Pagi ini selepas saya mengunci pintu rumah, dan setelah meletakkan makanan ke dalam beberapa bekas makanan kucing, datang seekor anak kucing yang masih kecil ke rumah saya. Saya menyuakan dia ke salah satu bekas makanan yang berisi. Betul jangkaan saya dia memang lapar sangat kerana dia makan dengan lahapnya, tanpa mengambil mengira kehadiran dua ekor kucing besar berdekatan dengannya.
Lebih kurang jam 5.30 petang saya tiba di rumah dan memberi makan kucing-kucing lain. Saya melihat kucing kecil pagi tadi ada di bawah kereta jiran saya, saya panggil dia, dengan mudah dia datang ke rumah. Saya bagi dia makan di dalam rumah, bertujuan untuk asingkannya dari kucing besar.
Dia makan dengn gelojoh sebab lapar rasanya. Selepas makan dia cuba bermain dengan saya sambil mengigit-gigit jari kaki saya. Anak kucing ini agak jenak dan bersih, rasanya tuannya baru sahaja buang dia di kawasan ini malam tadi.
Saya cuba biarkan dia berada dalam rumah tapi dia tak betah dan keluar dari rumah. Sekejap sahaja dia dah hilang dari pandangan mata saya. Ke mana dia agaknya, adalah Allah mengirim dia untuk menggantikan Comel???
No comments:
Post a Comment