Satu minggu lagi, aku akan meninggalkan pejabat ini, yang telah menjadi rumah kedua ku selama 1 tahun 2 bulan. Staf aku bertanya apa perasaan aku untuk pergi meninggalkan mereka, aku teringat semula pertanyaan yang sama yang diajukan oleh bekas staf aku semasa aku bertukar dari Bahagian Perolehan ke HAT TM ini. Jawapan aku masih sama, iaitu aku teruja untuk berada di pejabat baru, berkenalan dengan kawan-kawan baru. Tetapi pertukaran aku kali ini lebih teruja apabila aku dibayangkan mungkin pertukaran aku kali ini adalah ke Melaka.
Walaupun begitu semua kenalan aku di sini tidak perlu bersedih kerana walau di mana sekali pun aku, kita tetap bersahabat, tetap boleh berhubungan tetapi secara maya sahaja atau secara sms. Kawan baru dicari, kawan lama tetap di hati.
Kalau ada yang rindu, kunjungi aje blog ini, insyallah kalau diberikan kelapangan aku akan merakamkan perkembangan aku di sini. Tapi jangan baca sahaja, titip-titipkan lah sedikit berita.
Bohong kalau aku katakan aku tidak akan merindui kalian, itukan fitrah manusia.
2 comments:
Kami pun akan merindui puan....Puan pegawai yang baik dan sporting.yg byk memberi tunjuk ajar...Semoga Puan happy dan sihat selalu...
drp: Vi...
Vi... terima kasih, dunia ini umpama pentas di mana kita ini adalah pelakonnya. Saya sangat berharap agar boleh menjadi pelakon yang baik selamanya. Kitakan sesama manusia, selagi boleh menjadi sahabat dan kawan, saya akan tetap menjadi sahabat dan kawan kepada Vi dan kawan-kawan yang lain, kalau ada apa-apa nasihat yang diperlukan, walau pun jauh dan selagi saya mampu saya akan cuba berikan nanti. Kitakan dah jadi sahabat dan biarlah kematian sahaja yang memisahkan kita. Walau jauh di mata, harap dekat di hati.
Post a Comment