05 December 2011

Kenangan : Semasa di Bahagian Bekalan, MinDef

Semasa membelek-belek folder gambar, saya terjumpa dengan 3 keping gambar lama semasa saya bertugas di Bahagian Bekalan (nama lama bagi Bahagian Perolehan) Kementerian Pertahanan. Gambar-gambar ini diambil di dalam Bilik Mesyuarat Permata dan kalau tak silap saya selepas Mesyuarat Pengurusan dan sempena dengan perjumpaan Hari Raya Aidil Fitri, tahun berapa saya dah lupa. Tapi mungkin dalam lingkungan tahun 1989 hingga 1991.

Biasanya kami jarang dapat berkumpul sebegini hanya apabila menghadiri Mesyuarat Pengurusan Bahagian sahaja. Antara yang kelihatan dalam gambar ini adalah Tuan Haji Raja Mohamad, Encik Hamdan, Wan Zakiah, Encik Md Radi Ghani (Orang kampong saya), Encik Ghani yang pernah menjadi bos saya, Encik Shahrudin dan beberapa orang pegawai lagi yang saya sudah terlupa namanya.


Bila melihat gambar ini baru saya teringat kepada sahabat-sahabat lama, tertanya-tanya saya pada diri sendiri di manakah agaknya mereka-mereka ini, entah masih hidup atau ada yang telah menyahut panggilan Illahi agaknya.

No comments: