20 December 2011

Ariff Alfian Memalukan Bangsa Melayu dan Agama Islam

Baru-baru ini seluruh negara dikejutkan dengan berita tentang perkahwinan sama jenis yang melibatkan seorang pelajar negara kita Ariff Alfian Rosli dengan pasangan sumbangnya Jonathan di Dublin, Ireland. Pelajar ini ditaja oleh Petronas Malaysia. Ariff mulanya telah dilaporkan hilang selama 3 tahun oleh keluarganya.

Seperti juga dengan keluarga yang lain, keluarga Ariff juga mempunyai harapan yang tinggi terhadap beliau supaya pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang doktor dan berkhidmat pada bangsa, negara dan agamanya. Walaubagaimana pun harapan ini hancur musnah apabila keluarganya mengetahui dia telah berkahwin dengan seorang lelaki gay.

Petronas tidak mendiamkan diri, melalui Berita Harian semalam (seperti di bawah) telah menamatkan tajaanya kepada Ariff dan kini dia menghadapi tuntutan mahkamah oleh Penajanya kerana gagal menamatkan pengajian dan perlu membayar balik sebanyak RM890,000. Yang sedihnya sekiranya Ariff tidak membayar tuntutan tersebut, mengikut undang-undang bapanya yang sedang sakit yang juga merupakan penjamin pertama terpaksa membayarnya.


Setelah perkara seperti ini berlaku betul-betul di batang hidung kita, apa negara kita buat??? saya sangat berharap agar cerita Ariff ini dipandang sebagai penghinaan dan memalukan bangsa Melayu dan agama Islam. Bukan itu sahaja pengajaran yang kita boleh ambil, terutamanya kepada ibu bapa perlu menyedari bahawa didikan agama kepada anak-anak bukan bermula apabila mereka telah dewasa, sebaliknya semenjak mereka kecil lagi. Untuk memupukkan rasa sayang kepada agama sekaligus sayang kepada ibubapa, bangsa dan negara, anak-anak perlu ditanamkan kepercayaan yang kuat bahawa Allah sentiasa bersama mereka walau di mana sekali pun, walau berjauhan dari ibu bapa dan keluarga tetapi Allah ada dekat dengannya.

Dari pandangan yang lebih luas, kita perlu bersama-sama membenteras apa yang cuba dibaw oleh Ambiga dan kuncu-kuncunya... perangi mereka sehabis-habisnya, pada saya jika laknatulallah ini berjaya nanti, banyak Ariff yang lahir di bumi bertuah ini. Telah tertulis dalam sejarah dunia dan dalam Kitab Allah (Al Quran) bangsa yang lebih hina dari binatang ini akan dimusnahkan Allah seperti yang terjadi pada bangsa Nabi Lut dan di Pompei, Itali. Nauzubillah. Semoga Allah memelihara Malaysia.

Berita Harian: PETRONAS tamat taja Ariff Alfian
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/12/20

KUALA LUMPUR: PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009.

PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.
“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.

“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland.

Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.
“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.

“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu.

No comments: