Pada 30 September 2011, Pejabat Rekod Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HAT TM) telah mengadakan jamuan sempena menyambut Hari Raya Aidil Fitri 2011. Walaupun sederhana tetapi juadah yang dihidangkan sangat lazat dan menyelerakan. Kami bertiga (dari Pejabat tadbir Awam - saya, Zila dan Ita) di tengah-tengah diapit oleh Naimah dan Anis (student UiTM yang sedang menjalani praktikal di HAT TM), staf Pejabat Rekod.
Dalam foto, Encik Halim (Ketua Pejabat Rekod HAT TM - yang sedang mengambil video), bersama dengan Encik Zainal dan Zaki (kedua-dua mereka staf Pejabat Rekod) serta dua staf Pejabat Tadbir Awam iaitu Zila dan Rizal.
Bagi memberkati majlis ini Encik Halim (Ketua Pejabat Rekod HAT TM) membacakan doa sebelum majlis bermula. Kami semua mengucapkan terima kasih atas jemputan dan mendoakan agar semua staf Pejabat Rekod dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.
Untuk memudahkan urusan kemas mengemas, jamuan ini diadakan di Pantri Pejabat Rekod. Ini adalah antara juadah yang dihidangkan oleh mereka, ada pelbagai juadah antaranya Roti Canai, Mee Kari, Mee Rebus, Bee Hoon goring, kueh mueh dan sebagainya. Mereka bersepakat menghidangkan juadah secara pot luck (di mana setiap staf membawa/ menyediakan juadah masing-masing)
Antara staf dan para jemputan yang hadir sedang mengaminkan doa yang dibaca oleh Encik Halim.
Kami sedang menjamu selera dari kiri Puan Nadia, Cik Hyness, Puan Hafisah, Naemah dan saya. Saya mewakili semua yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pejabat ini dan mendoakan agar mereka dikurniakan rezeki yang berkat. Bagi saya mungkin jamuan Hari raya ini adalah jamuan yang terakhir di HAT TM, kerana saya akan bertukar keluar tidak lama lagi. Walau bagaimanapun kenangan bersama dengan semua staf dan sahabat akan tinggal sebagai kenangan.
No comments:
Post a Comment