Cuba lihat foto sebelah tu, walaupun warna bulu hampir sama, tetapi bentuk fizikal membezakan haiwan ini. Mungkin disebabkan warna yang sama 3 haiwan ni tak perasan bahawa kucing tu bukan kaum kerabatnya. Atau haiwan-haiwan ini kasihan kepada kucing itu yang mungkin tiada kawan. Atau mungkin kucing ini merasakan bahawa dia adalah dari spesis haiwan tersebut. Nasib baik ibu haiwan ni tak marah dan gigit anak kucing tersebut.
Kalau haiwan pun boleh bertimbang rasa dan hidup aman damai, serta mampu berkongsi ruang bersama-sama kenapa pulak kita manusia sukar untuk hidup bersama. Agak sukar untuk menyadarkan manusia jenis ini, sebabnya salah orang dia nampak dan menganggap diri sendiri terlalu sempurna. Itu menjadikan mereka meletakkan orang lain di bawah tapak kakinya. Fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment