23 August 2012

Pokok Zaitun Ku

Inilah dia pokok zaitun (olive tree) saya, sudah 5 tahun saya tanam pokok ini dan baru sekali dia berbuah. Pokok ini datangnya dari Itali yang di bawa masuk oleh seorang kawan saya. Pada mulanya saya sendiri bercadang untuk membeli sebatang pokok olive semasa saya bertugas di Nice, France tetapi prosedur untuk membawa keluar dari France dan membawa masuk ke Malaysia agak sukar dan cerewat, jadi hasrat saya saya pendamkan sahaja. Selepas itu saya ditugaskan ke Itali selama seminggu dan saya menzahirkan hasrat saya kepada seorang rakan sekerja di Itali untuk menanam pokok olive di rumah saya di KL, dia berjanji untuk mengusahakannya dan membawanya ke KL nanti semasa mesyuarat yang akan datang. Dan inilah dia olive tree yang sangat saya sayang dan saya berhasrat untuk menganti pasunya kepada pasu yang lebih besar nanti. Saya juga pernah ke Grasse, France dan melihat sebatang pokok olive ditanam di dalam pasu besar dan berbuah lebat.

Kalau kawan-kawan nak tahu, olive tree ni boleh bertahan sehingga seribu tahun.... jadi saya harap pokok olive saya ni akan dijaga dan dirawat oleh keturunan saya nanti selepas ketiadaan saya.


16 comments:

halaman-bumihijau.blogspot.com said...

salam..kalau tuan ada lebih benih pokok zaitun nih boleh jual ngan saya kot..:)

halaman-bumihijau.blogspot.com said...

as salam..kiranya ada lebih benih pokok zaitun boleh ke tuan jual dengan zaya..:)

Unknown said...

Waalaikumusalam saudara Zairee, setakat ni saya sendiri pun tidak tahu cara untuk membiakkan pokok ini. Melalui benih saya kurang pasti, tetapi mungkin kah ianya boleh ditutkan. Saya cuba tanya nanti.... tapi tak janji

halaman-bumihijau.blogspot.com said...

rasa ok kot..kalau boleh nanti tuan britau la saya yer...tq

Unknown said...

Insyallah akan diusahakan nanti.... saya akan hubungi tuan ...

halaman-bumihijau.blogspot.com said...

kalau tuan layari abdulwahabarbain.blogspot..tuan punya pokok ada membuat kaedah tut pada pokoknya..:)

Unknown said...

Insyallah saya akan layarinya dan makasih atas infonya itu.

Unknown said...

Assalamualaikum, nampaknya saya tak dapat nak hasilkan cantasan pokok zaitun ini. Kena belajar lagi... insya Allah

arthassan said...

salam. sy nak pokok zaitun.. awk boleh x sruh kwn awk 2 bwk msk dlm malaysia lg..

Unknown said...

Mula-mula nak minta maaf, sebelum ni pun En zairee pernah minta juga dan saya gagal untuk totkannya. Kegagalan sebab saya tak pandai nak buat.

Kini saya dah tak bertugas di Kementerian kewangan, jadi saya dah tidak berurusan dengan OEM dari France ataupun Itali. Tapi kalau saya terjumpa wakil mereka di sini saya akan cuba tanyakan, tapi janganlah terlalu mengharap.

♥MALIN♥ said...

Salam. Harap adnee boleh msg sy di 012-253 9195 a.s.a.p Ada nk tanya berkenaan pokok zaitun ni. Tq =)

♥MALIN♥ said...

Salam. Harap adnee dpt msg sy di 012-253 9195 ada benda sy nk tny berkenaan pokok zaitun ni. Tq =)

adbas06 said...

saya pun nak jua pokok atau keratan pokok zaitun. berusaha untuk menanamnya.

Anonymous said...

Kalau dari blog ni. pokok zaitun boleh ditanam dengan keratan batang.

http://animhosnan.blogspot.com/2013/04/pokok-zaitun-part-2.html

Unknown said...

Salam.... siapa berminat untuk mendapatkan anak pokok zaitun boleh whatsapp saya 0132071229....

Cikgu Nik said...

salam,saya sangat berminat dengan pokok zaitun...kalau ada benih pokok ni tolong bagitahu ya..saya nak beli.atau ada x link untuk saya import pokok ni?