Alhamdulillah lebih kurang jam 7.15 pagi tadi saya tiba di pejabat baru, iaitu Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Duta. Saya keluar dari rumah agak awal juga, iaitu jam 6.40 pagi - pagi ini saya cuba ikut jalan jauh sikit. Dari rumah ikut MRR2 --> Taman Shamelin --> ikut bulatan Lok Yew --> Jalan Lok Yew --> Jalan Kinabalu --> Jalan Kucing dan tiba di opis. Jauh dari rumah lebih kurang 20 km, iaitu lebih kurang dari rumah saya ke HATTM kalau ikut MRR2. Esok saya bercadang untuk mengikut Highway Duke, yang sebenarnya hingga kini saya tak nampak lagi bayangan jalan tersebut. Tapi saya percaya saya mampu mencari laluan tersebut, sedangkan di USA, Londan dan Paris saya tak sesat ini kan pula di Kuala Lumpur. Oppppppppp bukan cakap besar tapi - semangat pekerja baru.
Walaupun begitu saya tercari-cari jalan macam mana saya nak balik ke rumah hari ini. Sekarang ni sibuk sedang tengok Google-Map. Kalau sesat pun mungkin saya akan ke Melaka je kot.
Urusan kerja belum dimulakan, kerana pagi ini saya sibuk isi banyak borang termasuk untuk dapatkan pas kerja, stiker kereta dan macam-macam lagi. Rasanya tak banyak kesulitan di sini lagi pun saya diterima baik oleh semua staf di sini. Alhamdulillah.
Apa pun doakan saya dipermudahkan dalam segala urusan.
No comments:
Post a Comment