20 April 2012

Bersyukur Kita Berbeza


Apabila melihat foto ini saya melahirkan rasa syukur yang amat sangat kerana negara kita berbeza dengan negara-negara yang biasa menjadi laluan dan tetamu kepada pelbagai tornado. Seperti yang kita lihat dalam media-media kehancuran yang disebabkan oleh tornado amat teruk dan ada kalanya tidak meninggalkan kesan. Kita patut memanjatkan syukur ke hadrat Illahi spaya negara ini terus aman dan selamat kerana ada juga masanya Allah mengirim peringatan dengan air yang sangat deras dan anak puting beliung seperti yang pernah berlaku di Pulau Penang dan Jasin, Melaka.

Saya juga ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat semasa saya mengikuti kursus di South Carolina di Amerika Syarikat, pada masa itu memang musim tornado melanda. Saya dapat rasakan kerisauan dan ketidakselamatnya saya di negara tersebut. Walau bagaimanapun Kerajaan Amerika Syarikat menagmbil langkah dengan menyiarkan amaran sebelum tornado atau angin kuat melanda kawasan kediaman kita melalui siaran TV. TV akan menyiarkan peringatan bahawa dalam tempoh 20 atau 10 minit tornado akan tiba dan kita dan bersedia meniarap di atas lantai. Selepas itu gegaran bangunan, tingkap dan pintu berlaku dengan kuat. Saya hanya mampu berdoa agar tiada tornoado besar yang tersesat jalan. Alhamdulillah sehingga tamat kursus hanya angin kuat sahaja yang lalu.

No comments: