Liga Ilmu dalam siaran Astro Oasis tadi membincangkan tentang 'Along' tempat berhutang paling mudah dan menjerat nyawa diri dan keluarga. Semua orang tahu akan akibat berhutang dengan Along, tetapi yang hairannya masih ada juga manusia-manusia yang terus memberanikan diri untuk meminjam dari mereka.
Yang saya tahu, mereka mengenakan bunga yang sangat tinggi. Bayaran semula pinjaman perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan dan biasanya bayaran menjadi berganda-ganda. Saya sendiri merasa hairan dengan kekuatan jiwa sesorang untuk meminjam tanpa memikirkan sama ada mereka mampu untuk jelaskan hutang tersebut. Biasanya sebab yang membuatkan mereka berhutang bukannya kuat sangat, hanya nak membeli aksoseri diri sahaja atau kenderaan.
Saya sendiri berpengalaman menghadapi kakitangan yang berhasrat untuk membuat pinjaman bank, nasib baik pinjaman bank, kalau tidak susah juga nanti dengan kehidupan masing-masing. Rasulallah sendiri tidak suka akan tabiat berhutang, kerana ianya boleh menjerumuskan diri keuda-dua pihak dengan riba'. Mengikut statistik kerajaan, kakitangan Melayu yang paling ramai suka berhutang.
Ada nikmatnya hidup dalam kesederhanaan tanpa hutang keliling pinggan. Hidup berkat membawa rahmat.
No comments:
Post a Comment