28 October 2011

Pejabat Baru Ku - Part 2

Selepas 1 hari saya melaporkan diri di Jabatan Pelajaran Negeri Wilayah Persekutuan, akhirnya pejabat saya siap... maklumlah dulu tu, EO di sini telah dipinjamkan ke bahagian lain dan selepas beliau bersara post ini diambil semula dan saya mengantikan beliau. Pejabat ini kecik sikit dari pejabat PTA di HAT TM, tetapi saya berada dalam lingkungan kaum keluarga saya, jengah je kepala kat luar pejabat dah nampak sahabat-sahabat lain. Lain sangat dari HAT TM, di mana saya kena naik kuda untuk ke Pejabat Tadbir Awam HAT TM.

Apabila saya masuk ke bilik pejabat baru ini, Miza, Pembantu Tadbir yang menyelenggara stor menyerahkan beberapa stationary untuk kegunaan harian saya (seperti dalam tutup kotak). Bertambahlah koleksi stationary yang sedia ada.

Buat masa sekarang komputer sedang dalam urusan Unit ICT begitu juga dengan pemasangan telefon yang saya jangkakan akan mula dipasang pada minggu hadapan. Buat masa ini saya gunakan komputer notebook saya untuk menyediakan senarai tugas yang perlu diambil tindakan. Manakala keperluan telefon rasanya belum mendesak lagi sebabnya saya sedang dalam mempelajari tugas di sini.

Maka bermulalah episod baru dalam menimba pengalaman di luar Kementerian Pertahanan. Seawal minggu pertama ini, memang jelas sangat perbezaannya. Saya perlu belajar semula dengan cepat dan mengubah persepsi awal. Bayangkan daripada Ketua Jabatan kepada pegawai peringkat pertengahan... ini adalah perbezaan yang sangat ketara. Saya tertanya-tanya adakah kawan-kawan saya yang lain menghadapi masalah yang sama dengan saya.

No comments: