11 October 2011

Saya Diduga Allah Dengan Demam

Gambar katun masa muda
Dah 2 hari saya rasa sakit tekak, perit dan sukar untuk menelan. Tapi rasa sakit tu bertambah kuat sejak tengahari tadi. Apabila tiba di rumah sakit tekak tu menjadi-jadi hingga nak minum pun rasa tak selesa. Hari ini saya ada kelas mengaji di Masjid Negara, nampaknya kena pontenglah, sebab nanti takut tak boleh nak baca, segan nak bagi tau Ustaz saya sakit tekak. Untuk redakan rasa panas daya mandi lama sikit. Lepas mandi baru rasa air bukan main sejuk, ini berlaku sebab suhu badan saya yang dah mula panas. Tapi selepas mandi badan dah rasa sedikit nyaman walaupun sakit tekat masih terasa.

Sebab sukar nak makan saya makan kismis sahaja bagi membolehkan saya makan ubat. Selepas makan ubat saya cadang nak tidur awal sikit, supaya esok boleh ke pejabat. Untuk hari-hari akhir di HAT TM saya berhasrat nak ke opis hari-hari, termasuk hari Sabtu nanti - sempenan keberangkatan mencemar dulu oleh DYMM Sultan Perak. Kalau ke pejabt bolehlah saya berjumpa dengan sahabat-sahabat sebab selepas ini mungkin payah nak jumpa bersemuka. Lagi pun ada beberapa tugas yang perlu saya diselesaikan.

No comments: