Ada seekor anak kucing yang baru sahaja datang ke rumah saya pada hari Selasa (4 Oktober 2011) yang lepas. Aku namakan dia Milo, kerana warna bulu di belakangnya macam Milo. Kucing ini jinak dan suka mengigit-gigit jari kaki orang, mungkin itu cara dia bergurau. Dia akan mengiow sepanjang masa kecuali masa dia tidor. Kuching ini spesis kucing tempatan kalau mengikut bulunya - pendek tetapi kemas. Cuba tengok dia cuba mencapai kamera semasa saya cuba mengambil fotonya.
Malam Milo tidor di luar rumah kerana, anak kucing ini masih takut pada air, jadi saya tak dapat untuk memandikan dia. Saya hanya berjaya mencuci kaki dan tangannya sahaja. Itupun dia sangat bising dan meronta-ronta. Tetapi bagi membolehkan dia tidor di atas tilam Comel, kaki dan tangannya perlu dicuci dulu kerana terlalu kotor. Tak lama masa yang diambil untuk Milo membiasakan diri dia dengan tempat tidur baru.
Setiap kali lemas makan, Milo perlahan-lahan melangkah ke tempat tidur dan dia tidur dengan nyenyak sekali. Saya rasa anak kucing ini dibuang orang atau mungkin dia tersesat dari rumah tuannya. Kerana melihat kepada keadaan fizikalnya kucing ini nampak brsih, tidak ada kutu pada badannya - hanya kaki dan tangan sahaja yang kotor. Selepas makan beberapa kali di rumah saya, anak kucing ini nampak sangat sihat, gemuk dan cantik.
Semalam sebelum saya ke pejabat, Milo makan dan minum, semasa saya hendak ke pejabat, Milo bermain-main di luar rumah. Tetapi apabila saya pulang ke rumah dari pejabat saya dapati Milo tiada, setelah dipanggil beberapa kali - Milo masih tidak muncul. Pagi ini pun sama saya panggil dia... yang ada hanya Kuning dan Ray sahaja. Kemana agaknya Milo dah pergi??? adakah dia sesat? atau dilanggar kereta.. tetapi tak ada bulak body dia di sekitar rumah saya dan di tepi jalan.
Atau mungkin di telah diambil orang atau mungkin tuan dia telah menemui dia dan membawanya pulang ke rumah, Saya berhasrat untuk membawa dia balik ke Melaka, sekiranya saya bertukar nanti. Mungkin hasrat saya tak kesampaian. Walau apa pun saya berdoa agar Milo gembira walau di mana sahaja dia berada, agar dia disayangi oleh tuannya.
No comments:
Post a Comment