30 March 2015

Selamat Sampai KL

Puan raja dan Puan Yusmah nampak sangat gembira semasa kami baru memulakan perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur setelah tamat Retreat kami di Mahkota Hotel.

kami sempat singgah di R&R Air Keroh untuk membeli sedikit minuman dan kudapan. Puan Yus belanja kami cendol. Amboi Puan Raja sedangnya menyedut cendol!!!

Tenang mendoakan keselamatan kami semasa dalam perjalanan.

Acik Semakin Gebu

Acikku sayang, buah hati saya yang terkecil. Pandai bawa diri, tak suka dipegang dan manja. Saya ambil dia semasa dia masih lagi kecil agaknya dalam usia 1 bulan. Badan kecil dan kurus, telinga, hidung dan kuku berkurap.

Semasa dia bergelandangan, dia selalu dikejar kucing besar dan semasa saya ambil dia, Acik sudah kehilangan suara. Hairan sungguh suara dia masih belum pulih walaupun sudah 3 bulan bersama saya.

Dia makin gebu dan cantik. Dia makin nakal dan aktif. Saya suka tengok dia bermain sendirian bersama dengan ekor dia. Berpusing-pusing Acik mengejar ekor dia yang kembang tu.

Semoga kesayangan saya ni diberikan kesihatan dan umur yang panjang oleh Allah swt. Syukur kepada Allah kerana menghantar Acik ke depan rumah saya pada suatu masa dulu.

29 March 2015

Novel: Hijab Sang Pencinta - RAM


Novel ini adalah novel ke 3 dalam Siri Novel Bagaikan Puteri yang dinukilkan oleh RAM. Saya selesai membacanya pada 28 Mac 2015 yang lalu. Melaluinya maka terjawablah tandatanya saya tentang bagaimana Manggala dicipta oleh Taughut yang bertunjangkan kepada kehendak Iblis yang dilaknati oleh Allah Taalah. Rupanya ada manusia yang sanggup menukarkan syurga kekal abadi untuk syurga dunia yang palsu dan neraka yang kekal abadi.

Kali ini, saya dibawa oleh RAM bersama-sama dengan pengembaraan Laksamana Sunan ke abad ke21 yang meninggalkan abad 15 jauh dibelakangnya. Namun cita-cita Haryani untuk menjadi suri Sunan tidak kecapaian apabila Sunan ditembak mati di majlis pernikahannya oleh Hamid. Kasihan Haryani kerana hasratnya tidak kesampaian.

Dengan 'kematian' Sunan di abad ke 21, ada kemungkinankah dia tidak akan kembali lagi ke abad itu untuk bertemu Haryani?

Saya sekali lagi mencari masa untuk memulakan novel ke4 - Cinta Sufi. Apa berlaku ya - Sunan dah pun kembali ke abad ke 15 dan kini berada di kampung halamanya di Punggor.


Macam Balik Dari Rombongan

Hebat tak kami, berbelanja sehingga nak penuh belakang tropper. Saya bersama dengan Puan Raja dari SJQ dan Puan Yusmah dari SPP sama-sama dalam perjalanan balik dari menghadiri Bengkel Retreat JPWPKL di Hotel Mahkota.

Kami dijemput oleh Faizal, pemandu UPT. Nasib baik Faizal arif dengan negeri Melaka, makanya kami dapat berbelanja untuk membeli serba sedikit buah tangan untuk staf di pejabat.

Selaku ketua rombongan Cik Kiah je saya !!!! Saya bersantai di belakang kenderaan sementara menunggu Puan Raja selesai survey dan berbelanja.

Bagaikan 2 sejoli Puan Yus dan Faizal.

28 March 2015

Dari Jendela Mahkota Hotel Melaka

Inilah antara kegemaran saya. Mengambail foto-foto dari mana-mana jendela sama ada dari hotel, dewan, bilik mesyuarat, atau mana-mana bangunan tinggi. Tujuannya adalah untuk berkongsi dengan anda permandangan yang dijadikan Allah swt.

Selain dari menikmati keindahan alam dan membesarkan keagungan Allah, kita juga dapat melihat permandangan sesuatu tempat itu dengan lebih jelas seperti dari mata seekor burung helang yang sedang terbang tinggi.

Foto-foto kali ini saya rakamkan dari Blok 1 Mahkota Hotel di Melaka. Tingkat tidak tinggi sangat iaitu dari tingkat 8 yang mengadap ke selat dan Pulau Melaka. Melaka adalah negeri kelahiran ayahanda dan bondaku yang seterusnya menjadi negariku juga.

Terbayang dalam minda ku, apa yang terjadi apabila alam menunjukkan kemarahannya? 

27 March 2015

Bujang

Inilah rupa Bujang setelah hampir sebulan saya ambil dia. Bujang spesis Singapura, berbadan ringgi dan panjang, ekor dia juga panjang dan kerap menjadi mainan Si Acik.

Macam kucing lain, Bujang juga amat gemar bermain dan tidur di atas katil saya terutamanya bermain di atas selimut tebal saya.

Muka Bujang yang tirus panjang memang berkainan dengan kucing-kucing saya yang lain bermuka bulat.

26 March 2015

Kenangan Bersama YBhg Datin Pengarah Di Melaka

Secara kebetulan kami menerima berita baik yang agak mengejutkan di mana Pengarah Pendidikan KL, iaitu YBhg. Datin Nawal telah diarahkan bertukar ke Lembaga Peperiksaan untuk menjawat jawatan Pengarah Lembaga Peperiksaan yang berkuat kuasa pada 9 Mac 2015 yang lalu.

Makanya kami berfoto kenang-kenangan dengan beliau.

Datin sangat sporting dan berfoto dengan kami, pada masa itu beliau bagaikan artis di mana semuanya merakamkan kenangan bersama YBhg Datin.

25 March 2015

Kenangan di 1802 Mahkota Hotel Melaka

Semasa menghadiri Retreat Jabatan pada 4 hingga 6 Mac 2015. Kami berempat ditakdirkan mendiami appartment yang sama.

Puan Raja Sal, Puan Yusmah, Puan Khairana dan saya... Berselfielah nampaknya untuk pastikan semua ada dalam foto yang sama.

Jika tidak macam nilah...

Dan macam ni

Dengan kaki lentik seperti nam ber mak yong

Bagaikan helang nak mula terbang.


23 March 2015

Novel: Cinta Sang Ratu - RAM


Saya selesai membaca novel ini pada 22 Mac 2015 jam 2.30 pagi. Novel ini adalah kesinambungan dari Novel Bagaikan Puteri. Selesai ini ada lagi kesinambungan cerita Laksamana Sunan yang saya tak tahu bila nak mula. Bila dah mula susah pula nak buat kerja lain kerana hati teringatkan Laksamana Sunan, apa cabaran dan dugaan yang dia hadapi, dan yang paling utama siapakah wanita yang akan berada di sisinya nati.

Dalam novel ini Sang Ratu, iaitu Ratu Sulaman telah meninggalkan Laksamana Sunan. Dia meninggal atas tangan bonda dia Maharani pemerintah Pulau Utara. Dalam novel ini RAm menceritakan 2 dimensi zaman yang selari. Dan kali ini Dani yang bertemu dengan Sunan dan diselamatkan Sunan. Saya tertanya-tanya apakah yang berlaku kepada Manggala awal yang dibawa lari oleh Rajikin. Mungkinkah cerita itu diuraikan dalam novel seterusnya.
Mencari dan mungkin mencuri masa untuk menatap Hijab Sang Pencinta ....

Tahniah RAM, tuan telah membuka hati saya untuk membaca novel Melayu, walaupun kini hanya novel RAM sahaja yang saya beli selain dari novel Inggeris.

22 March 2015

Lagi Foto Retreat Jabatan Bil. 1/2015 di Melaka


Bersama dengan beberapa pegawai wanita yang turut sama menghadiri Retreat Jabatan.

Dalam kesebukan berbengkel kami masih sempat berfoto

Saya bersama dengan rakan-rakan Jabatan dari Duta 2

Saja suka suki

21 March 2015

Retreat Jabatan Bil. 1/2015 di Melaka

Pada 4 hingga 6 Mac 2015 yang lalu, sekali lagi saya dan rakan-rakan JPWPKL menghadiri Retreat Jabatan. kali ini dilaksanakan di Mahkota Hotel Melaka. Foto atas saya bersama dengan Puan Yusmah< Ketua Unit SPP.

En Zulfadly sedang menyampaikan persembahan mengenai Pengurusan Risiko, taklimat yang sama seperti yang disampaikan di Ipoh hujug tahun lalu.

Jejaka JPWPKL yang ada bakat besar dalam perkhidmatan masing-masing.

Puan Yusmah bersama dengan Encik Mohamad Khairul Ketua Unit Akaun.

Itam Mb dan Kudis

Kenapa payah sangat kudis Si Itam aka Itam MB nak baik. Dah macam-macam ubat dan cara saya usahakan tetapi kudis dia masih belum sembuh juga. Itam dihinggapi kudis di kawasan telinga dan di atas mata. Sinakal ini suka sangat mengaru-garu dengan kuku dia yang tajam tu.

Mula-mula ambil/ pungut Si Itam, dia memang ada kurap di telinga dan hidung. Berkat usaha, ubat dan keizinan Allah swt, kurap dia makin kurang walaupun tak hilang habis. Selepas saya beri mereka makan ikan kembung, saya perasan kurap dan tanda-tanda merah naik di telinga dan perut dia.

Baya bawa Itam ke Klinik dan dia disuntik dengan ubat kurap. Kurap dia hilang tapi kudis dia makin merebak. Macam-macam ubat dari yang murah hingga mahal saya beli, tapi masih tak sembuh. Kesian betul kesayangan saya ni. Selepas letakkan ubat di telinga, dia akan menggaru, mungkin ubat tu panas jadi saya pasngkan ekolar pada dia. Memang dia rimas tapi tak lama hanya sehingga ubat tu meresap masuk ke kulit. Semoga dia cepat sembuh, segalanya atas keizinan Allah juga.

20 March 2015

Fakta Laut Menurut Al-Quran Nur Karim

Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan:

1) Laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan tenaga dan sinar matahari; dan laut dalam di mana tenaga dan sinar matahari tidak lenyap.

2) Laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

3) Gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.

Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berukuran antara puluhan hingga ratusan kilometer.

Sedangkan tinggi gelombang dalam berukuran antara 10 hingga 100 meter.

4) Kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

5) Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk.

Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.

6 ) Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.

Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.

Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

7) Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud :

“Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).

Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.

Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan:

“Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air.’’

8) Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.

Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.

Sumber : http://www.lloveislam.com/

19 March 2015

Belangsungkawa Bonda Cif Sazali

Saya bersama dengan rakan-rakan dari UPT telah melawat keluarga Cif sazali di Temerloh atas kehilangan bonda yang mereka kasihi pada 9 Februari 2015. Lawatan ini adalah lawatan kebajikan untuk bersama berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh keluarga Cif Sazali.

Dalam keadaan kesuntukan masa, hanya ini sahaja sedikit tanda ingatan dari kami warga UPT dan Ketua Sektor SK2P. Antara rakan yang hadir sama adalah dari kanan Kak Limah, Maslinah, saya, Cif Sazali, Mohd Nor dan Ani. Kami sama-sama mendoakan agar roh bonda Cif Sazali dihimpunkan bersama dengan orang-orang beriman dan dikasihi Allah swt. Ameen.


18 March 2015

Bila Mereka Bergurau

Macam yang selalu saya ceritakan sebelum ini, kesemua kucing-kucing saya suka bermain di atas katil saya dan kadang-kala di atas katil mak. Mereka melompat, mencakar dan bergumpal. Ada kalanya menarik-narik langsir sehinggakan langsir rumah saya semuanya telah rosak dan koyak rabak.

Mereka juga mampu mengirai semula selimut tebal serta masuk ke dalam sarung abntal untuk menyorok. Mungkin mereka main sorok-sorok. Geli hati melihat mereka bermian dan bergurau.

Kiki sedang aim Bujang untuk diterkam, dan bujang berpusing-pusing untuk mengelak atau mungkin untuk menyerang semula.

Acik sedang memerhatikan Kiki yang menyorok di balik langsir atau mungkin bersedia untuk melompat ke atas bantal dengan diperhatikan oleh Bujang. katuil saya tak pernah nampak kemas, bangun pagi selepas mengemas dan tak sampai 2 jam mereka sudah mengusutkan semual. Apa nak kata nak marah tak sampai hati... sabar dan redha aja.

13 March 2015

Vladimir Putin Arahkan Pasukan Khas Rusia Rampas MH370 - Pakar

Satu lagi koleksi berita mengenai kehilangan MH370 yang saya petik dari bharian online. Tapi betul ke????

KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 orang termasuk 12 kru dipercayai dirampas atas arahan Presiden Russia, Vladimir Putin dan mendarat secara rahsia di Kazakhstan, kata seorang pakar.

Selepas memalsukan data sistem pandu arah MH370 supaya ia dilihat seakan-akan menuju ke selatan Lautan Hindi, kumpulan perampas akhirnya mendaratkan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu di Kazakhstan.

Penulis sains rakyat Amerika Syarikat (AS), Jeff Wise, yang juga terbabit dalam liputan siaran televisyen CNN mengenai MH370 sebelum ini berkata, data 'ping' atau isyarat berbalas antara pesawat dan satelit Inmarsat itu selama ini 'dipalsukan'.

Beliau berkata, data dirakam satelit telekomunikasi milik syarikat British itu hanya untuk mengalih tumpuan orang ramai dan misi pencarian, bagi memberi laluan plot rampasan yang diarahkan Putin berjalan lancar.
Menilai keseluruhan 'drama' di sebalik misteri kehilangan MH370, Wise menyuarakan keyakinan bahawa pesawat itu sebaliknya berada di Baikonur Cosmodrome, iaitu tapak pelancaran roket terbesar di dunia yang terletak kira-kira 200 kilometer di timur Laut Aral, Kazakhstan.

"Tujuh jam sudah memadai untuk kumpulan perampas melaksanakan rancangannya kerana tumpuan pasukan pencarian ketika itu berada di Laut China Selatan, sebelum akhirnya beralih ke Lautan Hindi.

"Perkara pelik di sebalik rampasan ini ialah apa motif sebenar Putin untuk 'mencuri' sebuah pesawat sarat dengan penumpang.

"Meskipun boleh dikatakan tidak masuk akal, Russia cukup terkenal dengan pelbagai operasi khas yang akhirnya mempunyai tujuan tertentu," katanya seperti dilaporkan portal berita Daily Mail, semalam.

Mengulas lanjut, Wise menjangkakan tindakan Putin adalah semata-mata untuk menunjukkan 'taring' Russia, khususnya merancang serangan balas terhadap negara Barat pada bila-bila masa.

Rampasan yang didakwa didalangi Russia itu, katanya, antara lain reaksi balas Putin terhadap sekatan pertama yang dikenakan terhadap negara Soviet pada 7 Mac tahun lalu iaitu sehari sebelum MH370 dilaporkan hilang.

"Ada pelbagai kemungkinan termasuk pesawat ini akan dipenuhi dengan muatan bahan letupan satu hari nanti untuk dilancarkan terhadap musuh Russia sebagai serangan balas.

"Mungkin juga ada individu di dalam pesawat itu yang mempunyai kepentingan kepada Russia," katanya. - Mail Online

Sumber: http://www.bharian.com.my/

12 March 2015

Peminat Dr Izhar

Ini dia peminat Ustaz Dr Izhar. Sepanjang pagi Bujang duduk depan TV memerhatikan apa yang dilakukan oleh Ustaz. Macamlah dia faham apa yang dikatakan oleh Ustaz.

Saya dan mak tergelak bila Bujang mendongak dan mengangguk-anggukkan kepala mengikut tangan Ustaz. Yang sebenarnya Bujang tertarik dengan pergerakan di dalam kaca TV, dan dia bersedia untuk menerkam dan menangkap gerakan.

Aksi kucing yang digerakkan Allah swt yang kita masih kurang arif akannya.