27 November 2010

Falsafah Menghormati Ketua

Saya melihat ketua sebagai seorang yang perlu dihormati, dipercayai dan dijadikan sahabat serta mentor. Apa akan jadi sekiranya terdapat kakitangan bawahan sudah hilang hormat dan taat setianya kepada ketua. Jawapannya ialah akan kucar kacirlah organisasi itu.

Ramai yang kurang faham kenapa seseorang ketua itu perlu dihormati, dan saya jangkakan ramai yang melihat menghormati ketua hanya sebagai satu tingkah laku sosial sahaja, silap semata-mata kerana menghormati dan taat setia kepada ketua merupakan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Banyak yang saya lihat staf bawahan cuba mengujudkan kelompok untuk mensabotaj ketua sama ada terangan atau sebaliknya - ramai yang tidak sedar bahawa sikap ini dapat dilihat oleh ke luar kelompok itu dengan sangat jelas. Benar saya tahu soalan yang ada dalam minda anda... iaitu macam mana kalau ketua itu sendiri tidak mampu melaksanakan tanggungjawabnya, bersikap kuku besi dan kurang ilmu. Jawapannya mudah, dalam organisasi tiada orang pun yang akan one man show, jadi begitu juga dengan menegur bos, pegawai kanan bos atau orang kepercayaannya perlu memainkan peranan untuk menyedarkan bos ini. Cara menentangnya bukan cara penyelesaian malahan adalah cara yang memburukkan keadaan.

Kebanyakan sistem organisasi di negara ini berteraskan kepada sistem chain-of-command bermakna, organisasi dibentuk atas beberapa peringkat hairaki. Setiap peringkat akan diketuai oleh seorang ketua. Tujuan ketua ini adalah bagi menentukan perjalanan bahagian/ jabatan/ unit bagi mencapai objektif organisasi secara holistik. Manakala fungsi sistem ini adalah bagi pemantauan dan mentoring. Ketua dan staf di bawah seliaannya memainkan fungsi masing-masing yang telah didifinasi dan dibentuk oleh pihak pengurusan atasan. Jika seseorang ketua atau salah seorang kakitangan di bawah seliaannya gagal, maka akan gagal lah organisasi tersebut. Kegagalan ini biasanya akan dikaji dan jika perlu tindakan hukuman atau ganjaran akan diberikan. Yang sebenarnya ini jugalah yang sedang diimplimentasikan oleh Kerajaan Malaysia.


Oleh yang demikian, ketua perlu memahami segala tindakan yang perlu dilaksanakan olehnya, dalam erti kata yang lain ketua perlua ada banyak ilmu antara yang penting ialah ilmu psikologi, ilmu dalam pentadbiran, pengendalian mesyuarat dan pengendalian krisis. Ketua tidak patut mengujudkan suasana permusuhan, perlu mempunyai perasaan menyayangi staf bawahannya, membela staf, menasihati dan yang utama bukan memarahi, ingin zaman telah berubah dan pengendalian sumber manusia juga berubah.

Tanggungjawab ketua yang sebenarnya bukan sahaja pada menilai stafnya pada setiap akhir tahun, tetapi membimbing pada awal dan sepanjang tahun. Yang sebenarnya apa yang ditunjukkan/ kegagalan unit di bawahnya/ stafnya melambangkan kegagalan ketua itu sendiri. Jangan jadikan kesibukan sebagai alasan tetapi menjadikan kesibukan sebagai titian untuk mengeratkan perpaduan dengan cara mengagihkan tanggungjawab dengan bijak.

7 comments:

Anonymous said...

"ketua" - sebaeknya org tua...atas dasar holistiknya sejak dari kecil manusia d didik utk menghoramti org yg lebih tua..oleh itu, bila seorg ketua itu tua secara otomatiknya rasa hormat dgn sendirinya wujud tanpa mlibatkan soal kerja @ hubungan>>hehehe>....

ketua dlm erti kata islam merupakan khalifah...yg mempunyai tugas & tanggungjawab besar dlm setiap perkara tidak kira dlm pekerjaan, pembelajaraan, dakwah, etc...seorg ketua biarlah ia dilantik & dipilih org/anggota sekeliling ats dasar kelayakannya..mudah apabila stiap org kembali pd landasan agama, secara automatik manusia akan menghormati ketua kerana ia sgt praktikal..bayangkan jika satu keluarga ada 3ketua keluarga??boleh ke??@solat bejamaah di imamkn oleh 8org ketua??jd manusia akan lebih menghormati ketua apabila tahu apa itu ketua n tanggungjawab/ bebanan yg ketua pikul>>

tidak semudah itu juga seorg ketua juga perlu memiliki sikap2 terpuji n mempunyai pengetahuan yg luas dlm pelbagai faktor...sebelum seorg ketua dihormati, dia dgn sendirinya terlebih dahulu perlu menghormati org2 yg d bawahnya..

seorg ketua adalah org nombor 1, namun tidak semua yg dikatakan/ dilakukan oleh ketua adalah betul..setiap manusia hendaklah berpesan2 kepada kebaikan..org yg d bwh adalah wajib menegur ketua n memberi padangan dengan cara yg betul & bertatatertib..

akhir - setiap manusia harus memaenkn peranan masing2 tanpa mempertikaikan tugas/ tanggungjawab masing2..hidup ini cume satu persinggahan..hiduplah dengan harmoni..hormatilah setiap insan d muka bumi ini tanpa mengira pangkat dan kedudukan agar kita semua bhagia d dunia & insya Allah di akhirat kelak...wallahhualam>>

> mr.d

keris laksamana said...

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia
kepada penulis..

Saya amat setuju dan menyokong tentang menghormati KETUA dalam sesuatu organisasi,selain daripada IBUBAPA serta ahli keluarga kita yang lain.
Merujuk kepada kamus Dewan Bahasa,MENGHORMATI bermaksud takzim,sopan-santun,khidmat.Dalam konteks kerja saya rasa ia bermaksud taat,akur,setia dll lagi.Apa jua maksudnya kita harus hormat ketua,seandai tiada ketua dan hilang hormat,ibarat kapal tiada nokhoda yang pastinya tiada hala tuju untuk menuju destinasi(organisasi)
Betul,seorang ketua perlu dihormati serta dijadikan sahabat kerana boleh menyelami permasalahan serta persoalan yang dihadapi oleh kakitangan.Tetapi,saya kurang setuju untuk dijadikan sebagai mentor,saya rasa ia kurang tepat.Kita tahu setengah boss,ada yang nakal terutamanya kepada staff wanita(seksual),begitu juga dengan staff tidak semuanya hilang hormat pada boss.
Rujuk perenggan ke-3,penulis ada mengatakan bahawa salah seorang ketua atau staffnya gagal maka gagal lah organisasi tersebut,seperti setadan pisang tidak semuanya elok pasti ada yang rosak,inikan pula yang dinamakan manusia pasti ada lakukan kesilapan.Jangan terus menghukum,selami apa pemasalahan serta berikan galakkan,nasihat.Zaman sekarang banyak kemudahan,seperti latihan ,kursus serta macam-macam lagi.Dengan ini dapat meningkat pretasi staff serta rasa hormati ketua,kerana boss memberi peluang kepad staff tersebut untuk mengikuti program yang membina semangatnya.
Orang kepercayaan boss,kadang-kadang terlebih sudu dari kuah,saya faham apa yang dimaksudkan,untuk menegur boss.Tapi disituasi yang lain pula ia mengambil kesempatan terhadap orang lain.Ada juga sesetengah staff,di depan boss dia lah pandai segalanya,semua kerja dia hendak buat(tidak jujur),tapi belakang...orang seperti inilah yang menggagalkan sesebuah organisasi,daripada orang yang kurang cekap(boleh diberi Latihan)
Kerajaan banyak menyediakan pusat latihan seluruh negara.
Ketua mestilah tidak memilih kasih diantara kakitangan,beri perhatian sama rata tidak kira apa pun Rank staff tersebut.Pasti staff akan lebih hormati boss dan akan merasa segan.Ketua harus banyak membantu,ini akan membuat staff merasa terhutang budi pada BOOSSSSS.
Maaf,andai ada tersilap bahasa dan prasa kata-kata.
Sekian.

Unknown said...

Kepada Mr D dan Keris Laksamana, saya amat teruja dengan pandangan tuan-tuan dan saya pasti akan memberikan maklum balas kerana kini saya dan keluarga sedang bercuti di Langkawi.

Tunggu..............

KERIS LAKSAMANA said...

assalamualaikum...

-RASULULLAH SAW BERSABDA :
"Barangsiapa suka dihormati manusia dengan penghormatan dalam bentuk berdiri,maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya dineraka."
(HADIS RIWAYAT AHMAD,HADIS SAHIH)

-ANAS BIN MALIK RA BERKATA :
"Tidak seorang pun lebih dicintai oleh para sahabat daripada RASULULLAH SAW.Tetapi bila mereka melihat RASULULLAH SAW(hadir),mereka tidak berdiri untuk baginda.Ini adalah mereka mengetahui bahawa BAGINDA membenci perkara tersebut."
(HADIS RIWAYAT AT-TARMIDZI,HADIS SAHIH)

"Hadis diatas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri,ketika dia masuk kedalam sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman neraka."

-RASULULLAH SAW BERSABDA :
"Siapa menghormati orang kaya kerana kekayaannya,hilanglah dua pertiga agamanya."

SEKIAN.

Unknown said...

maksud ketua yang didefinisikan oleh Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan adalah "1. orang tertua dan banyak pengalman. 2. kepala, pemimpin, yang dipertua, lurah, penggawa, mandor, pengelola dan sebagainya" Kalau dulu ketua adalah orang tua di kalangan masyarakat yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti seorang yang mempunyai ilmu, pengalaman, tanggungjawab, berintegriti, belas ikhsan dan banyak lagi nilai-nilai murni yang lain.

Walaupun begitu dalam sesebuah organisasi ketua sudah tidak dilantik dari mereka yang berusia tua sahaja, malahan ramai ketua yang terlalu muda. Dengan usia yang tak sampai setahun jagung adakah mereka ini mampu untuk memikul tanggungjawab ketua? adakah orang bawahannya berpuas hati dengan prestasinya?, isu timbul apabila ketua muda ini memberikan nasihat yang bercanggah dengan peraturan dan fitrah manusia sama ada fitrah usia mau pun fitrah darjat. Pada saya ketua bukan sahaja membawa kuasa dan lambang darjat, tetapi yang utama ketua adalah lambang perpaduan, kesatuan dan ketua pembelajaran (mentor). Kegagalan ketua adalah kegagalan komuniti itu. Sangat perlu diingat oleh semua ketua bahawa kegagalan sesebuah organisasi atau komuniti menjadi tanggungjawab ketua dan ketua tidak boleh menyalahkan pengikutnya. Ini sangat berbeza dengan apa yang berlaku sekarang.

Ketua dalam Islam adalah seorang yang sangat berendah diri, sangat berlemah lembut dan seorang yang suka mengalah tetapi seorang yang sangat tegas. Ketua dalam Islam bukan seorang yang zalim dan ganas. Dengan kata-kata di atas memang bukan senang untuk menjadi seorang ketua. Ketua selalu dijadikan contoh baik dalam terang mau pun dalam gelap... jadi iangatlah wahai sahabat-sahabatku jangan bangga dengan title ketua yang kita sandang... tetapi tanya pada diri sendiri adakah kita layak. Saya banyak melihat dalam organisasi bila seseorang itu diangkat untuk menjadi ketua... maka dengan segera dia mencari kuli bawahannya (belaci) untuk membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya.

Umpama kata Keris Laksamana.. ketua bertanggungjawab menentukan arah tuju organisasi/ komuniti... cuab kita renung pada diri sendiri adakah kita layak bergelar ketua yang sebenarnya.... Pikirlah sendiri

Anonymous said...

sy bekerja dgn sorg MD yg suka kata " Tak Nak kerja Boleh berhanti "..." Bila nk berhanti?"...sehingga di hampir di baling tongkol kayu oleh pekerja bawahan..

Unknown said...

Ketua atau staf bawahan sama-sama manusia, Tuhan menjadikan manusia dengan fitrah yang sempurna dan sangat baik. Semua manusia suka pada yang cantik, baik dan sempurna. Oleh itu walaupun seseorang itu bertugas sebagai ketua atau staf bawahan hormat-menghormati menjadi asas dalam perhubungan yang positif.

Saya tidak nafikan memang ramai ketua seperti itu, dia bersikap begitu kerana sifat bongkak dan sombong. Pada saya itu bukan seorang ketua yang baik, namun menghormati ketua perlu, kerana jika tidak organisasi akan menjadi kacau bilau.

Apa yang boleh kita bantu manusia sebegitu hanyalah berdoa kepada Tuhan semoga dia diberikan hidayah. tetapi jangan lupa doa staf bawahan yang teraniaya sangat makbul.

Apa yang hendak disombongkan kerana kita sama-sama menumpang di bumi Tuhan.