Maxs adalah kucing keluarga adik saya Azmee, sekarang ini mereka dan keluarga saya serta keluarga sebelah isterinya sedang bercuti di Hong Kong selama 1 minggu. Maxs ditinggalkan dengan saya. Saya hanya menguruskan makanan, minuman dan tandas Maxs sahaja. Maxs tidor di luar rumah di dalam kandangnya.
Hari pertama Maxs di sini, dia kelihatan mencari-cari keluarganya, habis satu rumah dijelajahinya dan akhirnya Maxs kelihatan kecewa. Semasa saya berada di rumah atau selepas balik pejabat kalau tidak ke kelas, saya masukkan Maxs ke dalam rumah untuk di bebas bergerak. Dan Maxs akan cari tempat tinggi untuk berehat dan tidur. Walaupun macam tu tidur dia tidak lena seperti mana dia tidur di rumahnya di Bangi.
Tengok wajah Maxs yang kecewa, selepas puas dia mengiow ataunya memanggil-manggil tuannya. Akhirnya dia pilih merehat dan tidur di atas tilam yang saya dirikan. Nampak wajahnya yang merindui tuannya. Tak tahu apa yang patut saya buat. Kerap juga saya panggil nama dia tapi dia buat tak kesah saja. Saya rasa saya faham perasaannya.
Semalam 1 hari Maxs tinggal dalam kandangnya sebab selepas balik dari opis saya terpaksa bersiap sedia untuk ke kelas pulak. Saya sempat tambah makanan dan mengemaskan tandasnya. Pasir tandasnya dah hampir habis, nampaknya saya terpaksa ke Pasaraya untuk beli. Kesian Maxs ada 3 -4 hari lagi baru jumpa tuannya. Sabar sajalah Maxs.
No comments:
Post a Comment