21 May 2014

Beberapa Ayat Dalam Surah Al Kahfi Hilang????

Hari ini saya terima 2 maklumat mengenai ayat-ayat dalam surah AL Kahfi telah hilang. Maklumat pertama berlaku di Malaysia manakala 1 lagi berlaku di Kilang Mencetak Al Quran di Arab Saudi. Kejadian yang benar-benar berlaku  di SMK Muadzam Shah pada waktu Maghrib tadi ketika pelajar sedang dalam sesi bacaan Al-Quran tiba-tiba awal ayat surah Al-Kahfi hilang.

Kisah ke2 adalah maklumat dari seorang jemaah yang baru pulang dari mengerjakan umrah. Semasa jemaah umrah Syeikh di bawa ke kilang percetakan al Quran King Abdullah di Madinah. Salah seorang syeikh yang bertugas sebagai pemantau penyusunan al Quran memberitahu akan maklumat rahsia yang amat mengejutkan.

Syeikh tersebut memaklumkan setiap kali mesin cuba mencetak surah al Kahfi, pasti ada surah yang terpotong dan hilang sedangkan surah yang lain kemas dicetak. Bila diimbas melalui komputer, tak pula berlaku kes lupa taip surah al Kahfi.Tetapi apabila mesin cuba cetak, seolah-olah mesin tersebut pandai membuat potongan sendiri pada surah tersebut. Persoalannya kenapa pada surah al Kahfi..? Dan ayat yang hilang tersebut adalah ayat ke 100-110, iaitu ayat/ doa pelindungan dari fitnah Dajjal!!.. Allahu Akbar, adakah ini pesanan penting dari Allah SWT..? atau sekadar kesalahan mesin cetak..?.Sudah tentu tidak berlaku dgn sengaja sedangkan kilang percetakan al Quran King Abdullah adalah kilang al Quran yg terbaik di dunia. Mereka yg rasa mesej ini penting dr Allah SWT maka fikir2kan bersama. Mulailah kita semua membaca dan menghafal AL Quran setiap hari, pagi atau malam MESTI baca surah al kahfi ayat 1-10 dan 100-110. InsyaAllah, Allah bantu orang yang mengamalkannya. InsyaAllah, lama lama (setelah diamal baca) kita boleh nenghafaznya.

6 comments:

Unknown said...

Allahuakbar

Unknown said...

Jgn main2...

Unknown said...

Jangan main2...

Unknown said...

Jgn main2

Anonymous said...

Jgn main2

Unknown said...

Memang saya pun pernah terbaca dan mendengar ceramah bahawa nanti di akhir tahun, huruf-huruf dalam Al Quran akan hilang. Saya tidak pasti sama ada hilangnya secara fizikal atau hanya sebagai perumpamaan di mana nanti Al Quran tidak akan dibuka dan dibaca.

Tetapi dengan kejadian ini, menimbulkan rasa bimbang dan semoga menjadi peringatan kepada kita. Semoga Allah swt memelihara kita dan membimbing kita di landasan yang betul.

Bukalah Al Quran kalau pun tak berhasrat nak membacanya.