Showing posts with label Ainee. Show all posts
Showing posts with label Ainee. Show all posts

22 December 2015

Catatan Perjalanan: Haji Tahun 2015 - Persiapan Pergi

Alhamdulillah tahun ini sekali lagi saya dapat menunaikan fardu haji buat kali ke2. Kali ini saya pergi bersama dengan adik bungsu saya Hjh Ainee yang merupakan ibadat hajinya yang pertama. Saya dan Ain menerima surat tawaran sebagai bakal jemaah haji tahun 2015 pada Disember 2015. Tabung Haji (TH) memberikan masa lebih kurang 2 minggu untuk menjawab dan mencukupkan duit dalam TH. 

Jadual penerbangan kami telah ditentukan pada 4 September 2015 dan sehari sebelum itu Ain dan saya mengambil cuti untuk berkemas-kemas. Bukan saya dan Ain saja yang sibuk untuk berkemas rupanya budak-budak meow juga sibuk. 

Tuah Fitrilah yang paling seronok berlari dan melompat apabila barang-barang diangkat dan diletakkan di atas lantai dan di dalam beg. Bergolek-golek dan menyorok-yorok dicelah-celah barang. Memang perangai kucing macam tu.

Manakala Acik lebih suka duduk dalam beg dan mengeluarkan pelbagai barang yang dah disusun rapi menjadikan beg tak terkemas. Sehinggakan ubat Asthma saya pun tertinggal.

Bujang dan Tuah sama-sama menyebok membuatkan saya dan Ain sukar untuk mengemas, tapi melihatkan foto-foto ini menjadikan ianya satu kenangan yang indah. Untuk ke mana-mana sekali pun persiapan pergi yang paling seronok, ikut hati semua nak dibawa, tetapi padahnya kita sendiri yang akan penat bawa beg yang besar. Saya dan Ain bawa beg yang kecil bagi memudahkan pergerakan kami. Lagi pun perjalanan ini adalah perjalanan ibadah, tak banyak pakaian yang diperlukan hanya 4 helai jubah, seluar panjang dan 2 pasang baju tidur. 5 pasang setokin dan pakaian dalam yang mencukupi. Lagi pun duduk di hotel kemudahan dobi atau untuk basuh pakaian sendiri disediakan. Alangkah baiknya jika semua hotel yang disewa oleh TH menyediakan perkhidmatan mesin basuh secara token. 

15 September 2014

Selamat Ulang Tahun Kelahiran AIn


Ain, selamat menyambut ulang tahun kelahiran. Untung Ain setiap tahun seluruh rakyat Malaysia bercuti kerana secara kebetulan juga hari tersebut adalah hari Malaysia. Pada hari tersebut juga adalah hari Ulang Tahun ATM. 

Semoga Ain dan keluarga diberikan keberkahan oleh Allah swt, dipanjangkan umur dengan rahmat dan berkat, dimurahkan rezeki yang halal dan kebahagian di dunia dan di akhirat. 


16 September 2013

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Adikku Ainee


Selamat menyambut Ulang tahun Kelahiran Ain, akak doakan agar Ain sentiasa di dalam keredaan Allah, di bawah lindungannya. Dimurahkan rezeki, diampunkan dosa, diberikan kesihatan yang cemerlang, didorongkan kerjaya yag terbaik dan paling utama semoga ditingkatkan iman.

Selamat maju jaya.

18 September 2012

Lunch Calebrate Birthday AIn Di Jom Bali

Tidak ada hadiah yang istimewa yang saya berikan kepada Ain sempena harijadi dia pada 16 September ini. Saya menyambut ulang tahun hari lahir dia awal sehari iaitu pada 15 September 2012 memandangkan pada keesokan harinya iaitu pada 16 September Ain dan Amir akan bertolak balik ke Tampin.

Kali ini emak tidak dapat datang sama kerana emak menghadiri kenduri Azmee untuk menunaikan ibadat hajinya. Azmee akan bertolak ke Mekah pada 24 September ini nanti. Semoga segalanya berjalan lancar dan harap Allah mengkurniakan haji yang mabrur untuk dia. Kalau tidak silap tahun ini adalah haji akbar. Untungnya.... 

Seawal jam 10 pagi saya, Ain dan Amir telah berada di Carrefour Wangsa Maju. Mula-mula kami membeli buku untuk Amir dan kemudian saya belanja Ain untuk mengurut kaki di Manjakaki. Selepas itu kami menjamu selera di Jom Bali untuk makan tengahari.

Amir sedang menikmati Mee Goreng Ketamnya dan ABC dia sudah menunggu. 

16 September 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Untuk Adikku AInee

Selamat menyambut hari ulang tahun Ain yang ke ??? tentunya rahsiakan.


Yang sebenarnya Ain menyambut hari ulang tahun dia di KL. Tak banyak yang saya boleh hadiahkan kepadanya hanya memanjakan kakinya di Manjakaki Wangsa Maju dan makan tengahari di Jom Bali.

01 January 2011

Alhamdulillah Selamat Sampai

Lebih kurang jam 12.15 tengahari aku sampai di rumah adik aku, Ain di Tampin. Ain dah siap masak, aku yang memang belum makan breakfast apa lagi makan dengan sesedap rasanya. Ain masak lemak cili padi, itu yang terangkat.

Selepas makan, aku dan emak bertolak balik ke rumah kami di Felda Bukit Senggeh, dalam Daerah Jasin, Melaka. Kami di rumah lebih kurang jam 2.30 petang.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan keselamatan saya tadi.