Apa benda ni?????? Pada pemerhatian saya yang kurang ilmu ni, benda ni nampak macam fairy je, tapi betul ke????????? saiz dia, kepak dia macam fairy yang kita lihat dalam cerita Inggeris.
Ikut lagenda yang dipercayi oleh ramai kanak-kanak di dunia, fairy akan mati dan kering seperti dalam gambar ini bila ada manusia yang tidak percaya akan kewujudannya. Apabila ada yang keluarkan sahaja kata-kata seperti "I don't believe in Fairy" tup tup fairy tu jadi kering dan tukar dari cahaya bergemerlapan kepada rupa ini. Itu kepercayaan orang Barat.
Apa pun benda ini bagi saya, itulah kuasa Allah yang terlalu besar dan tidak terjangkau oleh akal kita manusia, walau bagaimana cerdik sekalipun manusia itu tidak mungkin dia dapat mengintip banyak rahsia dan ilmu Allah. Bayangkan seluruh air di lautan dunia ini dijadikan dakwat untuk menulis ilmu yang kita tahu, tetapi ianya umpama hanya sebagai tak sampai setitik air di hujung paruh burung. Tengok betapa kerdilnya kita.
No comments:
Post a Comment