07 November 2010

Hujung Minggu yang Meriah (7hb November 2010)

Hari ini rumah aku dikunjungi oleh emak, adik-adikku Ainee dan Azmee bersama dengan anak-anak mereka. Breakfast makan nasi goreng, tengahari jugak kami makan nasi goreng, bihun goreng dan spagerti. Nasib mereka baik kerana pokok pisang berbuah dan buahnya dah boleh dimakan, jadi adikku Azmee dengan dibantu oleh kedua-dua Amir (Amiruddin - anak Ain dan Amir Ridhuan - anak Azmee) mengemaskan pokok pisang dan mengagihkan buah pisang untuk dibawa balik ke rumah masing-masing. Yang sebenarnya tak ada aktiviti khusus yang kami buat pada perjumpaan kali ini, kami hanya berbual, tengok TV (dokumentari P.Ramlee dan Spontan) serta bincang sikit tentang cadangan bercuti ke Langkawi hujung bulan ini.

Lepas maghrib mereka bertolak balik ke rumah masing-masing. Azmee balik ke Bangi dan Ain, emak dan Amir balik ke Tampin, esok semua mereka bersokolah. Baru tadi lebih kurang jam 10.15 malam Ain, emak dan Amir selamat tiba. Dan aku pulak tiba-tiba rasa lapar. Jom makan..............

5 comments:

jamilahismail said...

cerita saya pulak,pagi tadi jogging di tasik permaisuri,seperti biasa seorg diri,dpt 2 round tasik,ingat nak join aerobik di tengah padang tp hari ni banyak rentak tarian,segan la pulak,jadi lari lagi..balik terus ke sikamat beli makanan pagi untuk famili,anak2 yg 11thn dan 9thn ada di rumah.selalunya makan dengan kawan DrRohani dan suaminya Resul tp hari ni mereka tiada,segan nak makan sendirian,jadi saya bungkus bawa balik,makan dengan anak-anak di rumah.selalunya weekend anak2 ke rumah ayahnya tapi minggu ada disini,jadi tidak lah rasa sunyi sepi.

jamilahismail said...

best dpt berkumpul bersama keluarga mcm ni,sesuatu yang patut di amalkan..cerita sy tulis mlm td tak payah approve ya,rasanya tak sesuaian msk dlm comment ni.

Unknown said...

memangnya best, kalau boleh dapat selalu jumpa macam zaman kecik-kecik dulu, makan bersama, bermain bersama, pergi mengaji bersama dan bergaduh. Tapi semua sekarang dah berkeluarga jadi bila ada masa sahaja dapat berkumpul. Apa pun hujung bulan ni sekali lagi kami berkumpul di Langkawi, tapi sayangnya tak semua ahli keluarga yang dapat pergi, maklumlah ada yang menghadapi peperiksaan masa tu. Tak pelah yang dapat pergi tu..... kami akan bergembira dari permulaan perjalanan kami dengan keretapi... bawa budak-budak naik keretapi sebab ada yang tak pernah ada pengalaman lagi. Pas tu naik bot ke Langkawi... rasanya anak-anak akan rasa seronok dan harap mereka simpan pengalaman ni hingga mereka besar. Jom kalau Dr. nak join...

jamilahismail said...

cuti sekolah memang seronok,terutamanya tak payah terkejar-kejar nak hantar anak2 sek pagi-pagi.saya sendiri belum ada program nak ke mana cuti sekolah kali ni,dulu setiap tahun mesti keluar negara,tapi setahun dua ni kemungkinan tak kemana kecuali ke tempat anak2,seorg di Bangalore dan seorg di Mesir.dah book suami ke bangalore mungkin bulan dec ni kot,tu pon tak pasti,sebab mas tu la dia banyak kerja.saya serupa k.adnee suka travel,paling seronok bincang pasal travel ke luar negara,mcm2 pengalaman,dan palin seronok kalau berbincang dgn org yg minatnya sama.

Unknown said...

Bercuti secara mewah sangat saya gemari, tetapi sekarang ni tak mungkin ada lagi... kerana kalau nak bercuti pun kena belanja sendiri dengan catuan tertentu, maklumlah bajet terhad. Kalau dulu transport, hotel, mall shopping dan tempat makan akan di'survey' dulu oleh wakil MinDef di luar negara. Untuk bergerak transport dah siap tunggu di Air Port atau di hotel. Tinggal lagi kalau kita shopping kenalah bayar sendiri.