meluas. Saya akan mengupas lebih lanjut mengenai kebaikan dan kekurangan kedua-dua jenis pasir tersebut.

Pasir zeolit

Ia merupakan pasir yang paling murah dan mudah didapati di kedai-kedai peliharaan haiwan. Umumnya, pasir kucing jenis ini tersedia dalam beberapa ukuran seperti 1 hingga 3 milimeter (mm).

Terdapat juga pihak yang menghasilkan pasir ini sehingga berukuran 5mm. Bagaimanapun, pasir berukuran 5mm ini tidak jauh berbeza dengan pasir zeolit 3mm.

Zeolit adalah sejenis mineral yang diproses dengan keliangan yang tinggi dan poros. Ia membantu menyerap ammonia dan bau najis kucing. Tidak hanya menyerap dan melekat tetapi memerangkap dan memegang punca bau najis haiwan kesayangan. Sumber zeolit boleh didapati dengan mudah di kawasan gunung berapi.

Pasir jenis ini dijual pada harga sekitar RM55 bagi paket 20 kilogram (kg). Pasir ini sangat popular dalam kalangan pembiak dan penyelamat kucing. Walaupun mampu menyerap bau-bauan yang kurang enak, pasir ini kurang efektif dari segi menyerap lembapan atau cecair dek kerana terlalu poros. Hanya penggunaan yang banyak mampu mencegah cecair bertakung di bawah permukaan kotak tandas.

Pasir tanah liat

Pasir ini adalah jenis yang banyak dijual dan disukai oleh pemilik kucing. Terdapat pelbagai jenama dan kuantiti pembungkusan yang tersedia di pasaran sekali gus memudahkan pemilik kucing untuk membuat pilihan. Selain buatan tempatan, pasir jenis ini turut diimport dari China, Jepun dan negara lain. Pasir ini tersedia dalam dua jenis utama iaitu pasir menggumpal berbau wangi dan pasir menggumpal tidak berbau.

Pilihan tentu saja terserah kepada pemilik kucing, namun sebagai panduan, pemilik harus ingat bahawa deria bau kucing amat kuat dan sensitif. Deria bau haiwan ini 14 kali ganda lebih baik berbanding manusia. Sebaik-baiknya gunakanlah pasir menggumpal tidak berbau bagi mengelakkan sistem pernafasan kucing.

Kelebihan pasir jenis ini adalah sesuai namanya iaitu pasir menggumpal, maka pasir ini akan menggumpal dan meresap cairan dengan baik. Apabila pasir ini terkena cairan, dengan sendirinya pasir tersebut akan menyerap cairan dan menjadi gumpalan, begitu juga ketika kucing membuang air besar, lembapan di sekitar najis akan menarik pasir dan terus menutupinya.

Ekoran fungsi pasir ini dapat menyerap cairan dengan baik, bau-bauan daripada najis si comel dapat dikurangkan secara automatik. Bagi mereka yang tidak punya masa dan kesempatan mengemas, mencuci pasir, maka pasir jenis menggumpal adalah salah satu alternatif yang menyenangkan. Hanya perlu membuang gumpalan pasir yang membaluti najis dengan kekerapan minimum dua kali sehari iaitu sebelum dan selepas balik kerja. Namun, baki pasir di dalam kotak tandas wajib ditukar dan bekas najis perlu dicuci seminggu sekali bagi mengelakkan bakteria membiak di dalam bekas tersebut. Dari segi harga, adalah berpatutan.

Kami menyarankan agar anda menggunakan pasir menggumpal tidak berbau. Bagaimanapun, sekiranya anda lebih sukakan wangi-wangian, kami sarankan anda jauhi bauan oren dan epal. Kombinasi bau najis si comel dan bau-bau ini akan lebih merengsakan rongga hidung kita dan si comel. Bauan yang kami sarankan ialah lavender, lemon yang tidak terlalu kuat, jasmin atau bau bedak bayi.

Pasir kristal

Kami turut menyarankan anda memilih pasir ini. Pasir kristal sangat bagus digunakan bagi memudahkan pemilik kucing membuat pemerhatian pada najis si comel. Walaupun tidak berwarna dan tidak menggumpal, namun ia mempunyai kadar serapan cecair yang tinggi sekali gus sebarang perubahan warna, bentuk dan abnormaliti pada najis dapat dikesan dengan mudah.

Selain itu, pasir kristal tidak berdebu, tidak berbau dan mudah digunakan. Pasir kristal juga mampu menyerap cairan sampai 40 kali beratnya. Bayangkan betapa jimatnya penggunaan pasir seharian. Bagaimanapun, pasir kristal agak kurang menjadi pilihan kerana harganya yang agak mahal. Satu pek 1.8kg sahaja sudah mencecah hampir RM20. Dari segi wang, mungkin kita akan terasa bebanan tetapi, jika bijak menggunakan pasir jenis ini, pengurusan kebersihan si comel di rumah akan menjadi lebih jimat, efisien dan cepat.

Sumber: Kosmo Online

Mosquito in the Al Quran

I like this article and impressed when Yusuf Chambers found about this little creature and please share with me what he said "The Mosquito, an ordinary little creature!!! ALLAH gives us its example in the Quran, to show us how this little creature has an extremely complicated nature

1- It is a female

2- It has one hundred eyes in it's head

3- It has 48 teeth in it's mouth

4- Inside it's little body there are three complete Hearts!!

5- It has six knives in it's nose and each knife has it's special use

6- It has three wings on each side

7- In the body of this insect is a digital X-RAY machine, which it uses to distinguish the human skin in the dark, in violet colour

8- It's body also contains a small vaccine working as a local anaesthetic to help it to insert its thorns in the human skin without any feel or pain caused by the suction of the blood

9- It has an instrument for blood testing, because it doesn't like all blood types!!

10- It has a special mechanism to speed up the blood flow so it can draw it faster!

AND the most strange discovery by Science is that there is another very small Microscopic Insect living on top of this Mosquito!!

AND that is what ALLAH means in the verse 26 of Surah Al-Baqarah: "Surely Allah is not ashamed to set forth a parable even of a mosquito or any thing above that;" (Quran 2:26)

19 December 2014

Sebakul Kiki

Rupanya bukan IMB sahaja yang sukakan bakul ini, Kiki juga sering terhendap-hendap untuk mencuba bakul ini. Sebaik sahaja IMB keluar dan berundur Kiki mencuba bakul tersebut. Lama juga dia menghidu dan mencuba bakul tersebut.

Dalam berwas pada... akhirnya dia terlelap juga.

Tidur sambil melentuk.