Salah seorang sahabat saya yang sangat ceria, walaupun ada kalanya dia menghadapi masalah dia akan terus tersenyum. Adanya dia di pejabat menjadikan suasana pejabat juga ceria. 3 statement yang boleh menerangkan Kpl Zaraini (berbaju biru), ialah sentiasa senyum, rajin dan pandai sangat memasak. Kpl Zaraini juga dipanggil dengan Kpl Bro oleh rakan-rakannya - saya tak tahu secara khusus kenapa tapi rasanya boleh agak - kerana dia suka sebut perkataan BRO. Itu hanya agakan saya sahaja.
Pejabat Kpl Zaraini, iaitu Pejabat Tadbir Tentera bersebelah dengan Pejabat Tadbir Awam. Warga di sini menggunakan kemudahan yang sama jadi selalulah kami bersua muka dengannya. Tentang masakannya, saya sangat suka sekali terutamanya Laksam Kelantan- yang sangat saya suka, eeemmmm........ enaknya dan dapat saya bayangkan kepekatan kueh laksamnya, buat saya terkeliur sekarang ini. Kerana keenakan laksamnya, tanpa malu-malu saya minta dibungkuskan untuk saya bawa balik ke rumah dan nikmatinya sekali lagi. Kelakarnya bila saya kenangkan semula.
Di sini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kpl Zaraini kerana sudi menjadi sahabat saya walaupun tak lama. Terima kasih juga atas tanda hati ini, sampai 2 set brouch dihadiahkan kepada saya. Akan saya ingat kenangan bersamanya. Di kesempatan ini juga saya memohon ampun dan maaf khusus daripadanya jika di sepanjang persahabatan kita, beliau ada terasa hati dengan kata-kata dan tingkah laku saya. Saya juga mohon dihalalkan makan dan minum, sebabnya dah banyak yang saya makan masakannya. Saya doakan agar Kpl Zaraini dimurahkan rezeki, dikurniakan kebahagian berkeluarga dan dinaikkan pangkat dengan segera.
Harap kita boleh jumpa lagi.
2 comments:
Hai puan, terima kasih...sy sangat terharu dgn pujian puan..nti kalau sy buat mkn-mkn lagi nti sy jemput puan ye...
IHKLAS DRI KOPERAL ZARAINI
(KPL BRO)
Hello dear, ini bukannya pujian tetapi itulah yang saya nampak semenjak kita bersahabat. Memang benar kata orang-orang tua "sahabat kita bagaikan cermin bagi kita" dua nampak apa yang sebenarnya kita tidak nampak. Dan secara sedar itu yang terkeluar dari mindanya. Itulah U yang sebenarnya.. suka berkongsi ilmu tanpa kedekut.... jadi orang ramai akan sayang...
Kalau buat makan-makan, nanti jemputlah saya dan jika tiada aral melintang insyallah saya akan muncul. Terima sekali lagi.
Post a Comment