Pada hari akhir saya di HAT TM, sahabat-sahabat telah membuat kejutan dengan mengadakan jamuan perpisahan. Jamuan ini telah diadakan di Unit Rekod HAT TM, hasil kerjasama jamuan ini meriah dan ikhlas saya katakan, saya amat terhau dengan inisiatif mereka. Bagi semua orang yang bakal meninggalkan sesuatu tempat, inilah saat yang paling sukar untuk ditempuhi, apabila melihat wajah-wajah sahabat yang selama ini memberikan kerjasama kepada saya. Pengerusi majlis Puan Hafisah menjemput Ketua Bahagian Pengurusan, Lt Kol Noor Sabrina binti Abdullah untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Bagi memberkati majlis ini, Encik Ismail bin Ghani, Penyelia Penolong Pegawai Perubatan sudi membacakan doa. Sebelum itu Yang Berusaha pengerusi juga meminta saya untuk meninggalkan sedikit pesan. Apa lah yang ada pada saya untuk meninggalkan pesan untuk semua sahabat, sebabnya yang sebenarnya mereka lebih arif dalam melayari kehidupan di dunia Allah yang fana ini. Walau bagaimanapun aku turunkan sedikit ilmu dan petua bagi menjalani hidup sejahtera di dalam sesuatu organisasi. Bagi saya, ketua dalam sesuatu organisasi memainkan peranan yang sangat utama, di mana ketua perlu ada ilmu dalam mengesan sikap dan perilaku semua kakitangan di bawahnya.
Ingatlah bahawa Allah menjadikan manusia dengan fitrah di mana semua manusia itu suka dan teruja akan semua yang terbaik, tercantik, terbesar, terkaya dan banyak lagi ter - ter. Malangnya di dunia ini tidak semua manusia mendapati apa yang dikehendakinya. Di samping itu juga Allah jadikan manusia dengan sikap, pemikiran, perilaku, pengalaman dan tahap kefahaman yang tidak serupa, oleh yang demikian perlulah diingat bagi menangani kakitangan tidak boleh dengan cara yang sama.
Mungkin sesuatu cara itu sesuai untuk Vidia, untuk Yatie atau Zaki contohnya, tetapi ianya mungkin tidak sesuai untuk Nor untuk Rizal atau Linda. Walau abgaimanapun mesti ada cara-cara untuk menangani mereka, inilah seninya mempelajari sikap kakitangan. Tapi apa yang saya lakukan adalah saya akan berbaik dengan semua orang dan lahirkan dalam diri mereka bahawa kita adalah dalam satu keluarga.
Lahirkan rasa hormat, sayang dan kasih kepada mereka dan keluarga mereka. Menegur dan berbincang dengan nada dan tonansi suara yang sedap didengar. Seperkara lagi, tanamkan dalam ingatan setiap staf kita bahawa kita sebagai ketua sentiasa ada untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi oleh mereka sama ada masalah pekerjaan atau pun masalah peribadi. Bantu mereka sedaya upaya kita.
Saya nak berkongsi ilmu sikit lagi, kerana terlupa nak cakap pada masa itu. Selain dari staf yang mudah menjadi sahabat, terdapat juga staf yang sedikit sukar untuk ditangani, sebenarnya mereka ini mempunyai masalah lain seperti masalah kewangan (paling tinggi peratusnya), masalah keluarga dan masalah dalam diri seperti tidak suka melihat kebahagian orang lain. Jadi memang ada di antara mereka yang akan menjadi ketua dalam kelas mereka dan cuba mencari pengaruh lain. Tetapi solongan ini biasanya tidak ramai. Tangani mereka mengikut peraturan Kerajaan yang sedang berkuat kuasa seperti minta bantu pegawai psikologi, bawa ke pengetahuan organsisi yang lebih tinggi.
Staf kita adalah sahabat kita dalam menjamin objektif organisasi tercapai. Ingatlah
No comments:
Post a Comment