Tinggal seminggu sahaja lagi untuk saya laksanakan apa sahaja tugas yang sepatutnya diselesaikan sebelum saya melaporkan diri ke JPA minggu depan. Pagi-pagi lagi dah ramai yang datang ke pejabat dengan pelbagai urusan dan hampir jam 10.30 pagi baru saya dapat bersarapan pagi. Sehingga waktu balik pejabat, tenaga saya dah kurang, macam handphone yang kekurangan bateri. Tiba sahaja di rumah saya terus berehat dan tak sempat nak panggil Milo balik makan.
Hari ini saya mula menyediakan Nota Serah Tugas, awalnya saya rasa tidak banyak sangat tugas yang perlu dibuat follow-up, tetapi selepas merujuk kepada fail fload, rupa ada beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pengganti saya nanti.
Dalam waktu yang sama, saya seperti juga rakan-rakan seramai 14 orang yang akan bertukar keluar dari Kementerian Pertahanan merasa suspen, ke mana agaknya kami akan ditempatkan, walaupun saya dapat menjangkakan bahawa saya mungkin akan dipostkan ke negara tumpah darah ayah dan ibu saya.
Tak sabar menunggu minggu depan.... apa agaknya kejutan kami....
No comments:
Post a Comment