Selamatkah Malaysia dari hentaman wabak Liberalisma yang bakal mengheret seluruh kaum muslimin menuju Pluralisma? Pluralisma ini adalah agama
yang ditaja oleh Yahudi Zionis sebagai laluan memaksa semua manusia mematuhi apa sahaja yang mereka ketengahkan termasuklah Order Dunia Baru (New World Order) di bawah pemerintahan satu kuasa mutlak, kaum Yahudi. Sejauh mana umat Islam Malaysia sensitif dengan gerakan ini bergantung kepada tahap kefahaman umat Islam terhadap bahaya yang bakal terhasil dari serangan penganut Islam Liberal. Gerakan Islam Liberal telah berpusat di Indonesia dan Turki ketika ini. Mereka menyusup ke setiap
lapisan masyarakat terutamanya golongan muda yang mentah agama.
Liberalisma adalah ancaman bentuk baru kepada sekelian orang beriman.
Manusia penganut fahaman Islam Liberal ini sering mengaku sebagai
golongan beriman, tetapi sebenarnya mereka hanya berimankan hawa nafsu
mereka semata-mata. Mereka bijak berbicara dan berhujah, tetapi semuanya
dipandu oleh kehendak nafsu serakah dan kenginan dunia termasuk
pangkat, harta dan seks. Oleh itu, kekangan terhadap pergerakan ini
wajar dilakukan tanpa sebarang tolak ansur. Mereka akan melakukan
kerosakan besar termasuk menyesatkan akidah kaum muslimin. Ajaran sesat
jenis baru ini didokong sepenuhnya oleh talibarut Yahudi dan mendapat
bantuan dana besar dari pertubuhan-pertubuhan Yahudi Antarabangsa.
Gerila Pluralisme
Satu kejutan baru, gerakan Liberalisma dan Pluralisma yang sedang giat di Indonesia bakal melanda negara ini secara terang-terangan sedikit waktu lagi. Sebuah kem khas telah diwujudkan di sebuah tempat bernama Utan Kayu, Jakarta, Indonesia. Jaringan Islam Liberal Indonesia (JIL) sebuah pertubuhan yang mendapat dana khas dari beberapa pertubuhan di USA menjadi tenaga pengajar dan juga pentadbir kepada gerakan ini. Ia juga bakal menjadi senjata baru bagi seorang pemimpin yang sedang bersiap sedia mengambil alih pentadbiran negara ini.
Markas ini dibiayai oleh agen luar negara yang juga bertanggung jawab
membangkitkan gerakan penentangan dan pemberontakan di Timur Tengah.
Markas ini dibina bagi melatih anggota gerila khusus dalam penerapan
halacara (pelbagai kaedah) dalam bentuk gerak saraf. Selanjutnya anggota
terlatih ini akan menyerap masuk ke seluruh lapisan masyarakat negara
ini dalam masa terdekat dengan beberapa pendekatan baru. Membawa agenda
Islam Liberal adalah matlamat utama kumpulan ini. Berperanan menyesatkan
sebahagian besar anak-anak muda Malaysia sebagaimana yang telah mereka
lakukan di Indonesia.
Terbuktilah sekarang kenapa pemimpin tersebut sering berulang alik ke
Indonesia sedikit masa dahulu. Pernah menjadi rakan kepada bekas
Presiden Indonesia yang menyanjung Israel. Bersahabat baik dengan
peneraju JIL sehingga menimbulkan rasa kurang senang sebahagian rakyat
negara berkenaan.
Add caption |
Kebijakannya menyembunyikan rahsia ini amat membimbangkan terutamanya kepada para pengikut parti Islam negara yang sudah tentu tidak akan menyenanginya. Selagi pemimpin parti tersebut tidak mengiakan, selagi itulah rahsia ini selamat bagi pemimpin ini. Adakah ia dapat diklasifikasikan sebagai pengkhianatan? Terserahlah kepada pembaca untuk menilainya.
Malaysia Hari Ini - Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita,
terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil ‘Malaysia
Harini’, namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012
menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.
Pendedahan di muka depannya yang bertajuk ‘Utan Kayu markas lahir gerila
anwar?’ mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke
dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat.
Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran
dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat. Matlamat utama
latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang
menolak pemikiran dan fahaman mereka.
Goenawan |
Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.
Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.
Goenawan, Anwar dan Ulil Abshar Abdalla |
Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.
Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.
Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.
Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi.
Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.
Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.
Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.
Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.
Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.
Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka” (al baqarah ayat 120).
Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.
Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini. Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.
sumber: brojinggo.blogspot.com
No comments:
Post a Comment