Setiap kali datangnya bulan Zulkaedah, manusia akan berbondong-bondong menuju ke baitulallah di Mekah di samping mengziarahi Rasulallah SAW di Madinah. Kedua-dua kota suci itu akan dipenuhi dengan jutaan manusia dari seluruh pelusuk dunia. Begitu juga dengan jiwa saya, setiap kali datangnya bulan haji, dan stiap kali terdengar ucapan Labaikallah humalabbai labbaikalah Sarikalakalabai... tu yang bermakna manusia menerima undangan Allah, maka hati saya juga terlonjak untuk menyertai jutaan manusia tersebut. Saya sangat beruntung, apabila pada tahun 2006 yang lalu, saya ditemani oleh ayah dan ibu saya untuk menunaikan fardu haji ini. Sepanjang mengerjakan haji itu ayah dan ibu saya sentiasa memberi tunjuk ajar apa yang perlu dilakukan seterusnya.
Pada haji tahun itu juga, merupakan kali terakhir ayah menjejakkan kaki di tanah suci, kerana pada tahun 2008 ayah meninggalkan kami dan pulang ke pangkuan penciptanya. Hasrat ayah nak bawa adik bongsu saya untuk menunaikan fardu haji pada tahun mendatang tidak kesampaian. Foto merakamkan ayah dan ibu saya semasa di Madinah (di hadapan perkuburan Baqi'). Semasa berada di Madinah, jiwa setiap umat Islam ini pastinya akan tenang dan aman. Tidak banyak yang perlu kita fikirkan, kerana apa yang kita lakukan semata-mata untuk beribadat kepada Allah. Pada tahun kami di sana, musim sejuk dan cuaca sejuknya terasa sehingga ke tulang hitam, walaupun begitu ianya bukan alasan untuk kami tidak ke masjid.
Foto menunjukkan ayah sedang mencuba susu unta. Peluang minum dan membeli susu unta semasa lawatan yang diusahakan oleh muasasah. Pertama kali berhadapan dengan unta, saya ingatkan haiwan ini jinak, tetapi rupanya tidak.
Saya masih lagi memanjatkan doa ke hasrat Illahi supaya, saya tetap dijemput olehNya supaya saya dapat beberapa lagi untuk mengziarahi rumahnya. Semoga doa ini diperkenankan oleh Nya. Amin...
No comments:
Post a Comment