31 July 2014

Nini Dan Abang Adik

Si Nini dan abangnya Adik sedang nyenayk tidur tengahari. Maklumlah bilik tidur saya selesa apabila alat hawa dingin dibuka. Mereka ni memang pandai cari tempat tidur hinggakan kadang-kadang saya sendiripun tak dapat nak tidur.

Semasa Adik dan Baby kecil, katil inilah tempat mainan dia. Mereka jarang turun katil sehingga mereka besar dan pandai turun naik katil, itulah sebabnya mereka sangat selesa dengan katil ini.

30 July 2014

Itam Dah Diterima

 Ini adalah Itam, dia bukan keturunan Oky tetapi saya adopt dia sejak umur dia lebih kurang 3 bulan. Dia berkeliaran dan sukaruntuk cari makan kerana masih kecil. Zalim manusia yang buang dia.

Dah hampir sebulan saya adopt Itam. Selama seminggu lebih saya kurung Itam dalam kandang tetapi di letakkan di tengah-tengah rumah. Ini bertujuan untuk membiasakan kucing-kucing saya yang lain biasakan diri dengan bau Si Itam. 

Pada hari cuti atau Sabtu Ahad, saya lepaskan Itam bergerak dalam rumah dan saya perhatikan penerimaan kucing lain terhadap Itam. 

Alhamdulillah ada perubahan baik hanya Oky sahaja yang masih tidak dapat menerima Itam sebaliknya terlalu defensive mungkin bimbang anak-abaknya akan diapa-apakan oleh Itam. Itam dan Nina elok tidur bersama di atas katil saya.

Semoga mereka boleh hidup aman bersama-sama.

29 July 2014

Israel akui kehebatan pejuang Hamas

KECEKAPAN pejuang Hamas menggunakan terowong, perangkap samar dan penembak tepat, benar-benar menggerunkan tentera Israel di Genting Gaza.

Kepintaran taktikal bahari itu membuahkan hasil apabila puluhan askar Israel maut dan ada yang tekad membunuh diri.

Israel mengakui, senjata dan pengetahuan dibekalkan pejuang Hizbullah berjaya membentuk barisan hadapan yang mantap di kalangan pejuang Hamas.

Kira-kira enam hari lalu, selepas Israel melancarkan serangan darat di kubu kuat mereka di daerah Shejaia beberapa askar Israel dilaporkan cedera sehingga kawasan itu gagal dikawal jauh sekali untuk ditawan.

Serangan paling dahsyat tersebut menyaksikan asap menjulang ke angkasa dengan puluhan Iron Drone Israel memintas puluhan roket yang dilepaskan Hamas hingga daerah di sempadan timur Gaza lumpuh dan musnah sepenuhnya.

Bunyi dentuman letupan dan hujan roket serta api meriam bergema semalaman. Israel akui pejuang Hamas cekap. Sejak hari pertama, pejuang Hamas dikatakan sudah mempunyai taktik serangan yang strategik.

Kecekapan menggunakan rangkaian terowong rahsia dan meletupkan kenderaan tentera dengan alat kawalan jauh telah mengakibatkan lebih 30 askar Israel terbunuh. Jumlah ini adalah tiga kali ganda lebih tinggi ketika Perang Gaza pada 2008 hingga 2009.

“Briged al-Qassam membuat kejutan. Setiap hari, kami cuba menggagalkan ramal mereka dengan mengubah bentuk taktik serangan.

“Kami berjuang dengan cara bersemuka dengan musuh sebagai membalas dendam atas kematian para syuhada yang terbunuh setiap hari, “ kata seorang ahli kumpulan al-Qassam.

Pada konflik kali ini, pejuang Hamas melangkaui batas dalam serangan berbanding sayap pejuang kumpulan Jihad yang lain.

Mereka mempunyai aset pesawat, komando skuba dan askar nekad yang setia menjaga terowong rahsia untuk memerangkap askar Isarel.

Taktik penyamaran juga digunakan pejuang Hamas dengan memakai seragam penuh Israel namun mereka tewas apabila senapang Kalashnikov, M16s atau Tavor itu bukan menyerupai senapang yang digunakan Israel dalam peperangan ini.

Ahad lalu, Hamas membuat serangan paling merbahaya dengan memusnahkan terowong yang dipenuhi senjata dan perangkap samar yang di tanam di beberapa laluan strategik.

“Kami membina beberapa terowong rahsia untuk mengaburi dan bersembunyi dari musuh, “ kata jurucakap kumpulan itu.

Bagaimanapun, segala kegagalan itu disangkal oleh Israel menerusi laporan media Barat yang berat sebelah.

Israel dalam satu laporan menyebut kenderaan mereka dibedil akibat ledakan peluru berpandu dan bukannya diletupkan dengan alat kawalan jauh atau perangkap samar.

Bagi menggelakkan mereka malu, Israel mendakwa hanya seorang askar mereka terbunuh dan lainnya cedera ringan.

Tindakan ini dilakukan bagi menutup kegagalan tentera mereka dalam usaha menentang pejuang Hamas yang sebelum ini dilabelkan sebagai askar ‘penakut’ dan ‘bodoh’.

Jurucakap tentera Israel, Leftenan-Kolonel Peter Lerner yang berkali-kali membela imej askar Israel akhirnya akur bahawa terdapat peningkatan kemahiran ketenteraan di kalangan pejuang Hamas.

“Tentera kami cekap, bermotivasi dan berdisiplin. Kami telah bertemu dengan musuh paling hebat di medan perang.

“Kami tidak terkejut dengan kecekapan mereka kerana kami sudah tahu bahawa mereka telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan peperangan ini. Mereka sudah membina terowong rahsia ini sejak dua atau tiga tahun lalu, “katanya.

Gerakan bawah tanah

Pegawai tentera Israel berkata, pejuang Hamas sudah menggunakan segala kepakaran serangan seperti peluru berpandu, serangan hendap, menggunakan keldai dan anjing untuk melakukan serangan nekad.

“Serangan di Shejaia telah memecahkan rahsia kecekapan mereka. Kami percayai segala perancangan ini sudah dibuat sejak lapan tahun lalu berdasarkan laluan bawah tanah yang kami jumpai. Ia menakjubkan,” katanya.

Terkurung di wilayah yang mempunyai kepadatan penduduk 1.8 juta dan mempunyai jaluran kemiskinan dan pengangguran kira-kira 40 peratus, sudah tibanya penduduk Gaza bangkit bagi memecahkan segala sekatan Israel dan Mesir.

Bertitik tolak dari situ, pemimpin Hamas berharap matlamat tersebut dapat dicapai demi membebaskan penduduk Palestin dari jurang negara antarabangsa.

Semangat jitu pejuang Hamas untuk menentang kekejaman Israel pernah dilaporkan sebelum ini oleh agensi berita Reuters pada April lalu ketika mereka meninjau sendiri kesipuan seharian penduduk Palestin.

Menurut laporan itu, semua golongan muda dan remaja dibekalkan dengan ilmu pengetahuan mendalam tentang teknik gempuran dan serangan untuk menghadapi askar Israel.

“Kami melihat kumpulan pejuang remaja berada di dalam sebuah kelas dan belajar taktik pertempuran. Mereka juga melakukan latihan praktikal dan menyesuaikan diri dengan situasi peperangan melalui simulasi hujan mortar, teknik menyelinap ke dalam terowong untuk menyelamatkan diri,” memetik laporan itu.

Bukan kerugian besar

Dalam tempoh dua minggu ini, lebih 1,000 roket kebanyakannya buatan sendiri telah dilancarkan ke Israel sekali gus memaksa kumpulan pejuang menambah kapasiti persenjataan.

Penganalisis perang Gaza Adnan Abu Amer berkata, selain berjuang pemimpin-pemimpin Hamas juga memberikan mesej tersirat bahawa mereka mampu menghasilkan roket buatan Gaza dan masih juga menguji keupayaan roket buatan asing.

“Ini bukan satu kerugian buat Gaza tetapi satu pelaburan dalam menentang musuh yang kuat. Terdapat laporan bercanggah mengenai kerugian Hamas dari segi set pejuang.

“Israel mendakwa Hamas mempunyai 20,000 pejuang dan seramai 60 atau 70 syahid. Perkara ini tidak boleh menggambarkan sebagai satu kehilangan besar buat mereka,” katanya.

Seorang lagi penganalisis perang Charles Lister berpendapat, video yang diedarkan oleh al-Qassam benar-benar menunjukkan kekuatan aset persenjataan kumpulan itu.

“Penggunaan kereta kebal anti-peluru berpandu bersaiz kecil berbanding yang dimiliki Israel jelas menunjukkan kumpulan al-Qassam mempunyai sistem pertahanan perisai unggul,” katanya.

Ajaran Hizbullah

Ketika Gaza selama 22 hari, pejuang Hamas dan kumpulan sayap pejuang lain gagal melindungi wilayah Gaza. Ketika itu, hanya enam askar Israel dilaporkan terbunuh diikuti perang lapan hari pada 2012 dengan dua kematian tentera Israel dilaporkan.

Bekas askar Isarel Lerner berkata, sepanjang Intifada pertama dan kedua diikuti perang lapan hari pejuang Hamas kurang menyengat.

“Kebanyakan mereka adalah anggota baharu. Mereka mendapat pendidikan latihan ketenteraan dari Iran. Bentuk serangan banyak menyerupai taktik serangan dilakukan Hezbollah dan kami sudah dapat membaca segala pergerakan itu.

Ketika Intifada kedua pada 2005, seramai 12 askar Israel terbunuh dalam sehari dan itu adalah catatan tertinggi perdah berlaku dalam sejarah peperangan Israel.

Pegawai perisik Israel berkata, Syria, Iran dan Hizbollah adalah individu yang bertanggungjawab melatih pejuang Hamas dalam memperkenalkan taktik baharu seperti yang disebarkan di Internet.

Strategi Hamas menjadi

Taktik membina terowong sepanjang 1 hingga 7 kilometer, meletupkan terowong dan bersembunyi didalaminya adalah taktik yang tidak pernah terfikir oleh tentera Israel, menurut menganalisis perang Israel, Ehud Yaari.

“Kami sukar menjangkakan kewujudan terowong bawah tanah di Gaza. Ia adalah serangan paling digeruni kerana tiada sebarang tanda amaran. Strategi peperangan mereka sangat sistematik hingga menyukarkan kami untuk melakukan serangan,” katanya.

Taktik yang digelar ‘subterranean warfare’ ini adalah inovasi terkini dan kejayaan pejuang Hamas .

Selepas memperuntukkan bertahun-tahun dan jutaan dolar untuk membina terowong tersebut , Hamas layak untuk menempa kejayaan atas usaha itu.

“Hamas menggunakan kaedah serangan melalui bawah tanah. Serangan tersebut benar-benar memberi tekanan hebat kepada askar kami,” katanya.

Tidak kira apa juga taktik serangan dan kehebatan kedua-dua kumpulan ini, ada perkara yang lebih penting iaitu gencatan senjata perlu dilakukan segera oleh mereka.

Ketika sidang media hari ke-empat, pemimpin Hamas mengaku, peperangan ini adalah satu perkara sangat memeritkan buat mereka.

Namun, sebagai penduduk dunia, peperangan ini perlu segera dihentikan bagi mengelakkan lebih banyak nyawa melayang.

Sama ada Hamas atau Israel mencipta kejayaan dalam peperangan ini ianya kini bukan lagi sesuatu yang ingin dilihat.

Perkara lebih penting ianya harus diberhentikan segera kerana peperangan ini sudah menjadi peperangan jenayah kemanusiaan paling besar pernah dicatatkan di bumi Gaza.

More : Sukan Star TV
By : Sukan Star .com

28 July 2014

Si Kecil 6 Ekor ke Hospital Veteriner Cheras

Pada 24 Julai 2014 yang lepas saya membawa 6 ekor anak kucing saya untuk mendapatkan vaksin mereka.

Vaksin kedua untuk Zizi, Jiji dan Itam, manajala vaksin pertama buat Mimi dan Nini. Kiki tak dapat nak divaksinkan kerana dia masih lagi demam selsema.

Bila dah ramai dan berat masing-masing bertambah, saya merasakan sukar untuk urusan mobilisasi mereka. Itam saya letakkan dalam carrier pink, manakala budak 5 ekor tu saya masukkan dalam carrier balck tiger sais XL.

Bila dah letakkan 5 ekor dalam satu carrier dan berat badan mereka tak kurang dari 2 kg, saya hampir tak larat untuk mengangkat mereka. Tapi demi sayangkan mereka semua itu semua saya atasi dengan kepayahan.

27 July 2014

Selamat Hari Raya Aildil Fitri 2014

Selamat menyambut hari raya aidilfitri pada 28 Julai 2014. Bagi yang beraya di kampong berhati-hati ketika memandum saya doakan selamat dan perjalanan.

26 July 2014

Nota Perang Bekas Tahanan Perang German

Seorang rakyat Russia bekas tahanan perang Jerman menceritakan di dalam sebuah tulisan nota perangnya,

"Pada satu ketika kami dipaksa oleh tentera Jerman menggali sebuah lubang yang sangat dalam pada tahun 1941, selepas lubang digali seperti yang mereka mahu, mereka membawa sekumpulan orang Yahudi dan memasukkan mereka ke dalam lubang tersebut.

Kemudian kami disuruh untuk menimbus mereka (bunuh) lalu kami menolak perbuatan keji tersebut.

Kemudian mereka (Tentera Jerman) menggantikan tempat Yahudi itu dengan kami, dan menyuruh Yahudi pula untuk menimbus kami, lalu kumpulan Yahudi tersebut menimbus kami tanpa rasa ragu-ragu..!! sehinggalah hampir keseluruhan badan ditimbus, tentera Jerman mengarahkan supaya berhenti dan mengeluarkan kami.

Kemudian ketua tentera Jerman berkata; "Aku hanya ingin kalian tahu siapakah Yahudi sebenarnya, dan kenapa kami membunuh mereka.."

Sumber: Aman Pelastine.

24 July 2014

Kiki Demam Selsema

Dah hampir 2 minggu buah hati saya yang ini demam selsema, minggu ni nampaknya lebih teruk kerana setiap kali bersin pasti hidung dia berdarah. Sabtu lepas (19 Julai 2014) saya bawa dia jumpa doktor haiwan di Pandan Indah.

Bukan main mahalnya ubat dia 3 botol RM75.00 dan consultation fee RM25.00. Harap-harap Allah membantu untuk menyembuhkan Kiki. Kami dah berusaha dan kini hanya perlu berdoa sahaja. Sekarang ni dalam 2 jam saya akan basahkan kepala dan badan Kiki supaya panas badannya kurang sedikit. Agaknya dia ni tak suka nak minum itu yang menjadikan badan dia panas atau mungkin sebab dia suka duduk dalam bilik berhawa dingin jadi dia kurang air.

Lepas panaskan badan dia, Kiki masih lagi memanjat katil saya dan masuk ke dalam selimut ... mungkin dia rasa sejuk sebab badan dia dah separuh basah. Walaupun dia demam selera makan dan tabiat bermain masih tak kurang. Namun sikap manja dia bertambah sebab saya selalu dukung dia. Semoga Allah mengasihani kucing-kucing saya dan biarlah mereka semua sihat walafiat. Ameen.

22 July 2014

Dari Jendela - Tkt 10 KIP Desa Perwira

Foto-foto berikutnya diambil dari sebuah rumah di tingkat 10. Rumah tersebut adalah KIP Desa Perwira Taman Maluri Cheras. Rasanya bangunan yang tinggi tu adalah bangunan Baitulmaal.

Yang ni bangunan apa ya???

Masjid ini terletak betul-betul di hadapan KIP ini. Tetapi lalulintas di kawasan ini agak teruk sedikit.

Flat apa tu??

Jalanraya di antara masjid.dan KIP inimerupakan jalan raya yang sibuk setiap masa. Kenderaan sentiasa bertali arus. Walaupun nampaknya masjid dekat tetapi jalanraya mungkin jadi halangan tetapi KIP ini menyediakan sebuah surau yang selesa di dalam kawasan KIP.

Kelihatan gerai makan yang ada jual air kelapa dan mee goreng ... eeemmm sedapnya

Yang ini adalah padang sekolah di sebelah kiri KIP

Mungkinkah ini sekolah???? Sekolah apa ya

Cheras memang terkenal dengan kawasan yang padat dengan penduduk. Bangunan rumah dan pelbagai kemudahan ada di kawasan ni. Kalau tidak silap sekolah sahaja ada 4 buah.

Nun di hujung sana kelihatan KLCC yang berbalam-balam.

21 July 2014

Kami Dapat KIP Baharu

Pada 18 Julai 2014 yang lalu, Kontraktor yang membangunkan Kuarters Institut Perguruan Desa Perwira Taman Maluri, BPPA KPM dan SK2P JPWPKL telah mengadakan majlis ringkas untuk menerima KIP Desa Perwira ini.

KIP ini mengandungi 80 unit rumah penginapan dengan 10 tingkat. Di samping itu terdapat juga kemudahan lain seperti lif, surau padang permainan bersaiz kecil dan juga padang letak kenderaan.

Saya merakamkan kenangan di rumah tingkat 10. Rumahnya besar dengan 3 buah bilik tidur, 3 tandas, dapur yang siap dengan kabinet dan ruang tamu yang juga besar. Setiap tingkat mempunyai 8 ynit rumah.

20 July 2014

2014 Tahun Malang MAS Airline

Innalilla wainnalilla hirojiun. Dari Allah kita datang kepada Dia kita kembali. Astagfirullah halazim. Ya Allah ampunkan kami dan mudahkan urusan kami ini.

Pada tengah malam pada 17 Julai 2014 negara ini digembarkan dengan berita buruk yang menimpa sebuah pesawat MAS iaitu MH17 yang terhempas kerana ditembak jatuh dengan peluru berpandu di ruang udara Ukraine. Tembakan dipercayai dilepaskan oleh tentera pemisah yang pro kepada Russia.

Bukan sahaja Malaysia terkejut dengan kecelakaan ini, sebaliknya semua dunia seakan dikejutkan dengan keganasan yang dilakukan oleh sebuah negara besar iaitu Russia. Pada pandangan saya sangat mustahil sekumpulan pemberontak yang tidak mampu mengadakan pakaian seragam untuk anggota kumpulannya mampu mempunyai senjata yang sofistikated seperti yang menembak MH17 jika ianya bukan disalurkan oleh kuasa besar.

Wayang yang sedang dan makin pelik berlaku di sana. Pada awalnya tentera pemisah pro Russia meraikan kehancuran pesawat tersebut kerana menyangkakan ianya adalah pesawat Ukraine tetapi apabila mereka mengetahui bahawa pesawat yang mereka tembak adalah pesawat Malaysia cepat-cepat mereka menarik balik siaran yang telah dilakukan di atas talian negara mereka. Mereka telah merancang untuk menimbulkan kemusnahan terhadap insan yang tidak berdosa walaupun pada awalnya sasaran mereka adalah kepada Ukraine.

Apapun terjadi secara peribadi saya tidak mungkin menyalahkan Malaysia apatah lagi MAS dalam kejadian ini. Yang berlaku adalah atas kehendak Allah swt. Bagi keluarga mangsa saya menyampaikan takziah dengan berdoa agar mereka sentiasa tabah dan redha dengan kehendak Tuhan. Kepada keluarga yang beragama Islam kita sama-sama doakan semoga ahli keluarga yang menjadi mangsa ditempatkan oleh Allah bersama-sama dengan kekasih Allah.

Kepada MAS, tahun ini memang tahun musibah dan kedua-dua insiden yang berlaku iaitu MH370 dan MH17 bukannya kesalahan MAS sebaliknya adalah disebabkan oleh pihak ketiga. Tetapi terimalah takdir ini dengan hati yang terbuka dan susun semula langkah pro aktif yang perlu diambil bagi mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan MAS.

Kepada Kerajaan, pada saya ini adalah isyarat yang Allah swt hantar untuk melihat semula apa yang telah berlaku dalam pentadbiran negara. Toleh belakang dan perhatikan apa yang kita dah lakukan dan apa yang tidak kita lakukkan, adakah ianya mengikut lunas-lunas Islam.

Saya mendoakan sekali lagi semoga selepas ini Kerajaan Malaysia, MAS dan keluarga mangsa pulih dari isu atau masalah yang sedang dihadapi.

19 July 2014

Dari Jendela - SMK Orkid Desa

Foto ni saya ambil dari Tkt 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Orkid Desa Cheras. Sekolah baru dengan ciri-ciri baru dan memecah tradisi di mana sekolah ini disediakan 2 blok yang tingginya 7 tingakt dan satu bloh pentadbiran 3 tingkat.

Dah tinggi tentunya lif disediakan untuk para pengguna. Yang menjadi persoalan adakah pengguna dapat menjaga kemudahan awam seperti lif yang sangat mahal penyelenggaraannya dengan baik. Sekoleh ini perlu mengadakan program anti vendelism.

Di hadapan sekolah masih ada pembangunan yang sedang dilakukan antaranya pembinaan kondominium.

18 July 2014

Maknanya Doa Qunut Nazilah

Sekarang ni saudara-saudara kita di banyak negara sedang dianiaya, diserang dan diseksa oleh manusia-manusia yang kejam, zalim dan tidak bertamadun. Apa yang mampu kita lakukan dan tanpa dikenakan bayaran adalah membisikkan doa qunut nazilah ini dengan hati yang penuh insaf dan mohon Allah mempercepatkan hukuman kepada mereka tersebut. Jika kita tak faham dalam bahasa Aran makanya bacalah maknanya di bawah:

Ya Allah kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka

Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Cengkamkan anjing-anjing Mu kepada mereka

Ya Allah yang Maha Memaksa
Ya Allah yang Maha Perkasa
Ya Allah yang Maha Membalas

Ya Allah Ya Allah Ya Allah
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka..!! Kalahkan mereka..!! Kalahkan mereka..!!
Dan kurniakan kemenangan untuk kami.

Whai saudara-saudaraku mohon diteruskan berdoa untuk saudara seislam kita di seluruh dunia ... dan percayalah bahawa kemenangan akan berpuhak kepada kita sekiranya kita ikhlas dan menyerah diri kepada Allah swt. Mohon agar kita bersama akan menjadi para mujahideen.

Hasbunallah wani'mal wakiill La Hawla Wa La Quwwata illa Billah

Kursus Team Building - Modul Air

Acara air merupakan salah 1 acara yang di kursus ini. Acara diadakan di kolam renang kem ini yang bersaiz kolam renang olimpik besar dan dalam.

Ada beberapa acara yang dilakukan dan hampir semua agak mengelikan hati... saya tidak terlibat dengan acara ini tetapi sungguh terhibur apabila melihat beberapa orang pegawai bersungguh-sungguh untuk menang. Tinggi betul semangat mereka untuk memastikan kumpulan masing-masing mengatasi kumpulan lain.

Yang paling tak disangka mantan Pengarah Pendidikan kami yang juga mantan Pengarah Pendidikan Selangor juga tidak ketinggalan turun menyertai acara ini. Beliau sungguh sporting dan tidak ada protokol apabila acara melibatkan peserta.

Saya bersama staf saya Hairani yang juga seorang urusetia kepada Kursus ini hanya mampu menonton sahaja. Teringin menyertai tapi saya takut air, takut tenggelam.

Cif Sazali juga salah seorang urusetia dan dalam kumpulannya dia menjadi anchor, nampak sangat letih.

17 July 2014

Catatan Perjalanan - RMIT Melbourne Australia

Bergambar kenang-kenangan di pintu belakang kelas kami semasa di RMIT. Rasanya sekarang ni mesti dah banyak berubah. Maklumlah kursus yang saya hadiri ni pada musim sejuk tahun 2000 dah 14 tahun berlalu. 

Malahan Melbourne pun mesti dah berubah sangat... tiba-tiba teringin pulak nak ke sana kembali untuk menyorot kenangan lama bersama kawan-kawan.

Memang benar kata-kata peminat berfoto bahawa the photographs are speaking on their own words

Bila musim sejum semua pokok-pokok hidup pada tahap minimum kerana semua daun gugur. Tetapi apabila musim bunga dan panas pokok-pokok ini akan kembali bertunas baru dan berdaun lebat.

RMIT bersebelahan dengan Old Gaol iaitu penjara lama dan rasanya ada bangunan gaol yang menjadi ruang utuliti RMIT. Bergambar ramai-ramai selepas konvo. Rasanya ada kawan-kawan saya ni yang dah meninggalkan kami buat selama-lamanya.