Setiap daripada kita akan mengakhiri perjalanan kita ini... itu sudah pasti..., sehingga kini kita sendiri tidak pernah berjumpa dengan mana-mana manusia yang hidupnya lama. Semuanya akan kembali kepada pencipta kita.
Cuma kita tidak tahu bilakah tarikhnya perjalanan akhir kita itu. Perjalanan ini tidak memerlukan duit tambang untuk membeli tiket penerbangan atau tiket bas. Kerana orang yang menyayangi kita sendiri akan menghantar kita ke tempat kita akan bersemadi selamanya.
Walau bagaimana sayang sekalipun keluarga dan sahabat handai kita terhadap diri kita, mereka tidak akan membenarkan kita tinggal lama bersama mereka apabila ruh bercerai dengan jasad. Oleh yang demikian maka kita akan menyertai manusia yang sewaktu dengan kita untuk menginap di Taman Barzah.
Suka atau tidak kita akan tinggal sendirian di rumah baru yang berukuran 6x6x3 dan di sinilah kita tinggal sehingga Allah memanggil semua manusia untuk bangun kembali dan berkumpul di Padang Masyhar yang panas serta sesak.
Selepas kita dimasukkan ke dalam liang, mereka tutup lubang liang dan kegelapanlah kita di situ. Hanya amalan serta Al-Quran yang akan menjadi teman, itupun sekiranya kita menjadikan kebiasaan membaca Al-Quran semasa hidup. Dapatlah amalan dan jejaka handsome bantu kita dari diseksa oleh Malaikat Mungkar dan Nangkir (MN).
Ramai yang menceritakan apabila 7 langkah orang terakhir meninggalkan Taman Barzah, maka datanglah sidia itu (MN). Agaknya itulah saat yang paling suspen dalam kehidupan di alam barzah. Selepas itu mulalah sesi soal jawab, agak-agaknya dapat ke kita menjawab semua soalan MN dengan lancar dan jakin. Subhanallah... semoga Allah membantu kita hendaknya.
Akhirnya tinggallah kita sendirian, tiada gelak tawa untuk menceriakan kita di bawah sana. Kalau baik amalan kita di dunia, maka pusara ini menjadi syurga dunia kita sementara menunggu akhir zaman. Tetapi sekiranya buruk amalan kita... maka lubang kubur ini menjadi tempat seksaan sehingga manusia dibangkitkan semula, lamanyaaaaaaaaaaaa.
Jika ada zuriat dan sahabat handai yang teringatkan kita, mungkinkah mereka datang untuk mendoakan atau mensedekahkan ayat suci untuk kita... sekurang-kurangnya dapat meredakan seksaan jika masa itu kita sedang dihukum.
Ya Allah ya Rabbi.... mudahkanlah urusan sarakalmautku, mudahkanlah urusan penyelenggaraan dan pengkebumiaanku, mudahkahlah urusan alam barzahku dan mudahkahlah urusan ku di hadapanmu nanti. Amin.
No comments:
Post a Comment