18 December 2011

Tarikh Masihi dan Waktu Pemergiaan Ayah Pulang Kepada Penciptanya

Tarikh hari ini (18 Disember)dan lebih kurang masa ini (jam 8.30 malam), pada tahun 2008 yang lalu, ayah yang sangat kami cintai telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Nafas terakhirnya adalah semasa azan isyak dari Masjid Al Azim Melaka masih berkumandang. Telah dituliskan di dalam Loh Mahfuz bahawa ayah hanya akan menumpang di dunia ini selama 71 tahun sahaja. Tetapi bagi kami rasanya masa itu terlalu singkat dan rasanya ayah patut bersama kami hingga kini. Tetapi siapa kita untuk tentukan sesuatu.

Perginya ayah telah membawa semangat kami sama kerana kami tidak pernah berpisah dengannya sejak kami dilahirkan, hanya perpisahan sementara kerana tugas masing-masing. Kini yang tinggal pada kami hanya kenangan dan gambar-gambar lama untuk kami menghilangkan rasa rindu sementara menunggu masa dijemput Allah untuk bersama dengan ayah. Kami percaya ayah juga tertunggu-tunggu kami ahli keluarganya untuk bersama berjumpa dan hidup dalam satu keluarga di tempat yang paling indah dan sempurna di sana.

Khas untuk ayah, setiap hari, setiap kali selepas solat dan sebelum masuk tidur doa dipanjatkan ke hadrat Illahi supaya disampaikan kepada ayah. Tidak lupa juga kami mensedekahkan sesuatu untuknya. Semoga ayah aman, tenteram, nyaman di sana, itu sahaja yang boleh kami berikan untuk ayah. Kami mohon kepada Allah dikurniakan tempat rehat ayah yang terbaik kerana ayah seorang insan yang sangat baik di dunia ini. Bila tiba masanya kita akan berjumpa lagi...... insyallah

2 comments:

Azmee Hj Ahmad said...

Bila melihat wajah ayah, rasakan baru semalam bercakap denan dia. Dah hampir 4 tahun (18 Dis 2012) Ayah meninggalkan kita dan dunia yg fana ini... namun ayah sentiasa dekat dgn kita. Semasa di tanah suci... saya sentiasa berdoa agar ditemukan saya dgn ayah samada dalam mimpi maupun secara maya... namun tidak berlaku. saya yakin bahawa ayah tenang berada di sana.. Ya Allah, kau ampunilah ayah dan ibuku.. kau tempatkan lah ayahku dikalangan org2 yg beriman dan kau berikanlah ketenangan dan rahmat serta rahmatmu kepada ibu, kakak Deni, Bang Denan dan keluarga, Zeman dan keluarga serta Ain dan keluarganya... juga kepada aku sekeluarga, ameen

Unknown said...

Memang benar sekali Mie, akak pun selalu berharap agar dapat bertemu dengan ayah sekejap pun jadilah sebabnya dah terlalu rindu pada ayah, nasib baik kita ada ambil banyak gambar ayah bolehlah memandang dia dan mengenagkan semula apa yang ayah suka. Semoga Allah memakbulkan semua doa-doa Mie semasa di tanah suci yang lepas. Ameen