03 November 2010

Masa dulu-dulu.............


Ini adalah foto aku dan keluarga. Semasa foto ini diambil, umurku lebih kurang 9 tahun. Yang aku ingat kami ambil foto ni, masa kami baru berpindah dari Kem Terendak ke Kem Sikamat Seremban.

Foto ini pulak diambil semasa Hari Raya Aidil Fitri, kami bersama keluarga yang besar termasuk, moyang, atuk, nenek, mak dan bapa saudara, kakak dan abang saudara dan sepupu. Masa ini aku hanya 3 beradik sahaja. Adikku Azmee dan Ainee masih belum lahir lagi. Kalau pandai agak-agak mana aku??????????? tentu yang paling comel... betul tak.


Foto di sebelah kiri diambil sempena Hari Raya Aidil Fitri, tak ingat tahun bila, bersama dengan keluarga Mak Lang saya, iaitu adik emak.




Gambar di bawah diambil di Pantai Port Dickson semasa perkelahan yang dianjurkan oleh Kem Tentera Tanjung Kling, Melaka. Banyak bas yang digunakan untuk membawa kami. Gambar ini dah rosak dan tak berapa jelas. Gambar saya dan adik-adik dengan emak tetapi Adnan tak ada, yang sihat sebelah kiri gambar adalah Dak Jas anak Pakcik Sulaiman dan Makcik Norliah - mereka orang Kampong Air Molek. Mana dia agaknya.

7 comments:

TehLimau said...

ahaha..mama comei....^_^

Unknown said...

Apalah abang ni, tak kan mama je yang comel, kami-kami ni tak comel ke... cuba abang tengok pak cik kan comel jugak.

Azmee Hj Ahmad said...

salam kak deni, gambar pertama semasa kita kat kem sikamat, umor kak deni bukan 9 thn, umor pada masa tu 11 tahun. ena pada masa tu umor 7 thn (darjah 1 di KGV). Gamabr bersama keluarga maklang tu, tahun 1969, kita masa tu duduk kat tanjung kling.

Unknown said...

Itulah mie, akak dah lupa.. rasanya memang gambar tu ambik bila kita dah ada kat Kem Sikamat. Itu je gambar nostalgia yang akak ada.

Wali Macap said...

Pak Lang tak kisah, siapa comel dan siapa tidak... yang penting siapa nampak bijak... sebab tenguk dari fizikal.... besaunya kepala... bermakna besarnya keupayaan seseorang itu berfikir....hanya dengan adanya otak....

Wali Macap said...

Salam, masih lagi dalam percubaan...

Wali Macap said...

Salam Kak Deny, ena rasa ena setuju dengan Zmee, pada masa tu ena dah darjah 2 dah sekolah yang sama...